Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Bagi pendapat tuan/puan, yang manakah sesuai digunakan untuk terjemahan "dear" untuk ayat "Dear website user," 1. Wahai pengguna tapak web 2. Pengguna tapak web yang dikasihi 3. Lain-lain (sila nyatakan cadangan anda) Mohon bantuan DBP. Terima kasih.Pada pandangan kami, terjemahan yang sesuai ialah "Pengguna tapak web yang dihormati"Penyemakan dan penterjemahan30.10.2014
Apakah terjemahan sebenar untuk Website? Tapak Web? Laman Web? Laman Sesawang? Mohon pihak DBP rujuk dalam kamus on-line DBP.Bidang Teknologi Maklumat menterjemahkan website kepada tapak web, walau bagaimanapun istilah laman web dan laman sesawang juga telah banyak digunakan dan diterima.Penyemakan dan penterjemahan18.04.2016
Merujuk kepada soalan saya sebelum ini, istilah "kart beli-belah" yang dimaksudkan adalah untuk kegunaan tapak web e-dagang. Saya tidak pasti sama ada ia boleh digunakan bagi terjemahan istilah Inggeris "shopping cart". Saya memilih untuk menggunakan perkataan "kart" kerana ia sangat sinonim dengan e-dagang berbanding perkataan alternatif iaitu "troli" dan "beg". Kegunaan lain adalah seperti berikut: kart beli-belah anda kosong (your shopping cart is empty), lihat kart (view cart). Harap dapat membantu. Terima kasih.

Encik Azmin,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "cart" dalam bahasa Inggeris mengikut rujukan yang ada ialah kereta sorong; kereta roda; kereta tolak dan juga kart. Oleh yang demikian padanan bahasa Melayunya bolehlah dipilih daripada beberapa padanan yang ada mengikut kesesuaian dan konteks penggunaan.  

Istilah21.12.2010
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. 1) Apakah perbezaan antara "diminta" dan "dipinta"? 2) Hasil carian pada tapak web PRPM beberapa hari yang lalu nampaknya tidak lagi merangkumi bahagian Khidmat Nasihat, dan bahagian Istilah BM yang tertera adalah terhad. Adakah keadaan ini kekal atau buat sementara waktu sahaja?Pinta sama maksud dengan minta/meminta. Di bawah kata pinta hanya ada beberapa kata terbitan seperti terpinta dan pintaan, berbanding dengan kata minta boleh menerbitkan lebih banyak kata seperti meminta, berminta, memintai, peminta dan permintaan. Oleh itu, pembentukan kata yang lebih tepat ialah diminta, iaitu bentuk pasif bagi kata kerja meminta.Tatabahasa13.08.2019
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya kepada pihak DBP, apakah perkatan Bahasa Malaysia yang sesuai digunakan bagi perkataan website? Adakah tapak sesawang atau laman sesawang atau tapak web? Saya agak keliru sekiranya ada istilah baharu yang digunakan. Terima kasih.
Bidang Teknologi Maklumat menterjemahkan website kepada tapak web atau tapak sesawang, walau bagaimanapun istilah laman web dan laman sesawang juga telah banyak digunakan dan diterima.
Penyemakan dan penterjemahan28.04.2020
apa maksud kata kunciPerkataan atau frasa yang ditaip dalam kotak carian untuk mendapatkan teks di dalam sesuatu laman web. Teks ini dicari secara terus di dalam sesuatu laman web yang sedang dilayari. Kata kunci juga digunakan dalam enjin pencari seperti Yahoo dan Google untuk mendapatkan maklumat dari tapak-tapak web dalam Internet.Istilah11.10.2009
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Istilah "clickstream data" merujuk kepada maklumat mengenai aktiviti dalam talian seseorang pengguna. Maklumat ini menunjukkan tapak web yang dilawati oleh seseorang pengguna, laman mana yang telah dilihat olehnya pada tapak itu, berapa lama masa yang diluangkan pada setiap laman dan pautan seterusnya yang diklik olehnya. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "clickstream data"?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

clickstream data - data penstriman klik

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain26.07.2021
Salam sejahtera, Yang manakah sesuai untuk terjemahan "loading..."? Ini ialah proses memuat laman/tapak web(teknologi maklumat). 1. Memuatkan... 2. Pemuatan... Kedua-dua perkataan ini menujukkan proses memuatkan, bilakah penggunaan yang sesuai bagi setiap perkataan? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.

Kata “memuatkan” ialah kata kerja kerana adanya imbuhan “me” di depan kata muat. Kata “pemuatan” pula ialah kata nama kerana diapit dengan imbuhan “pe” dan “an”. Contoh ayat yang berikut menunjukkan penggunaan kata tersebut:

  1. Amin sedang memuatkan fail dalam laman web syarikatnya.
  2. Pemuatan fail dijangka mengambil masa dalam tempoh 10 saat.
Tatabahasa30.01.2018
Apakah terjemahan yang tepat bagi "website"? Laman web, laman sesawang atau lain-lain?Padanan 'website' dalam istilah Teknologi Maklumat ialah 'Tapak Web'.Istilah27.05.2013
Selamat petang dan salam sejahtera. Saya merupakan seorang pengguna baru di laman wab ini, jadi di sini saya ingin mencari maksud perkataan dalam kolom Carian Kata. Tetapi di situ ia memerlukan kata kunci. Soalan saya, apa itu Kata Kunci? Di mana saya boleh perolehinya?Perkataan atau frasa yang ditaip dalam kotak carian untuk mendapatkan teks di dalam sesuatu laman web. Teks ini dicari secara terus di dalam sesuatu laman web yang sedang dilayari. Kata kunci juga digunakan dalam enjin pencari seperti Yahoo dan Google untuk mendapatkan maklumat dari tapak-tapak web dalam Internet.Lain-lain13.08.2009
12

Kembali ke atas