Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن

Definisi : nama (ringkasan nama) yg di­tulis oleh orang itu sendiri: pengantin lelaki itu pun menurunkan ~nya ke dlm buku Daf­tar Perkahwinan; ~ balas a) tandatangan yg diturunkan pd sesuatu dokumen, kontrak dsb yg sudah pun ditandatangani oleh orang lain; b) (Eko) tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans utk menjadikannya sebuah kontrak yg sah di sisi undang-undang; ~ ringkas tandatangan dgn huruf pertama (awal) nama sendiri; bertandatangan ada tandatangannya, sudah dibubuh tandatangan; menandatangani menurunkan (mem­bubuh) tandatangan pd: dlm bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dgn negeri Johor; penandatanganan perihal menandatangani (surat, perjanjian, dsb): ~ perjanjian per­sahabatan antara kedua-dua buah negara tersebut telah dilangsungkan di Kuala Lumpur; penandatangan orang yg menandatangani (surat, perjanjian, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن

Definisi : nama atau tanda (tulisan) yg menunjukkan nama seseorang yg ditulis oleh orang itu sendiri: Dia menurunkan ~nya ke dlm buku pelawat. bertandatangan sudah diberi tan­­­da­tangan; ada tandatangannya. me­nan­datangani menurunkan atau mem­bubuh tandatangan pd sesuatu: Dia telah ~ surat perjanjian itu. pe­nandatanganan perbuatan atau perihal menandatangani (perjanjian dsb): Majlis ~ akan diadakan pd pukul 9.00 pagi esok. penandatangan orang yg menandatangani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandatangan (kata nama)
Bersinonim dengan sain, teken, parap, tekan, ringkasan nama, coretan nama, autograf;,
Kata Terbitan : bertandatangan, menandatangani, penandatanganan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
6/11 4:01:25 PM 6 algoritma kriptografi (Ig. cryptographic algorithm; Br. algoritma kriptografi, Id. algoritma kriptografi) Algoritma yang menggunakan sains kriptografi termasuk algoritma penyulitan, algoritma cencang kriptografi, algoritma tandatangan digital dan algoritma persetujuan kekunci. algoritma penyulitan simetri (Ig. symmetric encryption algorithm) Lihat algoritma kekunci rahsia. algoritma penyulitan Skipjack (Ig. Skipjack encryption algorithm; Br. algoritma penyulitan Skipjack; Id. algoritma enkripsi matematik teori nombor, iaitu teori Eular dan teori Fermat yang menggunakan ciri nombor perdana. Panjang kekunci RSA yang biasa ialah 1024 bit dan akan bertambah secara gandaan kuasa dua. algoritma tandatangan digital (Ig. digital signature algorithm (DSA); Br. algoritma tandatangan digital (DSA); Id. algoritma tandatangan digital (DSA)) Algoritma kriptografi tak simetri yang menghasilkan tanda- tangan digital dalam bentuk pasangan nombor perdana

Kembali ke atas