Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tangkap;

Puisi
 

Yam Tuan pergi ke rimba,
     Tangkap merbuk pandai berlagu;
Janganlah tuan mencabar hamba,
     Takut penumbuk hinggap ke dagu.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Merpati ditangkap kucing, Tangkap mari tepi kota; Besar hati orang miskin, Hari-hari duduk bersuka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Yam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu; Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Anak dekut kebun Cik Daud, Tangkap seekor di celah sarang; Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu belayar seorang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Cik Dol anak Cik Tahir, Tangkap belalang di celah batu; Emas sekati intan setahil, Cari tukang ikatkan satu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Naik perahu ke Tanjung Tuan, Hendak tangkap ikan pari; Kalau tidak kerana tuan, Saya tidak sampai ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sejak pelatuk memakai taji, Banyaklah udang kena tangkap; Sejak datuk pandai mengaji, Banyaklah orang memakai kitab.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tumbuk pulut di lesung tinggi, Anak Pak Pandir tangkap belalang; Hidupkan rumput bunuhkan padi, Tentu sawah bertumbuh lalang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Burung merpati terbang ke Perlis, Singgah hinggap ranting buluh; Sungguh jinak tangkap tak boleh, Seperti lalat hinggap ke tubuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam denak beranak empat, Cari makan di cerang rimba; Tengok jinak tangkap tak dapat, Hati mana saya tak gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ayam beranak empat, Mari makan di cerang rimba; Hak jinak tangkap tak dapat, Hati mana abang tak gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas