Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.dan] | تندن

Definisi : 1. tangkai pd buah-buahan yg bergugus (pisang, kelapa, pinang, dll); se~ segugus (pisang, pinang, dll); 2. = ~ ekor tempat tumbuh bulu ekor kuda (kerbau): ekor kuda putih itu hitam se~nya hitam seluruhnya; bertandan ada tandannya; bertandan-tandan banyak tandan: buah kelapa keluar ~ di pangkal pelepahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.dan] | تندن

Definisi : tangkai buah-buahan yg ber­gugus-gugus spt pisang, kelapa: se~ kelapa; se~ pisang. bertandan ada tandannya. bertandan-tandan ba­nyak tandannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandan (kata nama)
Bersinonim dengan tundun, tangkai, sisir, sikat, untai, jambak, gugus.,

Puisi
 

Semalam mimpi bulan,
     Mimpi nyiur patah tandan;
Semalam mimpi tuan,
     Mimpi beriba sebelah kanan.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk pisang jika setelah dipotong daripada tandan? Penjodoh bilangan biji tidak sesuai digunakan kerana melambangkan cuma satu biji pisang. Jika, beberapa biji pisang di dalam tangkai yang sama adakah disebut setangkai?Terima kasih.Penjodoh bilangan yang boleh digunakan ialah sesikat pisang.Tatabahasa15.11.2013
Apakah penjodoh bilangan yang paling tepat untuk membilang pisang tanduk selain sisir atau tandan? Adakah 'biji' boleh digunakan untuk membilangnya bagi merujuk dua biji pisang tanduk? Terima kasih.Penjodoh bilangan biji boleh digunakan untuk merujuk bilangan dua biji pisang.Lain-lain13.12.2011
Ayah bawa beberapa----rambutan dan beberapa----kelapa di dalam ruang bagasi keretanya. A ikat.....tandan B gugus.....bijiKedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa05.07.2015
Apa beza antara sesisir pisang, sesikat pisan dan setandan pisang?Sesisir bermaksud setangkai atau segugus pisang (sebahagian drpd tandan) atau sesikat. Setandan bermaksud tangkai pd buah-buahan yg bergugus (pisang, kelapa, pinang, dll).Tatabahasa01.09.2007
'penternak' madu lebah, burung waliit dan burung merpati. dari segi teknikalnya mereka tidak menternak. mereka memperoleh hasil dari haiwan yang berlepas bebas. mereka juga tidak pelihara haiwan itu sebab haiwan itu mencari makan sendiri di alam liar. Haiwan ini boleh berpindah tempat dan mendapat 'tuan' baru. haiwan ini boleh dianggap liar. bahasa inggerisnya yg hamper ialah 'ranching'. Ranch dalam kamus melayu ialah kawasan peternakan yang luas. beribu2 ekar. Jika di fahami dari segi peternakan. sebetulnya Haiwan dalam ranch dibiarkan lepas dan bebas tanpa kandang dan pagar, dan dibiarkan meragut sendirian dgn rumput yang tumbuh liar. saya cadangkan pemunya ternakan (sebetulnya bukan kepunyaan mereka dgn mutlak) utk sistem peternakan ini di beri istilah baru dan saya cadangkan dgn memahami konsep peternakan itu sendiri. sebagai contoh 'penyadap' nira anau adalah orang yg mengerat tandan?>,mengutip dan mengumpul nira. pokok anau itu bukan hak mutlaknya. saya ada lihat perkataan melayu nya 'ranco' adaptasi inggeris. jadi kalau digunakan ia menjadi "peranco lebah kelulut" (walit, atau merpati).. atau patut disemak lagi perbendaharaan kata melayu sebab budaya melayu sejak dulu ada sahaja aktiviti ranching khusus nya dalam mencari sumber makanan dari sumber alam, yg percuma dan tanpa input atau modal pelaburan. sekian terima kasih,Istilah yang tuan cadangkan, iaitu "peranco" akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk diteliti dan dibincangkan. Istilah06.10.2016

Kembali ke atas