Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ri] | تاري

Definisi : = tarian gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik; ~ gambus sj tari yg diiringi oleh gambus dan rebana; ~ inai = ~ piring tari dgn meng­gu­nakan piring dan lilin (oleh gadis-gadis); ~ keris (sewar, sikin) tari dgn memainkan keris (sewar, sikin); ~ kipas tari dgn memainkan kipas; ~ payung sj tari dgn menggunakan pa­yung; ~ sapu tangan tari dgn melambai-lam­baikan sapu tangan; ~ selendang tari dgn me­makai selendang; ~ serimpi sj tari yg di­pertunjukkan oleh perempuan (di istana Jokja, Solo); menari, bertari ark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~; ~ di ladang orang prb bersuka-suka memakai harta orang lain dgn tidak mengingat kerugian orang itu; ~ yg tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkat = sebab tiada tahu ~ dikata-kan tanah lembap prb sebab tidak tahu mem-buat sesuatu pekerjaan, dikatakan perkakas yg salah atau tidak cukup; menari-nari melompat-lompat (kegirangan dll), mendompak-dompak, bergerak-gerak pantas dan lancar (spt gerakan menari (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ri] | تاري

Definisi : , = tarian gerakan badan, kaki serta tangan mengikut tingkah atau mengikut rentak muzik: ~ payung; ~ piring; ~ selendang. menari meng­gerakkan badan, kaki serta tangan mengikut irama muzik; melakukan tari: Kakak Salma pandai ~. menari-nari melompat-lompat kerana gem­bira dll. menarikan melakukan sesuatu sbg tari: Mereka bangun lalu sama-sama ~ Joget Pahang. tari-tarian, tari-menari bermacam-macam tari: majlis ~. penari orang yg (pandai) menari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tari
Kata Terbitan : menari, tarian, penari,

Puisi
 

Mengkarak airnya biru,
     Hanyut pasung bertari-tari;
Kalau hendak tidak begitu,
     Cubalah langsung barang sekali.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan muzika tari?Kata muzika tari  tidak membawa apa-apa makna cuma sebagai nama yang saudara berikan kepada acara yang hendak diadakan. dengan demikian adalah lebih baik digunakan Konsert Perdana sahaja keran aperkataan konsert sudah membawa makna hiburan yang dipenuhi dengan persembahan muzik.  Makna25.03.2008
Apakah perkataan yang sesuai untuk saya alihbahasakan "Dance Revival" kepada bahasa Malaysia? Bolehkah saya menggunakan perkataan "Penglahiran Semula Tari" atau "Pementasan Semula Tari" ? Saya ingin menggunakan perkataan ini untuk tujuan tesis saya dalam bidang etnokoreologi dengan topik Tarian Tradisional Sabah.Kami mencadangkan padanan terjemahan frasa "Dance Revival" dalam bahasa Melayu ialah "Pembugaran Semula Tarian". Walau bagaimanapun, saudara digalakkan berbincang dengan penyelia tesis saudara untuk mendapatkan padanan yang lebih tepat berdasarkan konteks yang saudara  fahami.   Istilah19.07.2009
kami akan mengadakan konsert untuk meraikan keputeraan tuanku raja perlis. di sini, kami ingin meminta pandangan pihak tuan/puan berhubung nama untuk konsert ini. nama yang dipilih adalah " KONSERT DIRGAHAYU MUSTIKA TARI" @ "KONSERT PERDANA MUSTIKA TARI". mohon pandangan pihak tuan. terima kasihKOnsert Perdana Mustika Tari lebih sesuai. Perkataan dirgahayu digunakan untuk ucapan sempena keputeraan.  Tatabahasa25.03.2008
Tuan/puan Perkataan "tari" boleh tambah imbuhan "ber" tak ? kenapa ?Perkataan 'bertari' merupakan perkataan lama yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, pada masa kini perkataan tersebut tidak digunakan lagi dan perkataan 'tari' disesuaikan dengan penggunaan awalan kata kerja 'me' iaitu menari. Perkataan menari lebih tepat dan digunakan pada masa kini.Tatabahasa18.04.2018
Assalamualaikum W.B.T satu program tari-menari kini sedang ditayangkan di TV sehingga bulan Jun 2013. dalam bentuk promosi 'tagline' ini digunakan " FENOMENA TARIAN SEDANG MELANDA" Adakah 'tagline' ini betul penggunaannya? sekian terima kasih"Tagline" tersebut boleh digunakan.Tatabahasa23.04.2013
Bagaimana saya boleh tahu dengan lebih terperinci tentang zaman transisi daripada tradisional ke moden dalam hal -hal kesenian seperti permainan boneka , penglipur lara dan drama tari .DBP telah menerbitkan pelbagai buku mengenai sejarah perkembangan sejarah drama di Malaysia. Salah satunya ialah Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama oleh Abdul Rahman Napiah. KN DBP mencadangkan saudara merujuk bahan-bahan untuk tugasan tersebut di atas perkara drama. Bahan-bahan tersebut boleh di dapati di perpustakaan atau di laman web dengan menaip kata kunci drama. Sekian, terima kasih.Lain-lain04.10.2009
Bagaimana penggunaan imbuhan ber- ke atas kata kerja membawa perubahan apa kepada makna asal kata dasar tersebut? dan mengapa perlu menggunakan imbuhan ber- ke atas kata kerja? contoh seperti kata dasar kata kerja: tindik, tari, mandi Contohnya: Lari ialah sejenis kata kerja. Bagaimana imbuhan ber- membawa pengaruh kepada maksudnya? Contoh ayat: Dia lari sekuat-kuat hati kerana dikejar anjing. Dia berlari sekuat-kuat hati kerana dikejar anjing.Awalan beR- diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 161 - 170: Pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar. Namun begitu, terdapat juga pengertian khusus, bergantung pada golongan perkataan tertentu. Perbincangan tentang aspek makna pada perkataan yang berwalan beR- akan dibuat mengikut jenis golongan kata bagi kata dasar yang bergabung dengannya, iaitu sama ada kata kerja, kata nama atau kata adjektif. Contohnya, beR- yang memberi makna melakukan perbuatan dengan maksud seperti yang terkandung dalam kata dasar, tukar - bertukar, pekerja itu sudah bertukar ke Ipoh. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman berkenaan.Tatabahasa06.11.2014
Mohon bantuan adakah ayat ini betul susunannya. Orkid Onsidium popular dikenali sebagai gadis menari (dancing lady). Terima kasih.Ayat yang gramatis menggunakan salah satu daripada perkataan popular atau dikenali, seperti Orkid Onsidium dikenali sebagai gadis tari.Tatabahasa09.08.2012
Yang mana betul, "mententeramkan" atau "menenteramkan"?

Perkataan yang betul ialah Menenteramkan. Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s termasuk di dalam jenis me-. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi s, seperti contoh yang berikut; pesan= memesan, tetap= menetap, tari = menari, salin= menyalin, sinar= menyinar, serah= menyerah.

Tatabahasa10.10.2018
Saya sebagai seorang pelajar sedang membuat kajian berkaitan perbezaan makna bagi perkataan yang sama iaitu. Seni budaya dan budaya seni. Boleh saya dapatkan lebih informasi mengenai perbezaan kedua makna tersebut dan mengapa ia mempunyai maksud yang berbeza, frasa dan konsep yang digunakan. Jika tidak keberatan, saya ingin menemu ramah seorang pakar bahasa sebagai kajian saya supaya lebih mudah untuk difahami.Mengikut hukum D-M, perkataan yang betul ialah Seni Budaya yang bermaksud jenis-jenis seni yang mengandungi unsur budaya seperti seni tari, seni rupa, seni lukis, seni muzik, seni teater dan lain-lain.Istilah19.03.2019
12

Kembali ke atas