Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.raf] | طرف

Definisi : 1. tinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah, mutu, tingkatan: per­adab­an mereka telah mencapai ~ yg tinggi; 2. tingkatan kedudukan dlm masyarakat, martabat, darjat: di pelantaran stesen ramai pembesar negeri berdiri dan berbaris menu­rut ~ masing-masing; 3. batasan waktu, ting­katan masa, peringkat: mesyuarat itu masih pd ~ permulaan lagi; ~ hidup tingkat kemewahan hidup; ~ sosial kedudukan dlm masyarakat, darjat; setaraf sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan: tiap-tiap calon mestilah mem­punyai Sijil Rendah Pelajaran atau ke-lulusan yg ~ dengannya; menyetarafkan 1. menjadikan setaraf, me­nyamakan (darjatnya), menyetarakan (dgn), menjajarkan (dgn): jawatan Peguam Negara sudah disetarafkan dgn menteri; Sijil Pela­jaran Malaysia disetarafkan dgn Sijil Per­sekolahan Seberang Laut; 2. men­yepadan­kan dgn, menyesuaikan dgn: dia ~ keper­luannya dgn pendapatannya; bertaraf mempunyai taraf (darjat, tingkatan): masyarakat mereka masih ~ rendah; kita ini sbg bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yg rasmi; menarafkan menentukan darjat (pangkat dll): pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza; penarafan 1. perihal atau perbuatan me-narafkan: ~ itu dibuat berdasarkan tujuh peringkat skala; 2. (Eko) penilaian terhadap kedudukan sesuatu sekuriti, kewangan, dsb yg dibuat oleh agensi bebas dgn memberikan gred tertentu berdasarkan kriteria yg ditetapkan: ~ itu juga menggambarkan daya keuntungan bank tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.raf] | طرف

Definisi : 1 tingkatan kedudukan dlm masyarakat; darjat; martabat: Mereka berkumpul mengikut umur dan ~ masing-masing. 2 buruk baiknya nilai sesuatu; darjah; mutu: Kita harus ber­usaha mem­per­tinggi ~ pelajaran anak-anak kita. ~ hidup tingkatan mutu atau kemewahan hidup. bertaraf mem­punyai taraf atau darjat: Jawatan Peguam Negara ~ Menteri. menarafkan meletakkan atau menempatkan me­ngikut taraf (pangkat dll): Pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza. penarafan perihal atau perbuatan menarafkan: ~ dibuat ber­dasarkan kriteria tertentu. setaraf sama tarafnya; sedarjat; setara: Pemohon-pemohon mestilah mem­punyai Sijil Pelajaran Malaysia atau yg ~ dgnnya. menyetarafkan menjadikan setaraf; menyamakan darjatnya: Mereka menuntut supaya kerajaan ~ ijazah mereka dgn ijazah dr Universiti Malaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taraf (kata nama)
Bersinonim dengan darjat, martabat, kedudukan, status, pangkat, tahana, peringkat, tingkatan, kelas, kategori, gred, darjah;,
Kata Terbitan : setaraf, bertaraf, menyetarafkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
statehoodtaraf negara; taraf negeriSains PolitikTiadaTiada
statehoodtaraf negara; taraf negeriSejarahTiadaTiada
statehoodtaraf negara; taraf negeriSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
pioneer statustaraf perintisEkonomiTiadaInsentif untuk menggalakkan pelaburan dengan cara memberi kebebasan cukai pendapatan sepenuh atau sebahagiannya kepada syarikat yang diberi taraf perintis. Biasanya syarikat yang diberi taraf perintis ialah syarikat yang bertujuan mengeluarkan keluaran-keluaran atau menjalankan aktiviti baru yang telah dikenal pasti oleh kerajaan sebagai keluaran yang penting untuk digalakkan pengeluarannya dalam negara.
statehoodtaraf negaraSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan atau keadaan yang melayakkan sesebuah wilayah itu diterima sebagai sebuah negeri atau negara. Wilayah yang telah memiliki pemerintah, penduduk, sempadan dan kedaulatan layak diklasifikasikan sebagai sebuah negara. Sebuah negara yang merdeka akan memiliki taraf ini. Demikian juga keadaan sebuah negeri dalam sesebuah negara persekutuan yang turut memiliki taraf negeri dalam negara tersebut. Contohnya, taraf negara Yugoslavia pada awal dekad 1990-an menjadi tidak menentu kesan daripada perpecahan yang berlaku di negara tersebut. Perpecahan ini telah melahirkan beberapa negara kecil yang telah pasti taraf negaranya seperti Bosnia-Herzegovina, Serbia-Montenegro, Croatia dan Yugoslavia. Sinonim taraf negeri.
extraterritorial statustaraf wilayah asinganSejarahTiadaTaraf yang diberikan kepada kuasa asing yang mempunyai hubungan diplomatik dengan sesebuah negara dan berhak mendapat hak wilayah asingan.
statehoodtaraf negeriSains PolitikPolitik PerbandinganLihat taraf negara.
achieved statustaraf tercapaiSejarahTiadaKedudukan tertinggi yang meningkatkan taraf seseorang dalam masyarakat yang dicapai melalui usahanya sendiri, bukan diwarisi.
income distributionagihan pendapatanEkonomiTiadaPembahagian pendapatan negara kepada individu atau kumpulan dalam sesebuah negara. Jumlah pendapatan seseorang atau sesuatu kumpulan bergantung pada beberapa faktor seperti taraf pendidikan, kemahiran, taraf sosial, jantina, umur dan harta yang dimiliki.
rank-size rulehukum saiz susun tarafGeografiTiadaSusun taraf empirik yang menerangkan taburan saiz bandar atau bandaraya di dalam sesuatu kawasan.
12345678910...

Kembali ke atas