Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.raf] | طرف

Definisi : 1. tinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah, mutu, tingkatan: per­adab­an mereka telah mencapai ~ yg tinggi; 2. tingkatan kedudukan dlm masyarakat, martabat, darjat: di pelantaran stesen ramai pembesar negeri berdiri dan berbaris menu­rut ~ masing-masing; 3. batasan waktu, ting­katan masa, peringkat: mesyuarat itu masih pd ~ permulaan lagi; ~ hidup tingkat kemewahan hidup; ~ sosial kedudukan dlm masyarakat, darjat; setaraf sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan: tiap-tiap calon mestilah mem­punyai Sijil Rendah Pelajaran atau ke-lulusan yg ~ dengannya; menyetarafkan 1. menjadikan setaraf, me­nyamakan (darjatnya), menyetarakan (dgn), menjajarkan (dgn): jawatan Peguam Negara sudah disetarafkan dgn menteri; Sijil Pela­jaran Malaysia disetarafkan dgn Sijil Per­sekolahan Seberang Laut; 2. men­yepadan­kan dgn, menyesuaikan dgn: dia ~ keper­luannya dgn pendapatannya; bertaraf mempunyai taraf (darjat, tingkatan): masyarakat mereka masih ~ rendah; kita ini sbg bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yg rasmi; menarafkan menentukan darjat (pangkat dll): pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza; penarafan 1. perihal atau perbuatan me-narafkan: ~ itu dibuat berdasarkan tujuh peringkat skala; 2. (Eko) penilaian terhadap kedudukan sesuatu sekuriti, kewangan, dsb yg dibuat oleh agensi bebas dgn memberikan gred tertentu berdasarkan kriteria yg ditetapkan: ~ itu juga menggambarkan daya keuntungan bank tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.raf] | طرف

Definisi : 1 tingkatan kedudukan dlm masyarakat; darjat; martabat: Mereka berkumpul mengikut umur dan ~ masing-masing. 2 buruk baiknya nilai sesuatu; darjah; mutu: Kita harus ber­usaha mem­per­tinggi ~ pelajaran anak-anak kita. ~ hidup tingkatan mutu atau kemewahan hidup. bertaraf mem­punyai taraf atau darjat: Jawatan Peguam Negara ~ Menteri. menarafkan meletakkan atau menempatkan me­ngikut taraf (pangkat dll): Pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza. penarafan perihal atau perbuatan menarafkan: ~ dibuat ber­dasarkan kriteria tertentu. setaraf sama tarafnya; sedarjat; setara: Pemohon-pemohon mestilah mem­punyai Sijil Pelajaran Malaysia atau yg ~ dgnnya. menyetarafkan menjadikan setaraf; menyamakan darjatnya: Mereka menuntut supaya kerajaan ~ ijazah mereka dgn ijazah dr Universiti Malaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taraf (kata nama)
Bersinonim dengan darjat, martabat, kedudukan, status, pangkat, tahana, peringkat, tingkatan, kelas, kategori, gred, darjah;,
Kata Terbitan : setaraf, bertaraf, menyetarafkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Taraf sebenar Seniman perlu dibetulkanTiadaBerita Minggu25.03.1979
Taraf bahasa Inggeris SPM dinaikkanTiadaUtusan Malaysia23.10.1993
Taraf terjemahan bahasa Arab ke Melayu belum memuaskanM. Hanafiah Samad, Bukhari Che MudaBerita Harian15.03.1984
Taraf bahasa Malaysia akan dibincangJusof A. ManafBerita Minggu22.06.1980
Taraf universiti turun kerana tergelincir asas?Mohd. Taib OsmanBerita Harian10.06.1998
Taraf Institut Bahasa mungkin dinaikkanTiadaBerita Harian30.10.1990
Taraf pencapaian nilai memberangsangkanMana SikanaMingguan Malaysia08.04.1985
Taraf Pencapaian Nilai MemberangsangkanMana SikanaMingguan Malaysia08.04.1985
Taraf bumiputera untuk saudara baruBustamam AhmadBerita Minggu06.10.1985
Taraf pengundi tentukan tugas wakil rakyatA. Samad IsmailBerita Harian10.06.1995
123456789

Kembali ke atas