Menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab semua orang, bukannya tanggungjawab seseorang individu sahaja. Adakah penggunaan seseorang dalam ayat tersebut salah ? Jikalau salah ,mengapa ? | Ayat “Menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab semua orang, bukannya tanggungjawab seseorang individu sahaja.”, betul. | Lain-lain | 14.10.2023 |
Tuan, saya memahami bahawa salah satu maksud bagi perkataan berat ialah : berkaitan dengan kerja tanggungjawab. Contoh : Tanggungjawab ibu tersebut sangat berat. Jika ingin mengatakan berkenaan masalah, bolehkah kita menggunakan berat dalam situasi ini : Masalah yang ditanggung oleh keluarga itu sangat berat? jika tidak boleh digunakan berat dalam ayat ini, apakah perkataan yang sesuai digantikan dalam ayat ini? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berat bermaksud sukar (dilakukan, diselesaikan, dan sebagainya), sulit dan susah. Masalah pula bermaksud sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan) Oleh itu, penggunaan perkataan berat dalam contoh ayat yang diberikan adalah sesuai digunakan. | Makna | 02.09.2021 |
1.Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. 2.Keselamatan jalan raya ialah tanggungjawab bersama. Manakah satu ayat yang menggunakan kata pemeri yang betul? Terima kasih | Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. “tanggungjawab” ialah kata nama, maka kata pemeri ‘ialah’ digunakan di hadapannya, ayat yang betul- Keselamatan jalan raya ialah tanggungjawab bersama. | Tatabahasa | 17.02.2014 |
peranan, tanggungjawab dan karisma guru sastera | Mohon sdr. menghubungi Pegawai di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia atau melayari laman web Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) http://www.ppk.kpm.my/. Hal ini kerana soalan sdr berkaitan dengan skop atau bidang tugas Kementerian Pelajaran. | Lain-lain | 04.03.2008 |
Apakah tanggungjawab DBP mengenai penggunaan sebutan bahasa malaysia atau bahasa kebangsaan yang berpiawaian tinggi (high standard langguage)?, maksud saya sebutan bahasa malaysia yang "baku" dalam pengajaran bahasa malaysia di peringkat sekolah rendah, menengah dan Universiti. Agensi-agensi seperti penyiaran dan penghubung radio bahasa malaysia, tokoh-tokoh politik dan para saterawan negara. | Bahasa Melayu baku bermaksud sistem atau sesuatu yang telah diterima umum sebagi betul dan sah dan dapat dijadikan asas bagi bentuk dan sebagainya yang berkenaan bahasa, sebutan, ejaan dan lain-lain. DBP telah mengeluarkan panduan tatabahasa, sistem ejaan, dan sebutan yang baku untuk rujukan pengguna bahasa Melayu di semua peringkat. DBP sedia memberikan taklimat atau kursus berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkesan. | Lain-lain | 23.11.2007 |
apakah tanggungjawab kita dalam penggunaan bahasa kebangsaan? | Saudara boleh merujuk majalah-majalah terbitan DBP atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP | Lain-lain | 10.01.2007 |
difinisi tanggungjawab | Sdr, Tanggungjawab ialah kewajiban yangg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat tanggungjawabnya. | Makna | 15.04.2009 |
Melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri peserta untuk berubah menjadi lebih baik ATAU Melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri peserta dan berubah menjadi lebih baik | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Perkataang 'tanggungjawab', adakah satu perkataan atau asingkan kepada dua perkataan. | Ejaan yang betul ialah tanggungjawab. | Ejaan | 26.12.2011 |
apakah ejaan yang betul, tanggungjawab atau tanggung jawab? | Ejaan yang betul ialah tanggungjawab. | Ejaan | 28.11.2014 |