Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kap] | تڠکڤ

Definisi : ~ basah ditangkap ketika seseorang sedang melakukan kesalahan (khasnya dlm kes khalwat); ~ buta ki menuduh orang dgn sembarangan sahaja; ~ gambar mengambil gambar; ~ gunting sj gerakan utk mengenakan lawan dlm silat; ~ lelong membeli barang yg dilelong; ~ muat mengambil mana yg sempat (ada) sahaja; ~ wap tidak berhasil atau sia-sia sahaja (perbuatan);bertangkap sl berkelahi seorang melawan seorang, bergelut, bergomol, bergusti: kedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran darah; bertangkap-tangkapan saling bertangkap (bergelut): dua ekor harimau yg tengah ~ dgn hebat; menangkap 1. memegang sesuatu dgn tangan atau alat, memegang sesuatu yg ber­gerak cepat dll (dan tidak melepaskan­nya), me­m­erangkap binatang dsb: sukar utk ~ harimau; tempat ~ ikan; 2. menadah atau menyambut barang yg bergerak cepat atau yg dilemparkan: kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup; 3. mendatangi (menemui dsb) dan menahan orang yg berbuat kejahatan (melaku­-kan perbuatan jenayah dll), memberkas: se-baik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya; 4. mengam­­bil sbg tawanan, menawan: maka lasykarnya hulu-balang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat; 5. menerima atau memetik (siaran radio dll)): pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yg ter­sembunyi; 6. menerima atau dapat menger­ti (memahami, mengetahui, dll): dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu; 7. mencerap (dgn pancaindera), menang­gap: hanya beberapa orang yg dapat ~ maksud kata-katanya; 8. memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dll): kailnya tidak ~; ~ angin ki tidak mendapat hasil sedikit jua pun; ~ bayang-bayang sia-sia sahaja; menangkapi menangkap berkali-kali, me­nangkap banyak-banyak, banyak yg ditang­kap: semua penjahat perang ditangkapi; menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain; tertangkap sudah ditangkap, terdapat, ter­kena (jerat dll), tertahan, tertawan; ~ basah = ~ tangan ditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan); ~ muka bertemu muka dgn tiba-tiba; tangkapan 1. apa yg ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa, tahanan: telinganya menangkap sesuatu yg menarik hati, tetapi ~ itu kurang jelas; 2. dlm keadaan tertang­kap, dlm tahanan: selepas drpd ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja; ketangkapan (kena) penyakit yg datang dgn mengejut (dan boleh menyebabkan orang yg menghidapinya mati), apopleksi; penangkapan perihal menangkap, peme­gangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalan­kan; penangkap 1. orang yg menangkap; ~ ikan nelayan; 2. alat utk menangkap; ~ suara alat utk menerima suara; sepenangkap sehasta (dr siku hingga ke buku jari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kap] | تڠکڤ

