Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ngan] | تاڠن

Definisi : 1. anggota tubuh dr kepala bahu sampai ke hujung jari, anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung jari: perahu sudah di air, pengayuh sudah di ~; 2. ki sesuatu yg menyerupai tangan atau yg digunakan spt tangan; 3. ki kuasa, pegangan, pengaruh, perintah: semua harta di ~ kita; kuasa meme­rin­tah negeri terletak dlm ~ rakyat; ~ baju bahagian baju yg membalut tangan, lengan baju; ~ besi pemerintahan yg keras; ~ dingin selalu menjadi perbuatannya (spt menanam pokok, mengubat penyakit, dll); ~ jahat orang yg berbuat jahat (mencuri dll); ~ kanan a) tangan sebelah kanan; b) pembantu yg terutama; ~ kosong = berhampa ~ tidak men­dapat (membawa) apa-apa; ~ naik selalu menang dlm perjudian; ~ panas segala per­buatannya selalu gagal, sial; ~ terbuka a) suka menolong orang yg dlm kesusahan, murah hati; b) = dgn ~ terbuka (dgn) ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dll); ~ turun selalu mendapat kerugian (dlm perjudian), tidak beruntung; dr ~ ke ~ dr seorang ke seorang; ~ bagai lipas kudung prb perihal orang yg tangannya tidak mahu diam (spt kanak-kanak); ~ kanan jangan percaya ~ kiri = luka ~ kanan oleh ~ kiri prb jangan terlalu percaya pd sahabat kerana kerap kali sahabat juga yg mencelakakan kita; ~ mencencang (memetik) bahu memikul prb kesalahan yg kita buat itu kita sendirilah yg menang­gung­nya; ~ penat memerah, pasu mendapat san­tan­nya prb orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg mendapat nikmatnya; ~ yg celaka, kerja jatuh prb beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yg tidak se­nonoh; dlm genggaman ~ orang prb di ba­wah kuasa orang lain; digenggamnya ~nya prb perihal orang kikir yg tidak sedikit pun sudi menolong orang yg sengsara; makan ~ prb mendapat rezeki lebih drpd yg diharap-harapkan; tangan-tangan 1. kelek-kelek (kerusi); 2. selusur pd tangga; 3. tempat berpegang (pd basikal); 4. palang pd neraca dll; tangan-menangan dr tangan ke tangan, bu­­kan dr asalnya; menangani 1. mengerjakan (sendiri), mem­buat sendiri, mengusahakan: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg ~ bidang ini secara bersungguh-sungguh; 2. = me­nangan­kan memukuli (dgn tangan) supaya jera, mengajar: kalau tidak menge­nang­kan ke­­tololan adiknya, tadi lagi sudah di­ta­nga­­­­­ni­­­­nya; suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan; tanganan 1. tangan-tangan; 2. hasil drpd pekerjaan, buatan; penanganan perihal (perbuatan, cara) me­nangani; penangan pukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia me­rasa ~ dr tanganku sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ngan] | تاڠن

Definisi : 1 bahagian anggota tubuh dr siku sampai ke hujung jari; bahagian anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung jari. 2 ki sesuatu yg rupanya spt tangan 1 atau yg digunakan spt tangan 1: ~ baju bahagian baju yg menutupi tangan; lengan baju; ~ kemudi tangkai atau pemegang kemudi. 3 ki kuasa; pemerintahan: Pihak Inggeris berusaha merebut Melaka drpd ~ Belanda. ~ kanan a. tangan yg di sebelah kanan. b. pembantu (penolong) yg utama. ~ kosong tidak membawa atau tidak mendapat apa-apa. ~ terbuka a. suka menolong orang yg mendapat kesusahan. b. = dgn ~ terbuka dgn suka hati menerima sesuatu. tangan-tangan 1 tempat berpegang pd tangga dll. 2 palang pd neraca dll. menangani 1 membuat atau mengusahakan se­suatu. 2 memukul orang dgn tangan. penanganan perbuatan atau perihal menangani: ~ projek itu dilakukan dgn cermat dan hati-hati. penangan 1 pukulan dgn tangan. 2 ki akibat atau kesan drpd sesuatu perbuatan: Biar dirasa ~nya disebabkan sifat degilnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Dibawa orang ke tepian;
Malang tangan celaka tangan,
     Dalam tangan untung bahagian.


Lihat selanjutnya...(174)
Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(98)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tangan kanan jangan percaya tangan kiri; luka tangan kanan oleh tangan kiri.Jangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tangan yang celaka kerja jatuh.Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tangan penat memerah, pasu mendapat santannya.Orang lain yang bersusah payah, orang lain yang merasa nikmatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tangan mencencang (= memetik, menetak), bahu memikul.Yang bersalahlah yang menerima hukuman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri.Orang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa, tidak berdaya untuk melawan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berulas tangan dan lidah.Mendapat bantuan tenaga dan nasihat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati.Berfikirlah dulu dengan masak-masak sebelum membuat sesuatu perkara.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Basuh tangan petap abu.Berharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pembasuh tangan bidan.Hadiah yang diberikan kepada seseorang yang telah menolong melepaskan sesuatu pekerjaan yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910

Kembali ke atas