Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : garis pendek melintang utk menceraikan suku kata, tanda hubung; ® sengkang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Saya terkeliru penggunaan tanda sempang pada kata ganda berentak. Mengapakah perkataan semak samun tiada tanda sempang tetapi sayur-mayur ada tanda sempang? Bagaimanakah untuk mengenal pasti sama ada ada tanda sempang atau tidak pada kata ganda berentak atau berima? 2. Apakah perbezaan oleh sebab dan oleh kerana?1. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan seperti semak samun (semak - semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar, samun - semak-semak dan belukar yg terbiar). Manakala, sayur-mayur perlu diletakkan sempang kerana "mayor" tidak mempunyai maksud yang membolehkannya berdiri sendiri. Akan tetapi, tidak ada rumus yang boleh digunakan untuk mengenal pasti bentuk ejaan ini kecuali merujuk kamus.

2.   Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. Kata pemeri ialah digunakan sebagai unsur persamaan atau ekuatif manakala adalah digunakan sebagai unsur huraian atau kualitatif. Cara membezakannya adalah melalaui penggunaannya dalam ayat. Contoh: perkara yang mustahak ialah usaha yang ... sumbangan beliau adalah dari segi... kamus merakamkan semua perkataan yang terdapat dalam penggunaan bahasa oleh masyarakat . Walau bagaimanapun masyarakat harus bijak memilih perkataan tersebut kerana bukan semua perkataan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
Tatabahasa13.08.2015
berdasarkan jawapan tuan tempohari, Bolehkah saya merumuskan bahawa hanya kata ganda penuh sahaja yang mempunyai tanda sempang. Manakala kata ganda bebas tidak mempunyai tanda sempang.Rumus yang betul ialah kata ganda yang tidak mempunyai tanda sempang  ialah apabila kedua-dua perkataan (dalam kata ganda) mempunyai maknanya sendiri apabila tidak digandakan seperti sampah sarap, sampah bermaksud benda yang dibuang dan sarap bermaksud pelbagai jenis sampah. Kata ganda bebas masih mempunyai tanda sempang seperti cerai-berai dan ulang-alik.Tatabahasa29.02.2012
Bagaimanakah penggunaan tanda sempang (-) di dalam perkataan berganda apabila menulis? Adakah perlu dijarakkan antara perkataan dan tanda sempang. Contoh : haiwan - haiwan atau haiwan-haiwan terima kasih.Tanda sempang (-) yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) seperti yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea atau mengganti perkataan hingga seperti Jun - September.Tatabahasa19.07.2012
Salam, Bolehkah tuan/puan jelaskan: 1. Bagaimanakah pihak tuan menyelaraskan ejaan kata ganda (terutamanya kata ganda berentak) yang kadang kala dieja dengan tanda sempang dan ada pula yang dieja tanpa tanda sempang. 2. Adakah cara tertentu untuk mengenal pastinya? 3. Apakah cara untuk membezakan kata ganda tanpa tanda sempang tersebut dengan kata majmuk? Terima kasih.Kata ganda dieja dengan tanda sempang. Kekeliruan timbul apabila beberapa frasa seperti bukit bukau dan sampah sarap dieja tanda sempang. Hal ini demikian kerana bukit bukau dan sampah sarap ialah frasa nama kerana kedua-dua perkataan dalam frasa tersebut mempunyai makna, dan bukan kata ganda.Tatabahasa25.04.2014
Penggunaan tanda sempang yang betul, perlu jarakkan selepas tanda sempang tersebut atau tidak? Contoh: 11 April 2021-13 April 2021 atau 11 April 2021- 13 April 2021Jika tarikh tersebut pada bulan yang sama, ia perlu ditulis seperti berikut, 11 - 13 April 2021. Jika ia bulan yang berlainan, cara penulisan yang betul ialah 11 April 2021 - 13 Mei 2021 (jarakkan). 
Lain-lain13.10.2021
Mengapakah kata 'meng-e-melkan' mengandung 2 tanda sempang ?Terdapat dua tanda sempang pada ejaan 'meng-emel-kan' adalah kerana bagi membezakan atau mengasingkan ejaan emel yang dieja 'e-mel'. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian KNB. Harap maklum.Ejaan24.09.2007
Salam sejahtera Tuan, 1. "Lintang-pukang" tergolong sebagai kata ganda atau simpulan bahasa? 2. Menurut Kamus Dewan (2005: 945), "lintang-pukang" ditandai tanda sempang. Manakala, menurut Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan dalam Kamus Simpulan (1942: 177), "lintang pukang" tidak ditandai tanda sempang. Yang mana satu betul? 3. Kata ganda yang juga tergolong sebagai simpulan bahasa perlu ditandai tanda sempang atau tidak? Mohon Tuan memberikan tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Berdasarkan rujukan PRPM, lintang-pukang merupakan kata ganda. Oleh itu, tanda sempang diperlukan. Kata ganda mesti mempunyai tanda sempang.Tatabahasa14.06.2013
Bilakah penggunaan tanda sempang? Kata ganda 'rempah ratus' perlu diberikan tanda sempang?Ejaan yang betul ialah rempah-ratus.Tatabahasa05.10.2013
Apakah kaedah tulisan yang sesuai bagi NAMA KHAS yang mempunyai tanda sempang dalam bahasa Melayu yang hendak ditulis dalam bahasa Inggeris? (Contoh: Pulau Layang-Layang --> Adakah perlu ditulis Pulau Layang Layang; atau dikekalkan tanda sempang?Nama Khas dalam bahasa Melayu hendaklah dikekalkan bentuknya jika ditulis dalam bahasa Inggeris, termasuk mengekalkan tanda sempang.Lain-lain17.10.2006
Ejaan: E-mel meng-e-melkan Apa fungsi tanda sempang (-) dlm contoh "meng-e-melkan"? Ada lagi contoh di tempat lain? Terima kasih.Salam sejahtera,

Tanda sempang (-) mempunyai beberapa fungsi, antaranya menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Perkataan e-mel ialah kata pinjaman dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu. E-mel ialah kependekan perkataan electronic mail.
Oleh itu, tanda sempang digunakan untuk kependekan dalam ejaan e-mel.

Contoh lain seperti e-penerbitan, e-kad dan e-jurnal.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa27.03.2018
12345678910...

Kembali ke atas