Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ngis] | تاڠيس

Definisi : mencucurkan air mata dgn sedu-sedan utk melahirkan perasaan sedih (pilu dll): ~nya timbul dgn tiba-tiba; bertangisan, bertangis-tangisan saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn me­ngeluarkan air mata dan sedu-sedan: mereka dapat mengenali satu sama lain dan ber­tangis-tangisanlah sebab sukacitanya; menangis melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan; ~ daun bangun-bangun hendak sama dgn hilir air prb perbuatan yg sia-sia hendak menyamai orang lain yg lebih daripadanya; dipujuk ia ~ ditendang ia tertawa prb orang yg baru bekerja dgn baik dan sempurna sesudah ia dimarahi; menangisi 1. menangis pd, menangis akan: apakah Halimah sudah tertidur atau masih ~ adiknya; 2. ki menyesali, bersedih hati kerana: ~ kehormatannya yg telah hilang; menangiskan 1. menangis kerana (ten­tang), menyayangkan, menyesalkan: jangan­lah tuanku, kiranya, tersangat ~ orang yg pergi ke hutan; 2. menyebabkan menangis, sengaja menangis: apa ditangiskan budak-budak itu? mempertangis menjadikan menangis (dgn memukul dll): sayang akan anak dipertangis, sayang akan bini ditinggalkan; tangisan apa yg ditangisi (diingini dll), tangis: dia tidur kini walaupun berapa kuat ~ isterinya; penangis (orang yg) mudah atau suka me­nangis: ~ benar budak itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ngis] | تاڠيس

Definisi : ~ (tangisan) burung sj tumbuhan (pokok renek), akar cincin, akar kuayah, akar membur, akar tulang daeng, akar (se)nyamuk, akar tukar, akar tupai-tupai, hisap nanah, Connarus semidecandrus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ngis] | تاڠيس

Definisi : , = tangisan pelahiran perasaan sedih (kecewa, menyesal dll) dgn mencucurkan air mata dan suara yg tersedu-sedu: ~nya semakin lama semakin kuat. menangis melahirkan perasaan sedih, pilu dll dgn mengeluarkan air mata dan suara yg tersedu-sedu: Kami lihat mata keluarga si mati itu bengkak kerana banyak ~. menangisi menangis akan; menangis kerana sesuatu: Wanita itu ~ anaknya yg baru meninggal. Dia ~ pemergian yg tersayang. menangiskan menyebabkan seseorang menangis: Si Atan suka benar ~ adiknya. penangis orang yg mudah menangis: Budak itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangis
Kata Terbitan : menangis, menangisi, tangisan,

Puisi
 

Cekur manis cemperai hidup,
     Lada muda di punca kain;
Saya tak tangis bercerai hidup,
     Badanku muda mencari lain.


Lihat selanjutnya...(3)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Tangis buliga: kumpulan cerpen Tiada2012978-967-430-009-8
Tangis rindu pada-muPenerbit MizanTiada2008979-8394-86-0
Tangis mu tangisku juat.pTiada1974 
Curah tangis [taipskrip] Tiada[t.thn.] 
Derai-derai tangisMarwilis Publisher and DistributorsTiada1988983-831-055-7
Kartika: buku enam - tangis mengiringi perpisahanCiptaan Jiwa SeniTiada1989 
Tawa di mata tangis di bibirSakuraTiada1983 

Kembali ke atas