Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.du/.tan.du/] | تندوق٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), lelada, Ervatamia cylindrocarpa; 2. sj tum­buhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak, merabung paya, restung badak, sembur badak, Evartamia hirta; 3. sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bulu nenek kebayan, akar tanduk hitam, akar sewai, duduk kijang, Strophanthus dichotomus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanduk-tanduk

Puisi
 

Lembu merah tanduk bercabang,
     Satu tanduk memangku tali;
Ayuh adik jangan marah abang,
     Abang datang nak tentu janji.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti;
     payah juga yang datang.

Bermaksud :

Kesukaran berdagang ke negeri asing.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pantun

PantunSumberTema
Kerbau betina melenggang tanduk, Melenggang tanduk di pangkal titi; Anak teruna melenggang masuk, Anak dara sedia menanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanduk rusa bercabang dua, Kalau mandi berkubang jangan; Dosa ini dosa semua, Kalau mati seorang jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lembu merah tanduk bercabang, Satu tanduk memangku tali; Ayuh adik jangan marah abang, Abang datang nak tentu janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tanduk menjadi gading, Ambillah sirih dengan gagang; Kalau duduk dalam berunding, Fikiran jernih dada pun lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pisang tanduk masak sekerat, Pisang datang negeri China; Garam di laut asam di darat, Sudah menjadi adat dunia.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mati tanduk si kambing jati, Mati terselit di celah pandan; Baru sekarang berjumpa di hati, Seperti berjumpa muka dan badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Andainya kuda memakai tanduk, Tentu rupanya kan lebih gagah; Andai mudanya berperangai elok, Tentu tuanya lebih bertuah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Banyaklah rusa yang bertanduk, Tanduk rusa bukunya banyak; Banyaklah dosa yang terkutuk, Terkutuklah dosa pada ibu bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mbek-mbek kambing di hutan, Patah tanduk kambing jantan; Abang pergi saya berpesan, Buah mabuk jangan dimakan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Raja Hindi raja bermisai, Nampak seperti tanduk gula; Hutang Samsir belum langsai, Hutang kajang datang pula.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas