Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
taraf (kata nama)
Bersinonim dengan darjat, martabat, kedudukan, status, pangkat, tahana, peringkat, tingkatan, kelas, kategori, gred, darjah;,
Kata Terbitan : setaraf, bertaraf, menyetarafkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
agensi(agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan; ~ pelancongan badan atau syarikat yg menye­dia­kan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket peng­angkutan, memberikan maklumat desti­nasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melan­cong; ~ penarafan badan yg membuat peni­laian tentang kedudukan, keutuhan ke­wangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing.Kamus Dewan Edisi Keempat
koswang yg dikeluarkan atau yg dibelanjakan utk menghasilkan sesuatu barang, perkhidmatan dll. ~ sara hidup nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal utk menikmati taraf hidup tertentu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pujipenghargaan terhadap kebaikan (keunggulan, kesucian, kelebihan) sesuatu: Segala ~ bagi Allah yg telah menjadikan langit dan bumi. memuji 1 menyatakan penghargaan terhadap kebaikan sesuatu: Baginda telah ~ keberanian tentera kita menentang pengganas komunis. 2 memuliakan atau membesarkan: ~ Tuhan. terpuji 1 sudah dipuji. 2 sangat tinggi mutunya (kelulusannya dll); terbaik: Pasukan tsb telah memberikan perkhidmatan yg cemerlang dan ~. pujian kata-kata utk memuji; pernyataan memuji: Engkaulah Tuhan yg semestinya menerima segala ~ dan Tuhan bagi seru sekalian alam. puji-pujian perkataan utk memuji kebaikan (keunggulan) sesuatu; kata-kata yg berisi pujian: Sambil berjalan dlm perarakan itu, mereka mengucapkan ~ kpd Nabi Muhammad SAW. kepujian taraf atau kedudukan yg wajar menerima pujian (kebaikannya dll); yg dipuji: Dlm peperiksaan yg lalu, dia telah mendapat ~ dlm ilmu hisab dan ilmu alam. pemujian perbuatan atau hal memuji. pemuji 1 orang yg memuji. 2 (bersifat) suka memuji.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas