Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.pa/] | تاڤق

Definisi : 1. bidang kaki (kasut, tangan) sebelah bawah, telapak; 2. = ~ kaki bekas kaki, jejak kaki; 3. langkah: belum lagi beberapa ~ kami berjalan aku nampak cahaya lampu suluh dr belakang; 4. bahagian sebelah bawah dr sesuatu, dasar: ~ piramid; 5. ki asas (dasar atau tempat) melakukan atau memulakan sesuatu;~ ani bahagian alat tenun yg dihubungkan oleh belebas; ~ bangunan tanah tempat membina bangunan; ~ besi ladam pd kuku kuda (kasut dll); ~ binaan tempat akan didirikan bangunan dsb; ~ cangkir alas cangkir; ~ catur petak-petak pd papan catur; ~ cindai corak selirat yg cerah (pd kain); ~ itik Kd roda besi pd traktor membajak sawah yg menghasilkan corak spt tapak itik apabila digunakan utk membajak sawah; ~ jalak tanda palang yg hujungnya bercabang; ~ kadam bekas pijakan kaki; ~ kaki a) telapak kaki; b) bekas pijakan kaki; ~ kasut alas kasut; ~ kedidi sj corak membubuh papan utk dinding rumah; ~ kek bangku tempat duduk (pd alat tenun): ~ kuku telapak kaki kuda; ~ lawang cembul pd buah manggis; ~ rata Id telapak kaki yg tidak lekuk-lekuk; ~ rumah tanah tempat men­dirikan rumah; ~ semaian tempat menyemai benih atau menanam anak pokok; ~ sulaiman gambar bintang yg bersegi enam; ~ tangan a) telapak tangan; b) Id tandatangan; ~ tukul kesan melakukan sesuatu; tengah ~ bayang tengah hari benar (ketika matahari tepat di atas kepala); tiga ~ bayang-bayang waktu ketika bayang-bayang tiga telapak tangan panjangnya;cium ~ tangan, berbaukah atau tidak prb lihat diri sendiri, terlebih dahulu sebelum mencela orang lain; kecil ~ tangan nyiru saya tadahkan prb menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang;setapak 1. sebesar tapak tangan; 2. sepan­jang tapak kaki: alamat akan jauh lakinya yg se­lama ini belum pernah bercerai dgn dia ba­rang ~ jua; 3. ki selangkah: ~ demi ~ dia undur; ~ jangan lalu, ~ jangan surut prb tetap pendiriannya, tidak berkocak hati atau iman ketika menghadapi sesuatu keja­dian;tapak-tapak sj lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal;bertapak 1. mempunyai tapak, ada tapak­nya: kon yg ~ bulat; 2. berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; ~ maju melangkah maju; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll: Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula (melangkah dsb) drpd sesuatu pang­kalan (dasar, asas, dsb), menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu orang ~; menapak 1. memijakkan kaki pd, mengena­kan kaki pd: kakinya ~ tanah; 2. mengukur dgn tapak (kaki atau tangan); 3. melangkah: dgn langkah yg tidak bermaya ia pun ~lah ke kamar datuk; 4. mengikut jejak (binatang dll); 5. berjalan kaki: dia terpaksa ~ ke surau kerana basikalnya rosak; menapaki menyelidiki, mengusuti; ketapakan = ~ balai = tapakan sl tempat kehormatan di balai penghadapan: bentara seramai empat puluh orang berdiri di ~ balai di saat orang menghadap dan menjunjung duli; pertapakan 1. pelan yg menunjukkan susunan bahagian-bahagian drpd sesuatu; 2. asas kedudukan, tempat bertapak (utk melakukan sesuatu dsb): sementara itu kaum bukan Melayu masing-masing pula amat kukuh ~ masing-masing dlm ekonomi pasaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pa/] | تاڤق

Definisi : ~ kasut sj ikan laut, Echineis nau­crates; ~ sulaiman sj binatang laut (berbentuk spt bintang), Asterias rubens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pa/] | تاڤق

Definisi : 1 bahagian kaki atau kasut di sebelah bawah; bahagian tangan sebelah hadapan. 2 = ~ kaki bekas kaki; jejak kaki. 3 jarak antara dua belah kaki ketika berjalan; langkah: Beliau undur beberapa ~ lalu duduk bersimpuh. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah; dasar: ~ piramid; ~ segi tiga. 5 tempat pokok ditanam dsb: ~ kekal tempat yg kekal bagi sesuatu pokok yg ditanam (tidak dialih-alih). ~ bangunan (rumah) tanah tempat sesebuah bangunan atau rumah didiri­kan. ~ catur petak-petak pd papan catur. ~ semaian tempat anak benih dsb disemai. ~ tukul kesan atau bekas melakukan sesuatu. bertapak 1 ber­pijak; berjejak: Dia mengelakkan tikaman itu dgn pantas seolah-olah kakinya tidak ~ di bumi. 2 ki mendapat tempat utk membuat sesuatu: Mereka tidak suka orang asing ~ di negeri mereka. menapak 1 mengenakan atau me­letakkan tapak kaki pd. 2 berjalan; melangkah: Perlahan-lahan beliau ~ kembali ke rumahnya. 3 mengukur dgn tapak kaki atau dgn tapak tangan. setapak 1 selebar atau sebesar tapak tangan. 2 jarak sepanjang tapak kaki. 3 selangkah: ~ demi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ta.pa/] | تاڤق

Definisi : ; ~ sulaiman nama sj binatang laut yg berbentuk spt bintang, Asterias rubens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Cium tapak tangan,
     berbaukah atau tidak?

Bermaksud :

Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tapak-tapak Yang TertinggalJohar BuangBerita Minggu23.01.1983
Tapak-Tapak SituaZailiani TaslimWatan01.11.1978
Tapak-tapak dan WagonLim Swee TinMingguan Tanahair01.03.1982
Hari puisi: tapak-tapak kaki berkumpul di atas kanvesTiadaUtusan Malaysia06.08.1975
Tapak sejarah Kota Buruk jadi tempat pemujaan: penempatan zaman Parameswara wajar dibangunkan, dipulihara.Junita Mat RasidBerita Harian22.01.2009
Tapak DBP perlu kukuhTiadaUtusan Malaysia13.01.1996
Tapak TemenggungHashim LatiffBerita Minggu10.11.1996
Tapak awal DermaciptaTiadaBerita Minggu06.09.1981
Tapak PendewasaanZam IsmailBerita Minggu28.05.1995
Tapak kompleks Panggung Negara dikenal pastiZulkefli AliBerita Harian28.12.1993
12345

Kembali ke atas