Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1. gagang pd buah (bunga dll): buah itu mempunyai ~ yg pendek; ~ daun; 2. batang pokok tumbuhan yg kecil-kecil: ~ kecambah; 3. penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga; 4. tempat memegang sesuatu alat, batang (cangkul, tombak, dll), gagang, hulu (pisau dll): ~ cangkul; ~ bedil gagang bedil; ~ cerek tampuk cerek; ~ dayung batang dayung; ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh; ~ hati ki kekasih; ~ jering = ~ kering ki orang yg kedekut; ~ pena gagang pena; ~ timba pemegang timba; ~ tombak batang tombak; bertangkai mempunyai atau memakai tang­kai: dia hanya sempat mengutip buah rambutan yg ~ sahaja; senduk kayu yg ~ panjang digunakan utk mengacau jem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : tangkaian ark tempat menyim­pan padi, lumbung, rengkiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1 bahagian tempat melekatnya buah, bunga dll; gagang buah, bunga dll: Buah manggis ~nya pendek. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; gagang. 3 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga mawar. ~ bedil gagang bedil. ~ cerek tampuk cerek. ~ dayung batang dayung. ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh. ~ hati ki orang yg dikasihi. ~ jering ki orang yg kedekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkai (kata nama)
1. Bersinonim dengan gagang: batang, hulu, pemegang, gandar, taran, tampuk, tangan, baur, garan, pangkal,

2. Bersinonim dengan tandan: tundun, sisir, sikat, untai, jambak, gugus.,


Puisi
 

Si tangkai padi si tangkai lada,
     Selasih di dalam puan;
Sampai mati sampai kurasa,
     Setengah kasih ditinggalnya tuan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Menjual tangkai pangkur dedap.

Bermaksud :

Cerita bohong.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti tikus masuk roman.Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjual tangkai pangkur dedap.Cerita bohong.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjual tangkai cangkul sekah.Membual; omong kosong. (Peribahasa lain yang sama makna: Menjual petai hampa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai.Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersua beliung dengan sangkal.Sangat sesuai (kerana sefaham atau setujuan). sangkal = tangkai beliung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas