Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ni] | تاني

Definisi : orang (kaum) ~ = petani orang yg pe-ker­­­jaannya bercucuk tanam (mengusahakan tanah), pekebun, peladang, pesawah;bertani mengusahakan tanah (tanam-me­nanam dll), bercucuk tanam, berkebun, ber­ladang, bersawah; kepetanian kedudukan (taraf) petani; pertanian 1. perihal bertani (tanam-mena­nam); 2. perusahaan bercucuk tanam: tanah­nya boleh digunakan utk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ni] | تاني

Definisi : ark tali-temali pd perahu utk meneguh­kan tiang, temberang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ni] | تاني

Definisi : pintu ~ sl pintu gerbang di sebelah luar istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ni] | تاني

Definisi : ; bertani mengusahakan tanah utk bercucuk tanam. pertanian 1 hal-hal bertani. 2 perusahaan tanah utk bercucuk tanam. ~ campur perusahaan bercucuk tanam dan berternak bi­natang (lembu dll). ~ pindah pertanian yg dijalankan di sesuatu kawasan sehingga kawasan itu tidak subur lagi, lalu petani berpindah ke kawasan lain yg subur utk bertani. ~ sara diri perusahaan bercucuk tanam yg hasilnya hanya utk keperluan sendiri (petani dan keluarganya). petani orang yg kerjanya bercucuk tanam atau bertani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tani
Kata Terbitan : bertani, pertanian, petani,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERNIAGAAN TANI

Perniagaan tani ialah kumpulan industri yang

terlibat dalam pengeluaran, pengangkutan,

pemprosesan, pengedaran, dan penjualan hasil

ladang. Ia juga melibatkan perniagaan yang

membekalkan petani dengan barangan dan

perkhidmatan seperti jentera, benih, baja, bahan

kimia pertanian, kredit, dan maklumat

pengurusan.

UMUM 
BATASBatas, cawangan daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). BATAS ialah singkatan Barisan Tani SeMalaya, ditubuhkan selepas penubuhan Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) sekitar tahun 1947.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
PEKAN SARI

PEKAN SARI, institusi pasar tradisional masyarakat tani yang diadakan seminggu sekali. Pekan sari juga merupakan institusi ekonomi dan sosial dan sebagai tempat pertemuan penjual dan pembeli.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA

LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA, badan berkanun yang berkhidmat untuk masyarakat tani. Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) terletak di bawah Kementerian Pertanian. LPN telah ditubuhkan pada 20 September 1971 di bawah Akta Parlimen No. 47, Akta Lembaga Padi dan Beras Negara Tahun 1971. Penubuhan LPN ini adalah hasil gabungan dua buah agensi kerajaan iaitu Bahagian Bekalan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dengan Perbadanan Pemasaran Padi dan Beras.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
MAT ZIN MAT NIN

MAT ZIN MAT MIN (1885-  ?  ), pemimpin tempatan yang terlibat dalam gerakan tani menentang British.  Dia ialah salah seorang ketua bagi kumpulan di Telemong, Terengganu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAT SALLEH YUSOF

MAT SALLEH YUSOF (   ?  -  ?    ), pemimpin tempatan yang terlibat dalam gerakan tani menentang British.  Dia ialah Penghulu Kampung Pasir Nyior, Kuala Berang, Terengganu.  Dia terlibat dalam gerakan menentang peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British yang campur tangan dalam pentadbiran Terengganu.  Pada 22 April 1928, lebih kurang 400 orang yang bersenjatakan keris, lembing, tombak dan senapang berkumpul di halaman rumah Mat Salleh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAJUN

MAKJUN, sejenis makanan kesihatan tradisional orang  Melayu. Makjun dimakan oleh kaum wanita dan juga orang lelaki. Makjun dikeluarkan secara komersial dan dipasarkan dengan pelbagai jenama, misalnya Makjun Pak Tani, Makjun Khorzani dan Makjun Purba.

BUDAYAUbat-Ubatan

Kembali ke atas