Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gu/] | تڠݢوق

Definisi : 1. sj bakul drpd rotan atau jaring yg berbingkai (utk menangkap ikan, udang, dll): ikan di kawasan itu ditangkap dgn tangan atau dgn ~; 2. ki tipu muslihat (utk meme­rangkap, memikat, dll); ~ rapat keruntung bubus prb perihal suami isteri yg tidak bersetujuan sifatnya (suami ban­yak mendapat wang tetapi isterinya boros); bagai ~ lerak dgn bingkainya prb suami isteri yg tidak pernah bercerai sampai ajalnya; menangguk menangkap (ikan dll) dgn tang­guk: abang ke sungai ~ udang; ~ hutang menagih hutang; ~ di air keruh prb mencari keuntungan dll sementara ada kekacauan (perselisihan dll); hendak ~ ikan, tertangguk akan batang prb hendakkan laba tetapi jadi rugi; tertangguk kena ditangguk, tertangkap dgn tangguk; ~ pd ikan dikeruntungkan, ~ pd ular dikerun­tungkan juga prb buruk baik diterima sahaja setelah dimuafakati beramai-ramai; penangguk 1. orang yg menangguk; 2. alat utk menangguk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gu/] | تڠݢوق

Definisi : alat drpd rotan atau jaring yg diberi berbingkai dan digunakan utk menangkap ikan dll. menangguk menangkap ikan dll dgn tangguk: Dia turun ke sungai utk ~ udang. tanggukan hasil perbuatan menangguk. pe­nangguk 1 orang yg menangguk. 2 alat utk menangguk; tangguk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangguk (kata nama)
Bersinonim dengan lukah, bubu, sanuk, tangkul, siring, bintuh, bintur, langgai;,
Kata Terbitan : menangguk, tertangkuk,

Puisi
 

Burung putih terbang melayang,
     Rasa nak tangguk rasa tidak;
Sudah boleh berkasih sayang,
     Rasa nak masuk rasanya tidak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tangguk lerak dengan bingkainya.

Bermaksud :

Suami isteri yang kekal sampai tua. lerak = rosak bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, maaf mengganggu saya ada pertanyaan apa maksud peribahasa 1. bagai kucing dibawakan lidi 2. semisal udang dalam tangguk bolehkah DBP Malaysia terangkan dengan lebih jelas lagi. Sekian Terima Kasih.1. Peribahasa “Bagai kucing dibawakan lidi" bermaksud “sangat ketakutan”.
2. Peribahasa yang betul berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah “Menggeletik-geletik seperti udang dalam tangguk” atau “Udang merentak dalam tangguk” bermaksud “tidak tenteram, sangat gelisah dan susah”. 

Sastera20.12.2022

Kembali ke atas