Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : garis pendek melintang utk menceraikan suku kata, tanda hubung; ® sengkang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyambung1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanda sempanggaris pendek melintang utk menceraikan suku kata, tanda hubung; ® sengkang.Kamus Dewan Edisi Keempat
sambung; ~ tangan ki pertolongan, bantuan; bersambung 1. berhubung dgn (tali dll), ber­cantum dgn, berkaitan dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan, ber-pan­jangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~; ~ berulas tangan ki mendapat bantuan (per­tolongan); sambung-bersambung berlanjut-lanjutan, beruntun-runtun, berganti-ganti; menyambung 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); sambung-menyambung 1. bersambung-sambung terus; 2. sambung-bersambung; menyambungkan 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan: apa yg saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport; dia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (perkara yg putus-putus dll): leher itu ~ kepala dgn badan; 3. meng-gunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyam-bung utk (orang lain): dia ~ anaknya tali itu; sambungan 1. tambahan (utk memanjang-kan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751; bersambungan mempunyai sambungan (tam-bahan, lanjutan); kata ~ Id kata terbitan; persambungan perihal (keadaan dsb) ber-sambung atau berterusan, kesinambungan, kelanjutan (kpd sesuatu yg sebelumnya): ~ istiadat itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan; budaya popular merupakan ~ budaya tradisi; penyambungan perihal menyambung, pe-nerusan: hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan; penyambung 1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara.Kamus Dewan Edisi Keempat
sengkang1. palang drpd kayu dll (pd pintu, penyokong tiang, kekang, dll): apabila ada ~-~ bangku itu yg galir atau longgar hendak-lah segera diketatkan segala pasaknya; 2. ark garisan pusat (pd sesuatu bulatan); 3. = tanda ~ tanda yg menceraikan suku kata dll, sempang; ~ bajang palang yg hujung tiap-tiap balaknya berbentuk ekor ikan; ~ merah Id palang merah; menyengkang 1. membubuh palang (pd pintu, tiang, dll), menyokong dgn palang; 2. meletakkan sesuatu pd mulut dll supaya terus ternganga (terbuka): kelopak matanya spt disengkang-sengkang dgn kayu agar terus celik; bersengkang; ~ mata menahan diri drpd tidur, berjaga (tidak tidur) hingga larut malam; tersengkang 1. terbuka sentiasa kerana di-sengkang (mulut dll); 2. terletak atau terhenti melintang (pd kerongkongan dll), menyeng-kang: penuh di dlm mulutnya dgn nasi dan daging serta sekerat tulang kerbau ~ di mulutnya; penyengkang kuda-kuda (pd biola).Kamus Dewan Edisi Keempat
tanda sengkangtanda yg menceraikan suku kata dll, sempang;Kamus Dewan Edisi Keempat
sempang I= tanda ~ garis pendek melintang utk menceraikan suku kata, tanda hubung; ® sengkang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanda penghubungsempang utk menghubungkan suku kata (kata);Kamus Dewan Edisi Keempat
tanda ceraiId sempang utk memisahkan suku kata (huruf dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
tanda I1. lambang atau simbol yg digunakan dlm tulisan yg mempunyai erti tertentu: ke­silapan yg selalu dilakukan oleh kanak-kanak ialah meninggalkan ~ koma, noktah, seruan; 2. lambang dll yg digunakan utk mengenali (mengetahui, mengecam, dll) sesuatu; ~ pangkat tanda yg menunjukkan tingkatan dlm tentera dll; papan ~ papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dsb); 3. perbuatan (suara dll) sbg isyarat, isyarat: ia mendehem sedikit akan jadi ~ bagi orang yg ada di atas rumah, bahawa ia telah datang; 4. alamat (akan berlakunya sesuatu dll): jika ada laki-laki yg dapat mengembalikan kepercayaan­ku yg telah rosak ini, maka itu ~nya aku akan mati; 5. barang apa yg menjadi keterang­an sesuatu perbuatan, bukti: tidak ada ~-~ yg boleh dipegang yg menunjukkan ia mem­punyai perhubungan dgn Kamal; 6. hal yg menunjukkan sesuatu (penyakit dll), gejala: ada tiga ~ utk mengenali penyakit baka sawan ini; ~ angka ganda (Mat) angka yg menunjukkan beberapa kali sesuatu angka digandakan; ~ baca = ~ bacaan tanda-tanda dlm tulisan (vokal pd huruf Jawi, noktah, koma, koma bertitik, dll); ~ bahagi tanda (÷) yg menun-jukkan