Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ni] | تاني

Definisi : orang (kaum) ~ = petani orang yg pe-ker­­­jaannya bercucuk tanam (mengusahakan tanah), pekebun, peladang, pesawah;bertani mengusahakan tanah (tanam-me­nanam dll), bercucuk tanam, berkebun, ber­ladang, bersawah; kepetanian kedudukan (taraf) petani; pertanian 1. perihal bertani (tanam-mena­nam); 2. perusahaan bercucuk tanam: tanah­nya boleh digunakan utk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ni] | تاني

Definisi : ark tali-temali pd perahu utk meneguh­kan tiang, temberang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ni] | تاني

Definisi : pintu ~ sl pintu gerbang di sebelah luar istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ni] | تاني

Definisi : ; bertani mengusahakan tanah utk bercucuk tanam. pertanian 1 hal-hal bertani. 2 perusahaan tanah utk bercucuk tanam. ~ campur perusahaan bercucuk tanam dan berternak bi­natang (lembu dll). ~ pindah pertanian yg dijalankan di sesuatu kawasan sehingga kawasan itu tidak subur lagi, lalu petani berpindah ke kawasan lain yg subur utk bertani. ~ sara diri perusahaan bercucuk tanam yg hasilnya hanya utk keperluan sendiri (petani dan keluarganya). petani orang yg kerjanya bercucuk tanam atau bertani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tani
Kata Terbitan : bertani, pertanian, petani,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
farmer�s market caravankaravan taniPertanianAgroteknologiSatu konsep pemasaran produk pertanian yang menggunakan karavan yang bergerak ke beberapa tempat untuk menjual terus kepada pembeli tanpa memerlukan khidmat orang tengah. Antara tempat yang dikunjungi karavan tani ialah tapak pasar tani, pasar malam, tempat letak kereta, kawasan perumahan dan pejabat kerajaan. Konsep ini juga menekankan produk yang dipersembahkan dengan baik, telah siap dibungkus, lebih kemas, bermutu dan dijual dengan harga yang lebih kompetetif. Konsep ini telah diperkenalkan oleh FAMA sebagai salah satu kaedah pemasaran yang menguntungkan petani.
agropreneurusahawan taniPertanianAgroteknologiIndividu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti pertanian secara perusahaan atau komersial. Matlamat usahawan tani adalah untuk memperoleh keuntungan yang maksimum dan mampu menukar corak aktiviti mengikut keperluan pasaran. Seseorang usahawan tani biasanya memerlukan modal yang besar, kemahiran yang tinggi dan sikap yang berani menanggung risiko.
peasant societymasyarakat taniSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang bergantung kepada pertanian sama ada dengan bercucuk tanam atau menternak binatang. Mereka memiliki tanah yang kecil di Iuar bandar dan hidup susah dengan pendapatan yang kecil. Golongan tani yang menyewa tanah masih tergolong dalam masyarakat ini dan mereka turut diberi kebebasan untuk menjual sendiri hasil tani mereka. Masyarakat tani merupakan kelas bawahan yang turut tertindas dan tidak mempunyai kuasa politik. Dalam konteks pemikiran Marx, golongan ini dianggap tidak penting kerana beliau hanya melihat buruh sebagai pendorong kepada perubahan. Walau bagaimanapun Mao Tse Tung telah membuktikan bahawa petani juga boleh membawa perubahan sosial dan politik dengan melancarkan revolusi komunis di China.
agrotaimentagrohibur/hibur taniUmumTiadaKaedah mempromosikan produk hasil pertanian atau perniagaan tani kepada orang ramai menerusi persembahan hiburan.
agrichemical/agrochemicalbahan kimia taniPertanianAgroteknologiBahan kimia yang digunakan sebagai input kepada pengeluaran tanaman. Bahan ini termasuklah baja kimia, racun rumpai, racun serangga, racun kulat, pengawal atur pertumbuhan, dan bahan pengawet hasil tuaian. Penggunaan bahan kimia ini perlu mengikut peraturan keselamatan seperti menggunakannya dalam kadar yang disyorkan dan memakai pakaian keselamatan untuk melindungi pengguna. Dalam sistem pertanian organik, bahan kimia tani tidak boleh digunakan sama sekali.
farmtani; ladang; kebunGeografiTiadaTiada
farmtani; ladang; kebunPenilaian Harta TanahTiadaTiada
farmtani; ladang; kebunKependudukanTiadaTiada
farmtani; ladang; kebunPertanianTiadaTiada
peasanttaniSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
12345678

Kembali ke atas