Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.du/.tan.du/] | تندوق٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), lelada, Ervatamia cylindrocarpa; 2. sj tum­buhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak, merabung paya, restung badak, sembur badak, Evartamia hirta; 3. sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bulu nenek kebayan, akar tanduk hitam, akar sewai, duduk kijang, Strophanthus dichotomus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanduk-tanduk

Puisi
 

Lembu merah tanduk bercabang,
     Satu tanduk memangku tali;
Ayuh adik jangan marah abang,
     Abang datang nak tentu janji.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti;
     payah juga yang datang.

Bermaksud :

Kesukaran berdagang ke negeri asing.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKerbau betina melenggang tanduk, Melenggang tanduk di pangkal titi; Anak teruna melenggang masuk, Anak dara sedia menanti.
Kurik Kundi Merah SagaLembu merah tanduk bercabang, Satu tanduk memangku tali; Ayuh adik jangan marah abang, Abang datang nak tentu janji.
Kurik Kundi Merah SagaTanduk rusa bercabang dua, Kalau mandi berkubang jangan; Dosa ini dosa semua, Kalau mati seorang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaPisang tanduk masak sekerat, Pisang datang negeri China; Garam di laut asam di darat, Sudah menjadi adat dunia.
Kurik Kundi Merah SagaMati tanduk si kambing jati, Mati terselit di celah pandan; Baru sekarang berjumpa di hati, Seperti berjumpa muka dan badan.
Kurik Kundi Merah SagaMbek-mbek kambing di hutan, Patah tanduk kambing jantan; Abang pergi saya berpesan, Buah mabuk jangan dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Hindi raja bermisai, Nampak seperti tanduk gula; Hutang Samsir belum langsai, Hutang kajang datang pula.
Kurik Kundi Merah SagaKerbau mana tambat di tubir, Kerbau hitam melenggang tanduk; Anak dara di balik tabir, Anak teruna dibawa masuk.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaCik Kadir menetak senduduk, Senduduk tumbuh tepi telaga; Kalau takdir tak dapat tanduk, Namun telinga kupulas juga.
12

Kembali ke atas