Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.dan] | تندن

Definisi : 1. tangkai pd buah-buahan yg bergugus (pisang, kelapa, pinang, dll); se~ segugus (pisang, pinang, dll); 2. = ~ ekor tempat tumbuh bulu ekor kuda (kerbau): ekor kuda putih itu hitam se~nya hitam seluruhnya; bertandan ada tandannya; bertandan-tandan banyak tandan: buah kelapa keluar ~ di pangkal pelepahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.dan] | تندن

Definisi : tangkai buah-buahan yg ber­gugus-gugus spt pisang, kelapa: se~ kelapa; se~ pisang. bertandan ada tandannya. bertandan-tandan ba­nyak tandannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandan (kata nama)
Bersinonim dengan tundun, tangkai, sisir, sikat, untai, jambak, gugus.,

Puisi
 

Semalam mimpi bulan,
     Mimpi nyiur patah tandan;
Semalam mimpi tuan,
     Mimpi beriba sebelah kanan.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
empty fruit bunchtandan kosong kelapa sawitPertanianAgroteknologiTandan kelapa sawit yang telah dikeluarkan buah-buahnya di kilang. Tandan ini digunakan sebagai baja asli yang diletakkan di antara barisan pokok kelapa sawit di ladang. Selain itu, terdapat juga usaha untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan gentian. Singkatan EFB.
bunch rotbusuk tandanBiologiPatologiPenyakit berupa busuk pada tandan, misalnya pada kelapa sawit yang disebabkan oleh kulat Marasmius palmivorus. Pada tandan yang terserang biasanya nampak rizomorf kulat. Kandungan asid lemak kelapa sawit meningkat hingga mutu minyak yang dihasilkan menurun. Penyakit ini kedua pentingnya pada kelapa sawit setelah penyakit busuk pangkal batang di Malaysia.
bunch rotbusuk tandanKimiaTiadaPenyakit berupa busuk pada tandan, misalnya pada kelapa sawit yang disebabkan oleh kulat Marasmius palmivorus. Pada tandan yang terserang biasanya nampak rizomorf kulat. Kandungan asid lemak kelapa sawit meningkat hingga mutu minyak yang dihasilkan menurun. Penyakit ini kedua pentingnya pada kelapa sawit setelah penyakit busuk pangkal batang di Malaysia.
fresh fruit bunchtandan buah segarPertanianAgroteknologiTandan kelapa sawit yang baru dituai, yang dibawa ke kilang untuk pemerahan minyaknya. Biasanya, hasil kelapa sawit dinyatakan dalam bentuk berat tandan buah segar (tan sehektar). Singkatan FFB.
loose fruitsbuah leraiPertanianAgroteknologiBuah kelapa sawit yang terlerai daripada tandan apabila dituai. Tandan yang dituai biasanya jatuh terus ke tanah dan buah yang longgar akan terlerai apabila terhempas ke tanah. Sekiranya buah yang terlerai ini tidak dipungut, ia akan menyebabkan kerugian hasil. Terdapat beberapa jenis jentera telah direka untuk memungut buah terlerai tanpa menggunakan tenaga pekerja yang banyak.
bunchtandan; mayang; ikat; heret-berkasPerhutananTiadaTiada
bunchtandan; mayang; ikat; rumpunPertanianTiadaTiada
bunchtandan; mayang; ikat; jambakPentadbiran PerniagaanTiadaJambakBenda-benda kecil yang sejenis dan diikat bersama.
fruit bunchtandan buahPertanianTiadaTiada
bunch rotreput tandanPertanianTiadaTiada
123

Kembali ke atas