Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gu/] | تڠݢوق

Definisi : 1. sj bakul drpd rotan atau jaring yg berbingkai (utk menangkap ikan, udang, dll): ikan di kawasan itu ditangkap dgn tangan atau dgn ~; 2. ki tipu muslihat (utk meme­rangkap, memikat, dll); ~ rapat keruntung bubus prb perihal suami isteri yg tidak bersetujuan sifatnya (suami ban­yak mendapat wang tetapi isterinya boros); bagai ~ lerak dgn bingkainya prb suami isteri yg tidak pernah bercerai sampai ajalnya; menangguk menangkap (ikan dll) dgn tang­guk: abang ke sungai ~ udang; ~ hutang menagih hutang; ~ di air keruh prb mencari keuntungan dll sementara ada kekacauan (perselisihan dll); hendak ~ ikan, tertangguk akan batang prb hendakkan laba tetapi jadi rugi; tertangguk kena ditangguk, tertangkap dgn tangguk; ~ pd ikan dikeruntungkan, ~ pd ular dikerun­tungkan juga prb buruk baik diterima sahaja setelah dimuafakati beramai-ramai; penangguk 1. orang yg menangguk; 2. alat utk menangguk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gu/] | تڠݢوق

Definisi : alat drpd rotan atau jaring yg diberi berbingkai dan digunakan utk menangkap ikan dll. menangguk menangkap ikan dll dgn tangguk: Dia turun ke sungai utk ~ udang. tanggukan hasil perbuatan menangguk. pe­nangguk 1 orang yg menangguk. 2 alat utk menangguk; tangguk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangguk (kata nama)
Bersinonim dengan lukah, bubu, sanuk, tangkul, siring, bintuh, bintur, langgai;,
Kata Terbitan : menangguk, tertangkuk,

Puisi
 

Burung putih terbang melayang,
     Rasa nak tangguk rasa tidak;
Sudah boleh berkasih sayang,
     Rasa nak masuk rasanya tidak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tangguk lerak dengan bingkainya.

Bermaksud :

Suami isteri yang kekal sampai tua. lerak = rosak bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fishing netn (cast net) jala; (seine-net) pukat; (small net with frame and rod) tangguk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shrimp n 1. (crustacean) udang: the children were trying to catch ~s with a net, budak-budak itu cuba menangkap udang dgn tangguk; ~ paste, belacan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
catchvt 1. capture, menangkap: the thief has been caught, pencuri itu sudah ditangkap; to ~ butterflies with a net, menangkap rama-rama dgn tangguk; 2. attract and hold, menarik: the speaker was able to ~ the attention of the audience, penceramah itu telah dapat menarik perhatian para pendengar; 3. grasp st moving, menangkap: he caught the ball easily, dia menangkap bola itu dgn mudah; 4. receive falling object, menyambut: the fireman caught the child as she jumped from the window, ahli bomba itu menyambut kanak-kanak tersebut ketika dia terjun dr tingkap; 5. take in, retain, menadah: small bowls are used to ~ the latex, mangkuk-mangkuk kecil digunakan utk menadah susu getah; 6. hit, kena: the blow caught him in the ribs, tumbukan itu kena pd rusuknya; 7. board, menaiki: to ~ the 8.30 train, menaiki kereta api pukul 8.30;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
net 1 a safety ~, jaring keselamatan; b. (for fishing) i. also cast-net, jala; (of very large size) pukat: drift-~, pukat hanyut; ii. (erected on stakes) jaring; iii. (with handle) tangguk; c. (for catching birds) rajut, jaring; d. see MOSQUITO NET; e. see HAIRNET; f. (in hockey, football) gol; 3. fine lace-like fabric of cotton or silk, (kain) net; 4. system or trap, jaringan: he managed to slip through the police ~ a second time, dia berjaya melepaskan diri drpd jaringan polis utk kali keduanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas