end-joint | tanggam temu-hujung | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tanggam antara hujung dua kepingan kayu. Ada tiga jenis tanggamtemu hujung iaitu tanggam temu, tanggam jari, dan tanggam serong. |
tanggam lidah-lurah | tanggam lidah-lurah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tanggam yang terhasil apabila lidah pada tepi kepingan papan dicantumkan kepada bahagian lurah pada tepi papan yang lain. Tanggam ini biasanya digunakan dalam pemasangan lantai dan dinding kayu. |
lapped joint | tanggam lekap | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tanggam yang dihasilkan daripada sambungan dua kepingan kayu atau venir dengan cara membuang setengah daripada tebal tiap-tiap kayu tersebut. Ada dua jenis tanggam lekap, iaitu tanggam lekap penjuru yang digunakan semasa membuat pemidang gambar dan pintu papan lapis; dan tanggam lekap palang yang digunakan semasa membuat bangku, meja dan kerusi. |
open joint | tanggam renggang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tanggam berperekat yang telah melekang dan menyebabkan terjadinya bukan akibat kegagalan perekat melekatkan kepingan venir. Tanggam ini sering terjadi pada tanggam temu-tepi kepingan venir. |
butt joint | tanggam temu | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tanggam yang menyambungkan dua anggota struktur pada bahagian hujungnya. Tanggam ini digunakan pada rasuk kayu ataupun pada kasau kayu. |
mitre joint | tanggam sudut tepat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tanggam yang dibuat pada hujung kayu bingkai bagi menyambungkan kedua-dua bahagian struktur yang membentuk sudut tepat. Tanggam ini digunakan pada bingkai gambar, bingkai tingkap dan lain-lain. |
butt joint | tanggam temu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tanggam berperekat yang menyambungkan bahagian hujung dua kepingan kayu untuk menghasilkan kayu yang lebih panjang. Tanggam jenis ini tidak begitu kuat. |
end-lap joint | tanggam temu hujung | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tanggam temu yang terbentuk dengan memotong separuh daripada tebal hujung anggota yang akan disambungkan dan dicantumkan dengan bersudut tepat antara satu sama lain. Tanggam ini terdapat pada kerangka pintu yang diperbuat daripada kayu. |
mortise-and-tenon joint | tanggam puting pelidah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tanggam yang mengandungi pelidah di satu hujung dan lubang alur di hujung anggota yang satu lagi untuk mengikat dengan kemas sambungan yang terbentuk. Tanggam jenis ini digunakan dalam pembuatan laci meja yang diperbuat daripada kayu. |
finger joint | tanggam jari | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tanggam temu hujung yang terdiri daripada beberapa unjuran menirus berbentuk baji yang diperekat. Unjuran ini dibentuk mengikut kecerunan tertentu, sama ada selari dengan permukaan atau selari dengan permukaan atau selari dengan sisi kayu. Kecerunan unjuran jari mempengaruhi kekuatan mempengaruhi kekuatan tanggam yang terhasil. |