Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gu/] | تڠݢوق

Definisi : 1. sj bakul drpd rotan atau jaring yg berbingkai (utk menangkap ikan, udang, dll): ikan di kawasan itu ditangkap dgn tangan atau dgn ~; 2. ki tipu muslihat (utk meme­rangkap, memikat, dll); ~ rapat keruntung bubus prb perihal suami isteri yg tidak bersetujuan sifatnya (suami ban­yak mendapat wang tetapi isterinya boros); bagai ~ lerak dgn bingkainya prb suami isteri yg tidak pernah bercerai sampai ajalnya; menangguk menangkap (ikan dll) dgn tang­guk: abang ke sungai ~ udang; ~ hutang menagih hutang; ~ di air keruh prb mencari keuntungan dll sementara ada kekacauan (perselisihan dll); hendak ~ ikan, tertangguk akan batang prb hendakkan laba tetapi jadi rugi; tertangguk kena ditangguk, tertangkap dgn tangguk; ~ pd ikan dikeruntungkan, ~ pd ular dikerun­tungkan juga prb buruk baik diterima sahaja setelah dimuafakati beramai-ramai; penangguk 1. orang yg menangguk; 2. alat utk menangguk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gu/] | تڠݢوق

Definisi : alat drpd rotan atau jaring yg diberi berbingkai dan digunakan utk menangkap ikan dll. menangguk menangkap ikan dll dgn tangguk: Dia turun ke sungai utk ~ udang. tanggukan hasil perbuatan menangguk. pe­nangguk 1 orang yg menangguk. 2 alat utk menangguk; tangguk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangguk (kata nama)
Bersinonim dengan lukah, bubu, sanuk, tangkul, siring, bintuh, bintur, langgai;,
Kata Terbitan : menangguk, tertangkuk,

Puisi
 

Burung putih terbang melayang,
     Rasa nak tangguk rasa tidak;
Sudah boleh berkasih sayang,
     Rasa nak masuk rasanya tidak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tangguk lerak dengan bingkainya.

Bermaksud :

Suami isteri yang kekal sampai tua. lerak = rosak bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bakul tanggukbakul tanggukKesenianTiadaBakul kandung daripada pandan atau mengkuang, biasanya berbentuk bujur, bertelinga, menggunakan anyaman bertulang dengan menggunakan batang langkap untuk menuat serta membentuk fizikal disamping penggunaan sisipan helai pandan atau mengkuang dan digunakan untuk mengisi lampin bayi atau tempat bayi.
colandertapis; tanggukPentadbiran PerniagaanTiada1. Alat tus/Tapis: Alat seperti besin yang berlubang-lubang untuk mengetus sayur-sayuran dan bahan makanan lain.,2. Tangguk: Sejenis bakul daripada rotan atau jaring yang berbingkai untuk menangkap ikan, udang dan lain-lain.
hydraulic dredgertangguk hidraulikPerikananTiadaTiada
hydraulic dredgertangguk hidraulikPerikananTiadaTiada
liftnetpukat tanggukPerikananTiadaTiada
hand dredgetangguk tanganPerikananTiadaTiada
scoop baskettanggukPerikananTiadaTiada
boat dredgetangguk tundaPerikananTiadaTiada
basket dredgetangguk bakulPerikananTiadaTiada
long dragged scooptangguk bergalahPerikananTiadaTiada
12

Kembali ke atas