Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanaman 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ideotypeideotipHerbaBotani dan Bioteknologi1.����� Tanaman yang mempunyai ciri agronomi tertentu. 2.�� Spesimen yang dikenal pasti tergolong dalam takson tertentu tetapi dikumpulkan dari kawasan yang berbeza.
potting mixturecampuran tanah pasuPertanianAgronomi

Medium tanaman pasu yang terdiri daripada tanah yang berbeza teksturnya. Nisbah campuran dirumuskan mengikut jenis tanaman, biasanya campuran 3:2:1 (tanah atas: tanah liat: pasir) sesuai untuk kebanyakan tanaman. Tanaman yang tidak tahan tanah lembap memerlukan lebih banyak campuran pasir. Untuk mengelakkan penyakit, campuran tanah disterilkan menggunakan metil bromida.

seasonal croptanaman bermusimPertanianAgronomi

 1.  Tanaman jangka pendek yang ditanam mengikut cuaca. Contohnya, padi ditanam pada musim tengkujuh, manakala tembakau ditanam pada musim kemarau. 

2.  Tanaman yang berbuah pada musim tertentu dan tidak sepanjang tahun. Contohnya, durian dan rambutan.
critical periodtempoh kritikalPertanianAgronomi

 Tempoh yang sangat penting dalam kehidupan tanaman untuk menentukan hasil. Dalam tempoh ini, tanaman mesti dijaga supaya bebas daripada rumpai dan mendapat bekalan air, nutrien dan cahaya yang secukupnya. Contohnya, bagi tanaman jagung, tempoh kritikal ialah pada peringkat tanaman mempunyai 3 hingga 5 helai daun manakala kacang soya pula tempoh kritikalnya ialah semasa tanaman mempunyai 1 hingga 3 daun. Dalam tempoh ini, pengawalan rumpai perlu dilakukan supaya tanaman bebas daripada persaingan dan tidak mengurangkan hasil.

water use efficiencykecekapan penggunaan airPertanianAgroteknologi1. Jumlah bahan kering atau bahagian tuaian tanaman yang dihasilkan per unit air yang digunakan. Contohnya, untuk menghasilkan sejumlah hasil tanaman, maka sejumlah air tertentu diperlukan bagi tumbesaran tanaman tersebut. 2. Nisbah kadar fotosintesis berbanding kadar transpirasi tumbuhan. Ia merupakan kuantiti karbon dioksida yang diikat dengan kuantiti air yang hilang dalam proses tersebut. Kecekapan penggunaan air penting pada masa kini dengan perubahan iklim yang sedang berlaku, yang boleh menyebabkan kekurangan sumber air untuk tanaman. Oleh itu, beberapa kaedah penghasilan tanaman yang terbaharu telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber air ini. Contohnya, untuk mengurangkan penggunaan air dalam tanaman padi, varieti padi yang tinggi kecekapan penggunaan air yang dikenali sebagai padi aerobik, telah diperkenalkan. Singkatan WUE.
crop improvementpembaikan tanamanPertanianAgronomi

 Usaha ke arah meningkatkan daya produktiviti dan kualiti hasil sesuatu tanaman dengan kaedah pembiakbakaan. Secara tidak langsung, pembaikan tanaman telah dilaksanakan semenjak manusia mula bercucuk tanam. Petani telah memilih benih daripada pokok yang menghasilkan banyak buah dan mengeluarkan buah yang disukainya, dan apabila amalan ini berulang untuk beberapa generasi, daya hasil dan kualiti tanaman itu akan meningkat. Baka yang berhasil dan berkualiti tinggi akan diwujudkan. Dengan pengetahuan ilmu genetik dan pembiakbakaan yang dipelopori oleh Gregor Mendel (1822-1884), pembaikan tanaman dilakukan dengan sistematik dan meliputi kacukan dan pemilihan baka. Satu contoh kejayaan pembaikan tanaman ialah penghasilan varieti padi berhasil tinggi melalui program pembiakbakaan yang intensif oleh Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) daripada tahun 1960. Hasil padi dapat ditingkatkan daripada 1-3 ton kepada 5-7 ton sehektar dengan memilih jenis padi katek dan mempunyai nisbah buah ke daun yang tinggi. Dengan penemuan kaedah moden seperti kejuruteraan genetik, pembaikan tanaman dapat dipercepatkan lagi.

container growingpenanaman berwadahPertanianAgronomi

 Kaedah menanam tanaman dalam bekas yang diisikan dengan medium tanaman seperti campuran tanah, bahan organik atau medium sintetik. Bekas atau pasu tanaman boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti plastik, tembikar atau logam. Saiz bekas mestilah bersesuaian dengan saiz pokok supaya isi padu akar mencukupi untuk menyerap nutrien dan air bagi kegunaan tanaman. Sebagai panduan, diameter bekas haruslah antara 1/2 hingga 1/3 tinggi pokok. Bekas itu juga perlu mempunyai lubang di bahagian bawah untuk membolehkan air berlebihan disalirkan keluar. Kelebihan tanaman berwadah ialah mudah dialih dan diatur serta sesuai untuk tanaman hiasan di dalam atau berhampiran dengan bangunan. Selain itu, penanaman berwadah sesuai digunakan di ruangan yang terhad.

post-emergence tillagepembajakan pascacambahPertanianAgronomi

1.  Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak setelah biji benih rumpai  bercambah, untuk menghapuskan rumpai. Aktiviti ini dilakukan sebelum menanam tanaman.
2. Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak di antara barisan tanaman setelah biji benih tanaman bercambah, yang bertujuan untuk mengawal rumpai antara baris.
 
Pembajakan yang dilakukan selepas penuaian hasil, untuk membersihkan sisa hasil tanaman, sebelum penanaman berikutnya. Selain itu, pembajakan pascatuai juga dapat meningkatkan kelembapan tanah.

leaf nutrient diagnosisdiagnosis nutrien daunPertanianAgroteknologiKaedah menentukan status kecukupan nutrien dalam tanaman dengan menggunakan analisis daun untuk mengukur kandungan nutrien seperti nitrogen, fosforus dan kalium. Contohnya bagi tanaman kelapa sawit, pelepah nombor 17 digunakan sebagai sampel analisis. Sekiranya nitrogen didapati rendah daripada 1.8%, maka tanaman ini dianggap mengalami kekurangan nitrogen.
reaperpenuai; pemetikPentadbiran PerniagaanTiada1. Orang yang mengetam atau mengerat sesuatu hasil tanaman.,2. Alat atau mesin yang mengerat atau mengetam hasil tanaman.
123

Kembali ke atas