Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nge.rin]/[tang.ge.rin] | تڠݢرين

Definisi : tangerin sj limau kecil yg manis dan kulitnya mudah dikupas, Citrus reticulata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tangerin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANGERIN

Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus

dalam kumpulan mandarin. Buah ini kelihatan seperti

oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah

dikopek dan ulasnya lebih mudah terpisah. Tangerin

ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari

Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi.

Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan

terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis

tangerin termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan

jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst

dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali,

Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Pengelasan saintifik. Tangerin tergolong dalam famili

rue, Rutaceae. Ia adalah Citrus reticulata .

Lihat juga Tangelo; Tangor.

UMUM 
TANGELO

Tangelo ialah buah sitrus mandarin yang terhasil

daripada pendebungaan silang antara tangerin

dengan limau gedang. Perkataan tangelo berasal

daripada tangerin dan pamelo , nama lain bagi limau

gedang. Tangelo berkulit nipis dan sedap rasanya.

Jenis yang penting termasuk Minneola dan Orlando,

kedua-duanya dari Amerika Syarikat. Ugli ialah

tangelo Jamaica yang banyak ditanam di Hindia Barat.

Lihat juga Tangerin; Tangor.

UMUM 
TANGOR

Tangor ialah buah sitrus yang tergolong dalam

famili mandarin (lihat Mandarin ). Ia dihasilkan

melalui pendebungaan silang antara tangerin

dengan oren. Induk tangor jarang diketahui dengan

pasti, kecuali buahnya terhasil daripada program

pembiakan baka tumbuhan yang dikawal dengan

teliti. Tangerin Temple dan Tangerin Honey adalah

antara tangor yang paling penting ditanam pada hari

ini.

UMUM 
SITRUS

Sitrus ialah nama sekumpulan pokok dan pokok

renek yang tergolong dalam famili rue. Sesetengah

buah sitrus adalah oren, limau gedang, limau,

mandarin, termasuk klementin, satsuma, tangelo,

tangerin, tangor, dan kacukannya; kumquat, oren

pahit, limau nipis, sitron, limau dan bergamot.

Pokok sitrus tumbuh liar di beberapa bahagian di

India dan Asia. Orang Cina adalah yang pertama

menanam pokok sitrus, lebih daripada 4000 tahun

dahulu. Pokok dan pokok renek sitrus telah

ditanam di bahagian-bahagian lain di dunia untuk

buahnya bertahun-tahun lamanya.

UMUM 
SALTO

Salto (pend. 80 787) ialah bandar yang kedua

terbesar di Uruguay. Bandar ini terletak 97

kilometer di sebelah utara Paysandú (lihat Uruguay

[peta]). Bandar ini membina pusat perdagangan

untuk peladang dan pemilik ladang penternakan di

utara Uruguay. Salto kadangkala dikenali juga

sebagai City of Oranges disebabkan oleh dusun

oren dan tangerin yang luas.

UMUM 

Kembali ke atas