Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.pis] | تاڤيس

Definisi : 1. alat utk menapis; 2. bp menapis; bertapis (telah) ditapis: air yg belum ~;menapis 1. menuras dgn saringan (barang yg cair spt minyak, air minum, dll), men­ya­ring: air yg digunakan di situ telah diber­sihkan dan ditapis sebelum dihantar ke rumah-rumah; 2. meneliti serta memilih-milih (utk mengasingkan yg dikehendaki drpd yg tidak dikehendaki), menyaring: ia perlu ~ maklumat yg berbagai-bagai itu sebelum membuat sesuatu pilihan yg dapat diterima; tapisan 1. sesuatu yg sudah ditapis, hasil drpd menapis; 2. = penapis alat utk menapis se­suatu: ~ minyak; penapisan 1. perbuatan menapis: ~ minyak; ~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatan­kuasa; 2. (Udg) pemeriksaan yg dibuat terhadap bahan terbitan, filem dsb dgn tujuan utk menghalang penyebaran atau penge­luaran bahan yg boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau mem­bahayakan keselamatan; penapis 1. alat utk menapis, penyaring: kaca atau filem yg berwarna itu dinamakan ~ warna atau ~ cahaya; 2. orang (badan dsb) yg menapis: dlm negeri kita ini, ada Lembaga P~ Filem, sebuah badan yg bertugas utk menapis filem yg hendak ditayangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pis] | تاڤيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok), lenggapus, Mesua ferrea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pis] | تاڤيس

Definisi : ; menapis 1 membersihkan ben­da-benda cair dgn melalukannya pd alat yg berlubang kecil-kecil; menyaring; menuras: ~ air minum. 2 ki memeriksa sesuatu (spt filem, novel) dan menyekat penayangannya atau pengedarannya jika didapati tidak sesuai. tapisan 1 sesuatu yg sudah ditapis. 2 = penapis alat utk menapis atau utk menyaring sesuatu: ~ minyak. penapisan perbuatan, proses dsb menapis. penapis 1 alat yg digunakan utk menapis sesuatu: ~ minyak. 2 orang atau badan yg menapis (filem, novel dll): Lembaga ~ Filem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapis
Kata Terbitan : menapis, tapisan, penapis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Melalui semakan kami, istilah “refiner’s syrup” telah dipadankan dengan istilah “sirap kilang” tetapi dalam peruntukan ini di bawah ini ia dipadankan sebagai “sirap tapis". Semakan kami melalui PRPM pula memadankan istilah “sirap kilang” dengan “refined syrup”. Apakah padanan sebenar bagi “refiner’s syrup”. Canned fruit 233. (1) Canned fruit shall be the sound fruit of one type, packed in clean containers that are hermetically sealed processed by heat. Canned fruit may contain sugar, invert sugar, refiner’s syrup, glucose or dried glucose syrup and potable water. The fruit so contained shall be of similar varietal characteristics and of reasonably uniform size. Buah dalam tin 233. (1) Buah dalam tin hendaklah buah-buahan yang baik dari satu jenis, dipek dalam bekas bersih yang kedap udara dan diproses dengan haba. Buah dalam tin boleh mengandungi gula, gula songsang, sirap tapis, glukosa atau sirap glukosa dikeringkan dan air minuman. Buah-buahan yang terkandung di dalamnya hendaklah mempunyai ciri-ciri jenis yang serupa dan daripada saiz yang semunasabahnya sama.Dalam konteks terjemahan pihak tuan, padanan yang betul ialah sirap bertapis.Makna30.06.2021

Kembali ke atas