Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi spt bunyi tin dipukul dll; ® dentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tang I

Puisi
 

Lembu siapa tambat di pantai,
     Punca tali di pokok asam;
Ilmu siapa adik pakai,
     Senyum sekali manis tang malam.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan dinasti apabila dikaitkan dengan nama khas Ming, Tang sebagainya, huruf d besar atau kecil. Kerana saya tidak menjumpai isyarat huruf besar dalam Kamus Dewan edisi keempat.Kata Dinasti Ming, Dinasti Tang yang merupakan nama khas dieja dengan huruf besar .Ejaan20.03.2008
Tang Pui Kwan SEP 11TH, 11:56AM salam sejahtera, i would like find out more about kursus basic bahasa melayu for foreigner. Is this about pricing?YesNo 1.when is the next intake? 2. how many classes for the entire programme? 3.how many hours in total, 4. how much is the course fee + registration fee (if any?) thank youSegala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Dr. Dahlina Daut, e-mel dahlina@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479224.Lain-lain11.09.2016
Kata Nafi tang manakah lebih tepat untuk digunakan di dalam ayat di bawah: Para pelanggan yang dihormati, Selaras dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia, caj baru bagi pemprosesan cek sebanyak RM0.50 akan berkuatkuasa pada 2 Januari 2015 dan TIDAK/BUKAN pada 1 April 2014. Beralihlah kepada kemudahan pemindahan dana GIRO Antara Bank (IBG) sekarang, hanya RM0.10 untuk setiap transaksi.Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Oleh itu, kata nafi yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "bukan".Tatabahasa18.04.2014
Tolong beri jawapan tang betul: keping papan atau batang papan TerimakasihJawapan, keping papan. Alasannya ialah bentuk papan yang berkeping-keping. Contoh: Sekeping papan lapis. Lihat juga buku penjodoh bilangan yang terdapat di pasaran. T.kasih.Lain-lain14.07.2008
Petroleum berasal dari / daripada lapisan mineral yang termendap di bawah tanah. Apakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih.Kata sendi yang sesuai ialah daripada. Petroleum berasal daripada lapisan mineral tang termendap di bawah tanah.Tatabahasa30.05.2013
apakah maksud linguistik deskriptif?

Saudari,

Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa yang berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal.

Manakala deskriptif bermaksud keterangan yang bertujuan untuk menyampaikan gambaran nyata ten­tang sesuatu perkara.

Makna30.08.2012
adakah perkataan terlentang wujud? atau hanya telentang dan tertelentang? terima kasih.Ejaan yang betul ialah telentang. Kamus Dewan mentakrifkan telentang sebagai terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telen­tang: Dia ~ badannya di lantai.Tatabahasa16.06.2013
diftong: air, aiskrim, kaloi (diftong atau vokal berganding?) jika rujuk kepada Kamus Tatabahasa (ms301), "air" merupakan contoh diftong awalan. Namun penjelasan dalam webpage DBP, "air" bukan diftong. Begitu juga dengan "kaloi", adakah "kaloi" itu diftong. Buku teks BM SJK(C), kaloi merupakan diftong. Adakah terdapat senarai lengkap perkataan diftong? Sekian, segala kerjasama dan perhatian pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Puan TangAir dan ais (ais krim) bukanlah diftong, sebaliknya vokal rangkap. Terdapat kesilapan dalam halaman 301, buku Tatabahasa Dewan dan maklumat ini akan diperbetulkan dalam terbitan buku tatabahasa yang akan datan. Perkataan  kaloi ialah diftong sama seperti amboi.Tatabahasa20.01.2014
Saya ingin memahami penggunaan imbuhan. Setahu saya, dalalm Bahasa Malaysia baku, imbuhan diperlukan terutamanya bagi kata kerja. Namun, terdapa beberapa situasi di mana imbuhan tidak diperlukan. Bolehkah saya tahu bila imbuhan sebuah kata kerja boleh digugurkan? Itu bermaksud, bilakah kita boleh menggunkan kata kerja dalam bentuk kata dasarnya?Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Dalam bahasa Melayu, kata kerja terdiri daripada empat bentuk, iaitu kata kerja tunggal, kata kerja terbitan, kata kerja majmuk dan kata kerja ganda.

Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan. Dalam bahasa Melayu, kata kerja jenis ini tidak sebanyak kata kerha tang terbentuk dengan imbuhan dan boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan. Kebanyakan kata kerja demikian bersifat tak transitif. Antara contohnya termasuklah ada, balik, ikut, jaga, keluar, terbang dan sebagainya.

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.

Lazimnya, kata kerja tanpa imbuhan digunakan dalam cakap ajuk. Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca.
Tatabahasa20.02.2015
Assalamualaikum.. Saya mohon pencerahan apakah perkataan yang tepat bagi mewakili organisasi polis: "Organisasi Kepolisan" atau "Organisasi Kepolisian". Dan apakah perbezaan maksud bagi kedua-dua perkataan tersebut? Terima kasih atas maklumbalas..Menurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan tersebut, iaitu kepolisan dan kepolisian bermaksud yang berkaitan dengan polis (pada pel­bagai aspek). Kata dasar bagi kepolisian ialah polisi, iaitu kata yang berasal dari bahasa Indonesia Belanda. Kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Organisasi Kepolisan untuk mewakili organisasi polis di Malaysia.

Kepolisan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah yang berkaitan dengan polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dengan urusan (tugas dan tang­gungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kepada orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~.
Makna18.04.2014
12

Kembali ke atas