Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat menyimpan minyak (air dll), kolam air, teng; kapal ~ kapal utk mengangkut minyak (ta­nah); ~ najis tangki septik; ~ septik tempat menakung najis, air kumbahan dsb (biasanya di bawah tanah) yg dapat diuraikan melalui tindakan bakteria. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tangki (kata nama)
Bersinonim dengan kolam air, kolah, teng, jeding, waduk air.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
measuring tanktangki pengukurKejuruteraanPetroleumSinonim : 1. tangki permeteran Tangki tentukur atau tangki yang telah ditentukur yang digunakan untuk mengukur isi padu cecair yang dimasukkan dan/atau dikeluarkan dari tangki atau daripada sistem pengumpulan. Pengukuran biasanya dilakukan secara automatik dengan menggunakan empang limpah, suis pelampung, suis tekanan, atau peranti-peranti yang boleh digunakan untuk mengukur aras cecair secara automatik.
production tanktangki pengeluaranKejuruteraanPetroleumSinonim : 1. tangki aliran 2. tangki pajak Tangki storan yang ditempatkan di medan minyak untuk digunakan sebagai penerima minyak mentah yang dialirkan dari telaga pengeluaran sebelum minyak mentah tersebut dialirkan ke tangki atau tempat lain.
pressure storage tanktangki storan tekananKejuruteraanPetroleumSejenis tangki storan yang dibina supaya tahan menanggung tekanan yang diakibatkan oleh wap yang terdapat dalam tangki berkenaan. Tangki storan jenis ini biasanya mempunyai dinding yang lebih tebal daripada tangki storan biasa dan mempunyai bahagian atas yang cembung atau cekung. Umumnya, tangki storan ini berbentuk sfera.
darkroom equipmentperalatan bilik gelapTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPeralatan yang terdapat di dalam bilik gelap untuk tujuan pemprosesan filem. Contohnya, lampu cahaya selamat, tangki pencuci, tangki cecah bantut, tangki penetap, tangki air dan pengering.
dump tanktangki tuangKejuruteraanTiada2. Tangki tuang: Tangki pengukur yang mengeluarkan isi padu tertentu cecair secara automatik.
dump tanktangki lambakKejuruteraanTiada1. Tangki lambak: Tangki untuk menerima bahan penyederhana ketika reaktor nuklear ditutup semasa kecemasan.
recovery tanktangki pengembanganKejuruteraan AutomotifTiadaTangki pengembangan: Tangki yang disambung kepada penyinar pada enjin penyejuk cecair untuk menyimpan bahan penyejuk yang melimpah dari penyinar, dan sebagai ruang untuk pelepasan gelembung gas.
accelerating welltangki pecutKejuruteraan Kapal TerbangTiadaTangki sekunder yang dibina di dalam tangki minyak utama. Tangki ini akan mengekalkan minyak yang hanya beredar dari seluruh enjin. Dengan ini pemanasan minyak dipercepat semasa pemanasan enjin. Tangki ini juga membuatkan pencairan minyak lebih berkesan.
tankagemuatan tangkiKejuruteraanPetroleumJumlah muatan tangki-tangki yang terdapat di medan minyak.
tank strapperpencekak tangkiKejuruteraanPetroleumPekerja yang mengukur tangki pada berbagai-bagai aras untuk melihat atau mengetahui berapa banyak tangki tersebut akan diisi atau dimuat. Ia juga merupakan pekerja yang mengukur tangki untuk menentukan isi padu yang termuat di dalam tangki berkenaan pada satu perempat daripada ketinggian tangki.
12345678910...

Kembali ke atas