Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن

Definisi : nama (ringkasan nama) yg di­tulis oleh orang itu sendiri: pengantin lelaki itu pun menurunkan ~nya ke dlm buku Daf­tar Perkahwinan; ~ balas a) tandatangan yg diturunkan pd sesuatu dokumen, kontrak dsb yg sudah pun ditandatangani oleh orang lain; b) (Eko) tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans utk menjadikannya sebuah kontrak yg sah di sisi undang-undang; ~ ringkas tandatangan dgn huruf pertama (awal) nama sendiri; bertandatangan ada tandatangannya, sudah dibubuh tandatangan; menandatangani menurunkan (mem­bubuh) tandatangan pd: dlm bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dgn negeri Johor; penandatanganan perihal menandatangani (surat, perjanjian, dsb): ~ perjanjian per­sahabatan antara kedua-dua buah negara tersebut telah dilangsungkan di Kuala Lumpur; penandatangan orang yg menandatangani (surat, perjanjian, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن

Definisi : nama atau tanda (tulisan) yg menunjukkan nama seseorang yg ditulis oleh orang itu sendiri: Dia menurunkan ~nya ke dlm buku pelawat. bertandatangan sudah diberi tan­­­da­tangan; ada tandatangannya. me­nan­datangani menurunkan atau mem­bubuh tandatangan pd sesuatu: Dia telah ~ surat perjanjian itu. pe­nandatanganan perbuatan atau perihal menandatangani (perjanjian dsb): Majlis ~ akan diadakan pd pukul 9.00 pagi esok. penandatangan orang yg menandatangani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandatangan (kata nama)
Bersinonim dengan sain, teken, parap, tekan, ringkasan nama, coretan nama, autograf;,
Kata Terbitan : bertandatangan, menandatangani, penandatanganan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin memohon pencerahan, apakah terjemahan yang betul untuk kata jamak "identity card numbers" dan "specimen signatures"? Adakah "nombor kad pengenalan - nombor kad pengenalan" atau "nombor-nombor kad pengenalan" atau "nombor kad pengenalan - kad pengenalan"; dan "contoh tandatangan -contoh tandatangan", "contoh-contoh tandatangan" atau "contoh tandatangan-tandatangan"? Selain daripada itu, carian keputusan Khidmat Nasihat menemukan saya dengan dua nasihat berbeza mengenai ejaan "jangka masa"; nasihat pada tahun 2009 mengeja secara rapat manakala nasihat pada tahun 2011 serta 2018 mengeja secara terpisah. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah:
a. nombor-nombor kad pengenalan dan contoh-contoh tandatangan.
b. jangka masa
Tatabahasa31.03.2021
Assalamualaikum tuan, "Tandatangan dan Cop" ATAU "Tandatangan dan Cap"? Terima kasih.Salam,

Jawapan yang tepat ialah tandatangan dan cap.
Istilah11.04.2016
bolehkah menggunakan istilah 'Sila Parap' bagi mengantikan 'Sila Tandatangan' dalam dokumen rasmiDalam Kamus Dewan Edisi 4, parap bermaksud singkatan tandatangan, namun untuk tujuan rasmi frasa yang betul ialah "Sila tandatangan ..."Istilah22.06.2007
Perkataan asas tender. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Pentender / Penender Perkataan asas Sebutharga. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga ayat mana betul :- 1) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. 2) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. 3) a) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap - tiap bulan. * a atau b yang betul? Terima kasih1) Tandatangan Pentender / Penender
Kedua-dua boleh digunakan. Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender.

2) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga  
Tandatangan Penyebut harga

3) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini.
Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam sebut harga ini.

4 ) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini.
 Perkataan bawah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.

5) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap-tiap bulan.
Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa.
Tatabahasa27.03.2013
Bagi ruangan tandatangan perasmi di plak perasmian , perlu diletakkan kata hormat YBHG.DATUK MHD AMIN NORDIN BIN ABD AZIZ atau memadai DATUK MHD AMIN NORDIN BIN ABD AZIZ?Untuk makluman, maklumat tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, pada kebiasaannya YBHG diletakkan dalam plak tersebut, seiiring dengan nama perasmi.Lain-lain23.08.2015
1)tandatangan 2)cap atau cop1)tandatangan 2)copEjaan03.08.2011
tanda tangan atau tandatangan?Jawapan yang betul ialah tandatangan. Terima kasih.Ejaan24.09.2007
1. Tandatangan dieja sekaligus atau terpisah? w.apa beza lokasi dengan lokaliti?1. Tandatangan
2. Lokasi boleh memberi dua makna, 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan; 2. letak atau kedudukan. Manakala, lokaliti membawa makna (prinsip) penempatan/(prinsip) lokaliti.
Makna29.09.2014
Ejaan manakah yang betul sama ada tandatangan atau tanda tangan?Jawapan yang betul ialah tandatangan. Terima kasih.Ejaan13.11.2022
Susun atur kedudukan tandatangan dalam sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri.Untuk maklumat tentang susur atur kekananan bagi tandatangan di sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri puan boleh menghubungi Jabatan Perdana Menteri untuk maklumat yang lebih lanjut.Lain-lain26.09.2016
12345678910...

Kembali ke atas