Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ngan] | تاڠن

Definisi : 1. anggota tubuh dr kepala bahu sampai ke hujung jari, anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung jari: perahu sudah di air, pengayuh sudah di ~; 2. ki sesuatu yg menyerupai tangan atau yg digunakan spt tangan; 3. ki kuasa, pegangan, pengaruh, perintah: semua harta di ~ kita; kuasa meme­rin­tah negeri terletak dlm ~ rakyat; ~ baju bahagian baju yg membalut tangan, lengan baju; ~ besi pemerintahan yg keras; ~ dingin selalu menjadi perbuatannya (spt menanam pokok, mengubat penyakit, dll); ~ jahat orang yg berbuat jahat (mencuri dll); ~ kanan a) tangan sebelah kanan; b) pembantu yg terutama; ~ kosong = berhampa ~ tidak men­dapat (membawa) apa-apa; ~ naik selalu menang dlm perjudian; ~ panas segala per­buatannya selalu gagal, sial; ~ terbuka a) suka menolong orang yg dlm kesusahan, murah hati; b) = dgn ~ terbuka (dgn) ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dll); ~ turun selalu mendapat kerugian (dlm perjudian), tidak beruntung; dr ~ ke ~ dr seorang ke seorang; ~ bagai lipas kudung prb perihal orang yg tangannya tidak mahu diam (spt kanak-kanak); ~ kanan jangan percaya ~ kiri = luka ~ kanan oleh ~ kiri prb jangan terlalu percaya pd sahabat kerana kerap kali sahabat juga yg mencelakakan kita; ~ mencencang (memetik) bahu memikul prb kesalahan yg kita buat itu kita sendirilah yg menang­gung­nya; ~ penat memerah, pasu mendapat san­tan­nya prb orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg mendapat nikmatnya; ~ yg celaka, kerja jatuh prb beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yg tidak se­nonoh; dlm genggaman ~ orang prb di ba­wah kuasa orang lain; digenggamnya ~nya prb perihal orang kikir yg tidak sedikit pun sudi menolong orang yg sengsara; makan ~ prb mendapat rezeki lebih drpd yg diharap-harapkan; tangan-tangan 1. kelek-kelek (kerusi); 2. selusur pd tangga; 3. tempat berpegang (pd basikal); 4. palang pd neraca dll; tangan-menangan dr tangan ke tangan, bu­­kan dr asalnya; menangani 1. mengerjakan (sendiri), mem­buat sendiri, mengusahakan: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg ~ bidang ini secara bersungguh-sungguh; 2. = me­nangan­kan memukuli (dgn tangan) supaya jera, mengajar: kalau tidak menge­nang­kan ke­­tololan adiknya, tadi lagi sudah di­ta­nga­­­­­ni­­­­nya; suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan; tanganan 1. tangan-tangan; 2. hasil drpd pekerjaan, buatan; penanganan perihal (perbuatan, cara) me­nangani; penangan pukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia me­rasa ~ dr tanganku sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ngan] | تاڠن

Definisi : 1 bahagian anggota tubuh dr siku sampai ke hujung jari; bahagian anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung jari. 2 ki sesuatu yg rupanya spt tangan 1 atau yg digunakan spt tangan 1: ~ baju bahagian baju yg menutupi tangan; lengan baju; ~ kemudi tangkai atau pemegang kemudi. 3 ki kuasa; pemerintahan: Pihak Inggeris berusaha merebut Melaka drpd ~ Belanda. ~ kanan a. tangan yg di sebelah kanan. b. pembantu (penolong) yg utama. ~ kosong tidak membawa atau tidak mendapat apa-apa. ~ terbuka a. suka menolong orang yg mendapat kesusahan. b. = dgn ~ terbuka dgn suka hati menerima sesuatu. tangan-tangan 1 tempat berpegang pd tangga dll. 2 palang pd neraca dll. menangani 1 membuat atau mengusahakan se­suatu. 2 memukul orang dgn tangan. penanganan perbuatan atau perihal menangani: ~ projek itu dilakukan dgn cermat dan hati-hati. penangan 1 pukulan dgn tangan. 2 ki akibat atau kesan drpd sesuatu perbuatan: Biar dirasa ~nya disebabkan sifat degilnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Dibawa orang ke tepian;
Malang tangan celaka tangan,
     Dalam tangan untung bahagian.


