Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lawatan (ke tempat orang, ke rumah orang, dll), kunjung; orang ~ desa orang yg mengembara atau merayau-rayau ke merata-rata tempat; bertandang pergi bertamu ke (kpd, di), ber­kunjung: ia selalu sangat ~ ke rumah orang; ~ desa pergi mengembara atau menje­lajah ke merata tempat; ~ diam pergi ber­kunjung dan bermalam beberapa malam; ~ duduk sl bertamu ke, berkunjung, melawat; ~ membawa lapik prb Mn berkunjung ke rumah sahabat dgn membawa bekalan dll sendiri; bagai ~ ke surau = bagai ~ ke rumah meranda prb berkunjung ke rumah orang dgn tidak dijamu apa-apa; menandangi 1. pergi mengunjungi, mela­wat, menemui: dilihatnya gadis-gadis lain ~ Khadijah; 2. ark mengembara, menjelajah; petandang Mn orang yg suka bertandang; pertandang; orang ~ (Palembang) ark musafir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tandang
Kata Terbitan : bertandang, menandangi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah selepas penggunaan tanda garis miring (/), perlu diselang atau disambung dengan ayat. Cth: a. buku/baju -sambung terus b. buku/ baju-ada jarak selepas tanda Mohon pengesahan penggunaan a atau b yang betul. 2. Bagaimanakah penggunaan perkataan pengelasan atau pengkelasan yang betul.
1.    Tanda garis miring (/) dibubuh di antara dua kata atau frasa tanpa jarak di kiri dan kanannya, sama dengan kedudukan tanda baca sisipan lain, iaitu tanda sempang dan tandang pisah. Cara penulisan garis miring yang betul pada contoh a. buku/baju.  <i style="mso-bidi-font-style: normal;">2.    i>Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, <i style="mso-bidi-font-style: normal;">pengelasan i>ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dan lain-lain). Tidak ada bentuk perkataan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">pengkelasani> kerana kata dasar <i style="mso-bidi-font-style: normal;">kelasi> apabila menerima imbuhan  pe-...-an menjadi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">pengelasan.
i><i style="mso-bidi-font-style: normal;">i>
Tatabahasa17.04.2017

Kembali ke atas