dhimmah | zimmah/tanggungan | Perniagaan Islam | Tiada | Tanggungan atau keadaan yang wujud pada individu bagi melaksanakan kewajipan. Contohnya, dalam kes hutang, penghutang bertanggungjawab melangsaikan hutang tersebut. |
direct obligation | tanggungan langsung/obligasi langsung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tanggungan hutang bagi sesuatu terbitan yang diterbitkan oleh sesuatu entiti, misalnya pembayaran faedah dan pokok dibuat terus oleh entiti penerbit. |
indemnity form | borang tanggungan | Sukan | Tiada | Borang khusus untuk pelepasan tanggungan sekiranya berlaku sesuatu hal kepada pengangkat semasa pertandingan. |
overburden pressure | tekanan tanggungan atas | Kejuruteraan | Petroleum | Beban geostatik atau tekanan yang diwujudkan oleh tanggungan atas yang harus ditanggung oleh stratum atau formasi yang berada pada kedalaman tertentu yang menjadi perhatian dalam sesuatu operasi seperti operasi penggerudian, dan lain-lain. kecerunan tekanan yang normal ialah lebih kurang 0.465 paun per inci persegi bagi setiap kaki. |
ahliyyah wujub kamilah | kelayakan terima hak tanggungan sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Kelayakan menerima hak dan tanggungan yang bermula sebaik sahaja individu tersebut dilahirkan sehingga meninggal dunia. |
ahliyyah wujub naqisah | kelayakan terima hak tanggungan tak sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Kelayakan menerima hak dan tanggungan pada peringkat janin. |
ahliyyah wujub | kelayakan terima hak dan tanggungan | Perniagaan Islam | Tiada | Kelayakan yang bermula dari peringkat janin tanpa mengira keadaan fizikal dan mental untuk menerima harta dan tanggungan. Kelayakan ini kekal selagi hidup dan berakhir dengan kematian. Namun, individu yang meninggal dunia masih menanggung hutang dan berakhir apabila hutang tersebut dijelaskan oleh ahli warisnya atau pihak yang bersetuju menanggung hutang. Ahliyyah wujub terbahagi kepada dua, iaitu ahliyyah wujub kamilah dan ahliyyah wujub naqisah. |
asil | pihak dijamin | Perniagaan Islam | Tiada | Individu yang dijamin oleh penjamin bagi menanggung tanggungan yang pada asalnya menjadi tanggungan pihak yang dijamin. Contohnya, dalam kes hutang bank, sekiranya pihak yang dijamin tidak membayar hutangnya, maka penjamin bertanggungjawab melangsaikan hutang tersebut. |
burden | tanggungan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
overburden | tanggungan atas | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bahan batuan tandus yang longgar atau terkonsolidat, menindih mendapan mineral, dan mesti disingkirkan terlebih dahulu sebelum pelombongan. |