Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanam;

Puisi
 

Tanam limau tanam kedondong,
     Tanam mari tepi pantai;
Harimau garang jangan dikepung,
     Buat rosak sahabat handai.


Lihat selanjutnya...(99)
Peribahasa

Tanam padi tumbuh lalang,
     ayam ditambat disambar elang.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amenity plantingtanam amenitiLandskapTiadaLihat tanam lipur.
mass plantingtanam kelompokLandskapTiadaLihat tanam massa.
mass plantingtanam massaLandskapTiadaPenanaman tumbuhan secara ban yak dan rapat pada suatu kawasan atau lokasi. Sinonim tanam kelompok.
amenity plantingtanam IipurLandskapTiadaOperasi menanam pokok di suatu kawasan bagi tujuan memberi keselesaan dan keseronokan kepada pengunjung. Sinonim tanam ameniti.
Broadcast plantingTanam taburPertanianAgronomi

Kaedah penanaman dengan menyebarkan biji benih secara sama rata pada kawasan tanah yang telah disediakan. Tanam tabur biasa dilakukan untuk tanaman yang mempunyai biji benih halus seperti padi yang ditabur menggunakan alat penabur bermotor yang digalas.

conventional plantingtanam konvensionalPertanianAgronomi

 Kaedah penanaman yang biasa diamalkan. Contohnya, bagi tanaman padi, benih ditanam di dalam semaian kemudian diubah ke sawah secara manual. Kaedah baru yang diamalkan pula ialah dengan menabur terus benih padi ke sawah, menggunakan mesin penabur. Bagi tanaman getah pula, tanam konvensional melibatkan jarak tanaman 9 meter x 12 meter, tanpa tanaman lain manakala kaedah tanaman baru yang diperkenalkan dan dinamakan pepagar dua baris mempunyai jarak 22 meter antara pepagar. Antara barisan pagar ini boleh ditanam dengan tanaman lain atau diamalkan penternakan.

roof top farmingperladangan atas bumbungPertanianAgroteknologiAktiviti perladangan atau bercucuk tanam yang dilakukan di atas bumbung bangunan bagi tujuan menghasilkan bahan makanan. Aktiviti ini banyak diamalkan di kawasan perbandaran yang kekurangan kawasan tanah untuk bercucuk tanam. Selain daripada hasil makanan, perladangan atas bumbung juga dapat mengurangkan suhu bangunan itu. Sistem tanaman yang diamalkan biasanya ialah daripada jenis hidroponik dan fertigasi, yang tidak memerlukan tanah.
cultural controlpengawalan kulturBiologiPatologiKaedah pengawalan penyakit dengan mengubahsuai amalan agronomi (cara berkultur atau bertanam). Usaha ini termasuklah mengubah waktu tanam dan tuai, mengatur jarak tanam yang optimum dan lain-lain lagi.
continuous croppingtanam berterusanPertanianAgronomi

 Sistem pertanian yang melibatkan penggunaan tanah secara berterusan dengan tanaman semusim, tanpa memberikan tempoh masa rehat yang panjang untuk tanah tersebut. Contohnya, kawasan padi di Kedah, Kelantan dan Selangor, sebidang tanah ditanam dengan tanaman padi, bergilir-gilir dua atau tiga kali setahun dengan masa yang singkat antara penuaian dan penanaman baru. Kaedah ini diamalkan kerana sistem pengairan membolehkan padi ditanam walaupun dalam musim kemarau. Tanpa sistem pengairan, tanah terpaksa dibiarkan kosong atau ditanam dengan tanaman lain dalam musim kemarau. Di Cameron Highland, tanam berterusan diamalkan oleh pengeluar sayur, tetapi jenis sayur ditukar ganti mengikut pusingan untuk mengurangkan masalah perosak dan penyakit sayur-sayuran. Sistem tanaman berterusan memerlukan banyak baja kerana kadar penggunaan nutrien oleh tanaman adalah tinggi dan tempoh masa tidak mencukupi untuk kitaran semula sisa tanaman sebelum tanaman baharu diusahakan.

replanttanam semulaPerubatanTiadaMemposisikan semula sesuatu struktur ke posisi asalnya.
123456789

Kembali ke atas