Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tangkap;

Puisi
 

Yam Tuan pergi ke rimba,
     Tangkap merbuk pandai berlagu;
Janganlah tuan mencabar hamba,
     Takut penumbuk hinggap ke dagu.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMerpati ditangkap kucing, Tangkap mari tepi kota; Besar hati orang miskin, Hari-hari duduk bersuka.
Kurik Kundi Merah SagaYam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu; Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dekut kebun Cik Daud, Tangkap seekor di celah sarang; Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu belayar seorang.
Kurik Kundi Merah SagaCik Dol anak Cik Tahir, Tangkap belalang di celah batu; Emas sekati intan setahil, Cari tukang ikatkan satu.
Kurik Kundi Merah SagaNaik perahu ke Tanjung Tuan, Hendak tangkap ikan pari; Kalau tidak kerana tuan, Saya tidak sampai ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaTumbuk pulut di lesung tinggi, Anak Pak Pandir tangkap belalang; Hidupkan rumput bunuhkan padi, Tentu sawah bertumbuh lalang.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati terbang ke Perlis, Singgah hinggap ranting buluh; Sungguh jinak tangkap tak boleh, Seperti lalat hinggap ke tubuh.
Kurik Kundi Merah SagaAyam denak beranak empat, Cari makan di cerang rimba; Tengok jinak tangkap tak dapat, Hati mana saya tak gila.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam beranak empat, Mari makan di cerang rimba; Hak jinak tangkap tak dapat, Hati mana abang tak gila.

Kembali ke atas