Definisi : ; ~ angin (wap) bp tidak mendapat apa-apa yg dihajati; tidak berhasil. ~ gambar bp mengambil gambar. ~ muat bp mengambil mana-mana yg ada (sempat) sahaja. menangkap 1 memegang sesuatu dgn tangan atau dgn alat; memegang sesuatu yg bergerak atau yg lepas: Di situlah tempat mereka memasang perang­kap utk ~ harimau. Bapanya pergi ke laut utk ~ ikan. 2 menahan orang yg membuat kesalahan dll; menjadikan sbg orang tawanan; menawan: Mereka belum dpt ~ penyamun itu. 3 menyambut atau menadah sesuatu yg bergerak pantas atau yg dilemparkan: Dgn mudah saja penjaga gol itu ~ bola yg ditendang oleh sayap kanan pasukan lawannya. 4 mengambil atau memetik siaran radio dll. 5 menanggap atau menerima sesuatu dgn pancaindera, hati atau fikiran; mencerap: Dia mudah ~ apa-apa yg diajarkan oleh gurunya. menangkapi menangkap beberapa (banyak) kali atau banyak yg ditangkap: ~ orang jahat. menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain. tertangkap sudah ditangkap; tertawan; terkena jerat dll. tangkapan sesuatu yg ditangkap; hasil drpd menangkap; tawanan. penangkapan hal atau perbuatan menangkap. penangkap 1 orang yg menangkap: ~ ikan nelayan. 2 alat utk menangkap: ~ suara alat yg menerima suara dan menyiarkannya semula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Yam Tuan pergi ke rimba,
     Tangkap merbuk pandai berlagu;
Janganlah tuan mencabar hamba,
     Takut penumbuk hinggap ke dagu.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Pihak Pemprosessan Saman dan Waran Tangkap Cawangan Trafik, PDRM ingin mendapatkan pandangan daripada pihak Tuan untuk kegunaan slogan di POL 257 Cadangan Slogan seperti berikut: "Gagal selesaikan, Waran Tangkap Dikeluarkan" Mohon nasihat untuk pembaiikkan dan digunapakai. Insp Nooraini Ali Cawangan Trafik PDRM, Bukit Aman.Bagi slogan "Gagal Selesaikan, Waran Tangkap Dikeluarkan". Apakah yang gagal diselesaikan? Saman atau denda atau selainnya. Pada pandangan kami slogan ini tidak dapat difahami dengan jelas. Pertanyaan yang hamper sama pernah kami terima dan pernah mencadangkan "Gagal Hadir di Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan".Tatabahasa03.11.2015
1. Dia tangkap saya ke sini. 2. Saya ditangkap ke sini. Adakah penggunaan "ke" dalam kedua-dua ayat ini betul?Penggunaan "ke" dalam kedua-dua ayat adalah betul.Tatabahasa05.11.2017
Pihak Pemprosessan Saman dan Waran Tangkap Cawangan Trafik, PDRM ingin mendapatkan cadangan dan pandangan daripada pihak Tuan untuk kegunaan slogan di POL 257(Contoh saman diseratakan) "Cadangan Slogan seperti berikut: Tidak hadir makhamah, Waran Tangkap akan dikeluarkan" Mohon pandangan dan cadangan untuk kegunaan dalam dwi bahasa, Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Sekian. Insp Nooraini Ali Cawangan Trafik PDRM, Bukit Aman.Kami mencadangkan frasa tersebut dipinda menjadi: Gagal Hadir di Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan.Tatabahasa21.10.2015
salam sejahtera. saya ingin bertanya mengenai maksud "tangkap lintuk." Terima kasih.Tidak ada maklumat berkaitan frasa "tangkap lintuk/lentuk" dalam pangkalan data kami. Frasa tersebut merupakan slanga yang digunakan dalam kelompok tertentu tetapi tidak digunakan dalam konteks rasmi.Makna23.08.2012
Ali tangkap gambar ibunya dengan menggunakan kamera Ali merakam gambar ibunya dengan meggunakan kamera Ali mengambik gambar ibunya dengan menggunakan kamera Yang mana betul? Tangkap, rakam, atau ambil?Frasa yang selalu digunakan ialah menangkap gambar atau mengambil gambar. Jika hendak menggunakan frasa merakam gambar, frasa yang tepat ialah merakamkan gambar. Namun demikian, perkataan merakamkan lebih sesuai digunakan untuk frasa merakamkan video. Perkataan merakamkan lebih sesuai untuk video kerana video biasanya mempunyai bunyi dan gambar. 
Oleh itu, ayat yang betul ialah Ali menangkap gambar ibunya dengan menggunakan kamera, Ali mengambil gambar ibunya dengan menggunakan kamera. 

Lain-lain02.11.2020
Selamat pagi, Bolehkah saya menggunakan tangkap layar daripada buku teks keluaran DBP (dalam bentuk kod QR) untuk dimasukkan ke dalam buku kerja keluaran syarikat kami? Adakah terdapat sebarang isu berkaitan dengan hak cipta sekiranya saya berbuat demikian? Perlukan saya membuat permohonan bertulis kepada DBP jika saya mahu menggunakan tangkap layar daripada buku teks keluaran DBP (dalam bentuk kod QR) untuk dimasukkan ke dalam buku terbitan syarikat? Terima kasih.Salam sejahtera, Untuk makluman, Semua pengeluaran semula buku teks dalam sebarang bentuk perlu mendapat kebenaran daripada KPM. Hak cipta buku teks adalah milik KPM. Sekian.Lain-lain07.05.2021
“Catch people doing something right.” Cadangan terjemahan: “Tangkap seseorang sewaktu ia melakukan perkara yang betul.” Apakah perkataan yang sesuai untuk perkataan “catch” di dalam ayat tersebut di atas.

Cadangan terjemahan bagi perkataan catch dalam contoh ayat yang diberikan ialah “mendapati”. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Penyemakan dan penterjemahan24.02.2022
Adakah penggunaan "dengan menggunakan" tepat? Sila nyatakan cadangan penggunaan yang betul. Berikut merupakan tangkap layar buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 SJKC muka surat 5 bagi rujukan pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Penggunaan "dengan menggunakan"  adalah tepat.

Lain-lain28.10.2021
Saya ada kemuskilan mengenai apakah yang sesuai untuk merakam gambar. Adakah merakam gambar itu betul atau tangkap gambar itu betul atau mengambil gambar itu betul?Istilah yang betul ialah merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar dan mengambil  tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa24.09.2013
adakah terjemahan ini betul "screenshot" "syot skrin"Istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar.Istilah16.10.2012
123

Kembali ke atas