bahawa sesuatu angka harus dibahagi; ~ bahaya tanda yg me­nun­jukkan bahawa ada bahaya; ~ bertunang cincin dll yg menunjuk-kan seseorang itu telah bertunang; ~ beti bukti yg menunjukkan sesuatu kejahatan; ~ bukti penyataan telah berbukti; ~ cema bukti-bukti utk menuduh (mengadukan pd hakim); ~ cerai Id sempang utk memisahkan suku kata (huruf dll); ~ gambar Id lambang utk sesuatu parti atau calon dlm pilihan raya; ~ hayat = ~ hidup = ~ kenangan = ~ mata barang pem-berian utk peringatan; ~ hormat isyarat utk menghor­mati seseorang; ~ koma (,); ~ kali (darab) (×); ~ kurung ( ); ~ kurung dakap { }; ~ kurung siku [ ]; ~ kutip = ~ petik Id tanda pembuka kata (dlm tulisan “...”); ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat pd kulit seseorang sejak lahir; ~ mati tanda º pd tulisan Arab yg menunjukkan bahawa sesuatu huruf itu mati; ~ niaga simbol (logo) atau perkataan yg telah didaftar meng­ikut undang-undang sbg tanda kepunyaan (hak) sesuatu kilang pembuatan (orang perse­orangan dsb); ~ panah tanda penunjuk (®); ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat (dlm tentera dll); ~ penghubung sempang utk menghubungkan suku kata (kata); ~ per­ingatan barang yg dipakai sbg peringatan; ~ perpuluhan tanda desimal; ~ pundak tanda pang­kat pd bahu; ~ selar cap besi bakar (pd kulit); ~ serah wang perbelanjaan perkara me­nurut adat; ~ seru = ~ seruan (!); ~ tam­bah Id = ~ campur (+); ~ soal (?); ~ sudut (<); ~ tanya Id a) tanda soal; b) hal yg belum terang lagi (yg masih memerlukan penje­lasan); ~ terima (penerimaan) surat tanda telah menerima wang dll, resit; ~ tinggi tanda yg menyatakan tinggi tempat (dr aras laut) dlm peta; bertanda 1. ada tandanya, bercap dgn (tanda nama dll): penutupnya ada ~ rusa, kotaknya dicetak dgn perkataan yg berbentuk lekuk dan warna-warni; 2. sudah bertunang; bertanda-tandaan bertukar cincin tanda (sbg bukti sudah bertunangan); menandai 1. membubuh tanda pd sesuatu (supaya dapat dikenali), memberi bertanda, menunjukkan (dgn tanda dll), membubuh cap, dll: mana-mana yg amat penting isinya, lalu dinyatakannya atau ditandai, supaya segera diperlihatkan kpd tuannya; 2. membubuh tandatangan, menandatangani (surat dll); 3. mengetahui atau mengenali sesuatu (dgn melihat tanda-tandanya), mengecam: hal ini boleh ditandai dgn rasa mual, sakit ping­gang, sesak nafas, kaki membengkok, dsb; 4. memerhati (melihat) dgn teliti, meng­amat-amati: marilah engkau kutandai su­paya engkau kukenal; 5. mencatat supaya diketahui: pukul lapan pagi, cikgu mulai ~ kedatangan kanak-kanak; menandakan 1. menyatakan atau menun­jukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa di­jaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn me­­­ng­­­­gunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): pan­duan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; tertanda 1. dibubuh tanda; 2. ditandatangani; pertandaan alamat, gelagat, isyarat; penandaan perihal menandai: titik diguna­kan utk menggantikan koma dlm ~ per­pu­luhan di Indonesia; petanda, pertanda 1. tanda, alamat: per­tum­buhan badan-badan kesatuan sekerja me­rupakan ~ baik bagi membela nasib pekerja-pekerja; 2. (Palembang) ark pem­berian ketika bertunang; penanda apa yg digunakan sbg tanda, sesuatu yg menandakan: lepaskan pula air dr dlm buret itu hingga sampai pd paras kertas ~ tabung uji kosong ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
kod I1. = tulisan ~ tulisan dgn tanda dll yg mempunyai erti yg tertentu atau yg tersem­bunyi (rahsia): arahan kpd pegawai tentera itu dikirim dlm tulisan ~; 2. sistem simbol­-simbol utk menyampaikan maklumat atau arahan kpd komputer: ~ Morse; 3. serangkai huruf atau nombor yg digunakan utk mengenal pasti sesuatu tempat, objek, dsb mis kod alamat surat-menyurat; ~ Morse kod yg terdiri drpd titik dan sempang yg digunakan dlm pengiriman berita dll menerusi telegraf; ~ warna sistem kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg ber­lainan; berkod mempunyai (dlm bentuk) kod: mereka menerima arahan ~; mengekodkan 1. menulis dlm bentuk kod; 2. mengadakan kod; 3. mengkodifikasikan; pengekodan perbuatan (kerja, proses) me­ngekodkan atau mengkodifikasikan: ~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pd zaman kerajaan Helenistik; pengekod orang yg mengekodkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas