Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tangga;

Puisi
 

Pucuk kali mengikat tangga,
     Tangga disirat lima enam bulan;
Pujuklah hati memandang janda,
     Janda baru beranak seorang.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit,
     hendak tuah (= mulia) bertabur urai,
hendak berani berlawan ramai.

Bermaksud :

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPutus tali pengikat tangga, Tangga berikat rami gula; Putih hati memandang janda, Janda baru beranak dua.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk kali mengikat tangga, Tangga disirat lima enam bulan; Pujuklah hati memandang janda, Janda baru beranak seorang.
Kurik Kundi Merah SagaSakit kaki ditikam tunga, Tunga kecil di dalam huma; Sakit hati melihat tangga, Tangga kecil berisi bunga.
Kurik Kundi Merah SagaBawa balik daun beringin, Mari diletak di atas tangga; Sudah nasib begini badan, Sudah jatuh ditimpa tangga.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan tangga peranggi, Putus tembirang dipukul ombak; Akan naik ke gunung tinggi, Jatuh pula ke hutan semak.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit tangga batu, Hari petang memetik mangga; Meniti balik ketika waktu, Abang seorang merantau juga.
Kurik Kundi Merah SagaKalau naik tangga sendiri, Jangan pula takut terjongkit; Dipandang orang berlari-lari, Dipandang sendiri terjingkit-jingkit.
Kurik Kundi Merah SagaPutus tali mengikat tangga, Mari diikat tali mengkuang; Putus hati pandang ke janda, Kerana janda anak seorang.
Kurik Kundi Merah SagaSirih puan depan tangga, Menyambung datang orang marhaban; Tanya puan dijawab duka, Bunga di jambangan telah kepunyaan.
Kurik Kundi Merah SagaSirih puan depan tangga, Menyambung datang orang marhaban; Tanya puan dijawab duka, Bunga di jambangan telah kepunyaan.
1234

Kembali ke atas