Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak ada lagi, habis langsung, hilang kesemuanya: hartanya sudah ~; licin ~ habis kesemuanya;menandaskan menghabiskan sama sekali; tandus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sedikit pun tidak ada yg tinggal; habis sama sekali; habis licin: Hartanya sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandas
Bersinonim dengan habis langsung, habis kesemuanya, hilang kesemuanya, tiada langsung, tandus, licin-licau;,
Kata Terbitan : menandaskan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas pada waktu peatng. 2. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas. Adakah ayat-ayat di atas adalah betul?1. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas pada waktu peatng. 2. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas. Kedua-dua ayat tersebut betul dan ayat pertama merupakan ayat majmuk.Tatabahasa11.06.2009
Selamat sejahtera tuan/puan. Adakah perkataan "tandas" merujuk kepada tempat membuang air sahaja, ataupun perkataan tersebut juga bermaksud benda yang digunakan untuk membuang air? Adakah "mangkuk tandas" merujuk kepada seluruh benda (termasuk paip air dsb) ataupun bahagian yang semacam mangkuk? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, tandas bermaksud bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dan sebagainya) tempat membuang air (yang dilengkapi dengan mangkuk tandas, sink, dan sebagainya), atau disebut bilik air.  Mangkuk tandas sesuatu seperti mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sebagai tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas.Makna12.10.2012
As salam Tuan/Puan di talian, Betulkan penggunaan perkataan pengkongsian dalam ayat di bawah ini. 1. Pelaksanaan Kempen Bersihnya Tandas Kita ini adalah melalui pengkongsian tandas antara murid-murid dan guru. atau 2. Pelaksanaan Kempen Bersihnya Tandas Kita ini adalah melalui perkongsian tandas antara murid-murid dan guru. Semoga soalan saya ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Selamat bertugas. Terima kasih.Perkongsian bermaksud hal berkongsi (bergabung dalam sesuatu kegiatan); persekutuan atau persatuan dalam sesuatu kegiatan. Penggunaan perkataan perkongsian dalam kedua-dua ayat tersebut, kurang tepat.
Tatabahasa05.03.2015
Assalamualaikum tuan/puan, Saya ingin bertanyakan tentang gulungan kertas berwarna coklat di dalam tisu tandas. Apakah terdapat kata nama am baginya? Jika toilet roll ialah kertas tandas gulung, bagaimana pula yang di dalamnya? Adakah bekas gulungan tisu tandas lebih tepat? Dalam bahasa Inggeris ia disebut "empty toilet paper roll". Disertakan juga gambar untuk rujukan pihak tuan/puan. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "empty toilet paper roll" ialah penggulung tisu tandas.Istilah24.08.2016
SINONIM TANDAS DALAM BAHASA ISTANA

Untuk makluman, tidak ada sinonim untuk tandas dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang digunakan oleh pihak istana ialah kamar bersiram. 

Istilah07.04.2011
Jangan membuang tisu di dalam /ke dalam lubang tandas.Jangan membuang tisu ke dalam lubang tandas.Tatabahasa11.05.2011
apa kesalahan dalam ayat di bawah: 1. Tandas itu mereka rosakkan kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu.Ayat yang betul ialah : Tandas itu dirosakkan oleh mereka kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. Ayat ini merupakan bentuk ayat pasif diri ketiga.Tatabahasa11.04.2008
SAYA INGINKAN KEPASTIAN TENTANG PERKATAAN TANDAS DALAM BAHASA ISTANA. TERIMA KASIHMaklumat ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang digunakan oleh pihak istana untuk tandas ialah kamar bersiram.Istilah07.04.2011
Adalah dua sendi nama dalam satu ayat dibenarkan ? Sekiranya ya, bagaimana susunannya ? Contoh : 1. Abang menggosok gigi pada waktu pagi di dalam tandas. 2. Abang menggosok gigi di dalam tandas pada waktu pagi.Dua kata sendi nama dalam satu ayat boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa20.07.2022
selamat sejahtera. Bolehkah tuan bagi tahu saya apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk 'flush the toilet' ? Bolehkah kita menggunakan 'mengumbah tandas" sekian, terima kasih.Flush the toilet lazimnya diterjemahkan kepada Sila pam tandas selepas digunakan.Sastera11.07.2012
1234

Kembali ke atas