Lihat selanjutnya...(174)
Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(98)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
armrestn tempat letak tangan, tangan-tangan, kelek-kelek(an).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arm1n 1. (of man) lengan; 2. forelimb of vertebrate, tangan; 3. sleeve, lengan baju: the ~s need shortening, lengan baju itu perlu dipendekkan; 4. armrest of chair etc, tempat letak tangan, tangan-tangan, kelek-kelek(an); 5. st thought to resemble an arm, a. long inlet of sea, lake, etc, cabang; b. river fork, cabang; c. projecting part of candelabrum, cabang; d. projecting part of machine, device, etc, lengan: the ~ of a crane, lengan kren; the ~ of the windmill, lengan kincir angin; 6. large branch of tree, dahan; 7. branch, subdivision of organization, cabang: an ~ of the government, cabang kerajaan; 8. power, authority, kuasa: the long ~ of the law, kuasa undang-undang yg luas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ambidext (e) rousadj 1. skilful with both hands, dwicekatan, /dapat, boleh/ + approp v dgn tangan kanan atau tangan kiri: an ~ badminton player, pemain badminton yg dapat bermain dgn tangan kanan atau tangan kiri; 2. double - dealing, hypocritical, bermuka dua, bermuka-muka; (of policy) bermuka-muka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forestn 1. hutan: a ~ fire, kebakaran hutan; a pine ~, hutan pain; virgin ~, hutan dara; 2. (fig.), (of vertical objects) berceracak, berceranggah: a ~ of hands, tangan-tangan yg berceracak; a ~ of ships’ masts, tiang-tiang kapal yg berceranggah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
handsn control, custody, tangan: it’s in your ~ now, perkara itu di tangan kamu sekarang; the relevant documents are in the lawyer’s ~, dokumen-dokumen yg berkaitan sekarang berada di tangan peguam; everything is in the ~ of God, semuanya di tangan Tuhan; ~ off, (lit. & fig.) jangan /sentuh, usik/; ~ up, angkat tangan; at so’s ~, at the ~ of so., di tangan sso: she had known cruelty at the ~ of her own parents, dia telah mengalami kekejaman di tangan ibu bapanya sendiri; change ~, bertukar tangan: the car changed ~ three times in two years, kereta itu telah bertukar tangan tiga kali dlm masa dua tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
right-handedadj 1. using the right hand habitually, menggunakan tangan kanan: a ~ man, orang yg menggunakan tangan kanan; 2. made for use by the right hand, utk tangan kanan: ~ scissors, gunting utk tangan kanan; 3. given with the right hand, dgn tangan kanan: a ~ blow to the head, pukulan dgn tangan kanan pd kepala; 4. clockwise, dr kanan ke kiri: a ~ spiral, pilin dr kanan ke kiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
show~ of hands, pengundian secara mengangkat tangan; (used in a request) angkat tangan: he was elected by a ~ of hands, dia dipilih dgn pengundian secara mengangkat tangan; can we have a ~ of hands, please?, boleh tolong angkat tangan; good ~, (colloq) bagus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reach~ out, menghulurkan: he ~ed out his hand in greeting, dia menghulurkan tangan utk berjabat tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
manualadj 1. (with the hand) tangan: ~ signs, isyarat tangan; ~ dexterity, kecekatan tangan; 2. operated by hand, insani, manual: ~ gear, gear insani; ~ calculation, perhitungan insani;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
freehandadj & adv (dgn) tangan: a ~ sketch, lakaran tangan; she drew the plan of the house ~, dia melukis pelan rumah itu dgn tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas