Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat menyimpan minyak (air dll), kolam air, teng; kapal ~ kapal utk mengangkut minyak (ta­nah); ~ najis tangki septik; ~ septik tempat menakung najis, air kumbahan dsb (biasanya di bawah tanah) yg dapat diuraikan melalui tindakan bakteria. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tangki (kata nama)
Bersinonim dengan kolam air, kolah, teng, jeding, waduk air.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPAL TANGKI

Kapal tangki ialah kapal yang dicipta khas untuk

membawa kargo cecair. Kebanyakan kapal tangki

membawa petroleum tetapi ada juga yang

membawa barangan seperti molases, wain, bahan

kimia, batu arang, bijirin, dan bijih besi.

UMUM 
MENYELAM

Menyelam ialah aktiviti berenang di bawah

permukaan air sambil menahan nafas atau

bernafas menggunakan tangki udara termampat.

Istilah ini umumnya merujuk kepada <i>selam tahani>

<i> nafas i> , iaitu bentuk menyelam yang paling tua dan

paling ringkas. Menyelam dengan menggunakan

bantuan tangki udara dikenali sebagai <i>selami>

<i> skuba i> .

UMUM 
AKUARIUM

Akuarium ialah tempat memelihara ikan dan

 haiwan air yang lain. Saiz akuarium berbeza-beza,

daripada tangki kaca kecil hingga kepada bangunan

besar yang mengandungi pameran segala jenis

dan saiz haiwan air.

UMUM 
SUSU SEJAT

Susu sejat ialah susu manis penuh yang kirakira

60 peratus airnya telah dikeluarkan. Susu

sejat disediakan dengan memanaskan susu

penuh pasteur homogen dalam tangki vakum

untuk menyejatkan airnya. Susu ini kemudiannya

ditinkan, dikedapkan dan serta-merta disteril

dengan haba. Tidak seperti susu pekat, susu sejat

tidak ditambah dengan gula untuk mengawetnya,

tetapi vitamin D sering ditambah untuk

pemakanan. John Meyenberg, pereka berbangsa

Switzerland, menerima paten pada tahun 1884

kerana pertama kali berjaya mencipta kaedah

memekatkan susu tanpa menambah gula.

Lihat juga Susu.

UMUM 
PEMISAH MINYAK DAN GASBejana tekanan yang digunakan untuk memisahkan bendalir yang dikeluarkan dari telaga minyak atau telaga gas kepada gas dan cecair. Bejana pemisah ini biasanya digunakan di pelantar pengeluaran atau di kawasan pajakan petroleum berdekatan dengan kepala telaga, pancarongga atau deretan tangki. Bejana tersebut mesti mampu untuk mengendali slug dan beban daripada bendalir telaga yang dikeluarkan. Dengan demikian, bejana tersebut lazimnya mempunyai ukuran yang mampu untuk mengendalikan kadar alir seketika yang tinggi. Pembinaan terperinci sesebuah pemisah bergantung pada muatan yang diperlukan dan tekanan operasi.KEJURUTERAANAlat/Alatan
PROSES PENGAPUNGAN

Proses pengapungan digunakan untuk

memisahkan mineral yang berharga daripada satu

sama lain atau daripada mineral lain yang

bercampur dengannya. Melalui proses ini, bahan

yang mengandungi mineral pada mulanya

dihancurkan dan dikisar menjadi serbuk. Ia

kemudiannya dimasukkan ke dalam tangki yang

dinamakan <i> sel pengapungan i> yang mengandungi air

dan bahan kimia tertentu yang dinamakan <i> reagen i>

<i> pengapungan i> . Bahan kimia ini membentuk lapisan

penolak air di sekeliling zarah satu daripada

mineral, tetapi tidak di sekeliling mineral yang lain.

UMUM 
ZINK

Zink, unsur kimia dengan simbol Zn, ialah logam

berkilat berwarna putih kebiruan. Logam ini

penting dalam industri. Zink boleh dijadikan

pelbagai bentuk dengan kaedah kerja logam

biasa. Logam seperti besi dan keluli boleh

<I>digalvani I>– iaitu, disalut dengan zink – untuk

mencegahnya daripada berkarat. Logam

bergalvani digunakan untuk membuat talang

bumbung, lapik tangki.

UMUM 

Kembali ke atas