Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.si/] | تاسيق

Definisi : 1. kawasan air yg luas dan dikelilingi oleh daratan, danau; 2. sl laut; menabur bijan ke ~ prb membuang-buang wang (waktu, tenaga, dll) dgn sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.si/] | تاسيق

Definisi : ~ timbul sj tumbuhan (pokok renek), coreng atap, cucur atap, Leucopogon mala-yanus.tasik-tasik sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput kucing, rumput talan, Adenosma capi-tatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.si/] | تاسيق

Definisi : kawasan air yg luas dan dikelilingi daratan; danau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tasik (kata nama)
Bersinonim dengan danau, situ, danu.,

Puisi
 

Tasik Cini airnya tenang,
     Tempat kedidi selalu terbang;
Hamba kini dalam bimbang,
     Akibat janji dilupai orang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menabur bijan ke tasik.

Bermaksud :

Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh signboard2 jalan yang kelihatan di pasang oleh pihak PBT > (1). J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar (2). T. Tasik Perdana > Tmn. Tasik Perdana > Taman Tasik Perdana (3). B. Tun Razak > Bdr. Tun Razak> Bandar Tun Razak (4). Jln.T.A. Rahman sepatutnya Jalan Tuanku Abdul Rahman (Nama Agong yang pertama) (5). K.Trengganu/Terengganu sepatutnya Kuala Trengganu/Terengganu (6). K.Lipis sepatutnya Kuala Lipis. Soalan saya signboard yang mana pihak PBT wajib pakai/guna apabila membuat signboard jalan. Saya syor dan cadangkan supaya semua perkataan short form tidak dibenarkan. Mohon dapat pengesahan pihak DBP dan memantau keatas perkara ini demi generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ejaan pada papan tanda ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, Kuala Lipis dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. 

Lain-lain19.11.2010
Salam tuan...Saya dimaklumkan ejaan bandar raya yang betul ialah bandar raya bukan bandaraya dan ejaan tasik yang betul ialah tasik bukan tasek. Walau bagaimanapun, mengapa ejaan ini dieja bandaraya dan tasik pada papan tanda ? Boleh tuan jelaskan ? Ini kerana saya keliru dengan situasi itu...Untuk makluman ejaan yang betul ialah bandar raya dan tasik. Nama khas yang telah diwartakan,  hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah diwartakan (walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi).  Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Bandaraya Melaka. Papan-papan tanda di tempat awam adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. DBP akan memantau dan membuat teguran kepada pihak yang melakukan kesalahan dan pihak berkuasa tempatan akan menguatkuasakan undang-undang/peraturan yang ada pada mereka.Ejaan13.01.2016
Sila pilih ayat yang betul. (a) Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. (b) Saya tertarik oleh keindahan tasik itu.Ayat yang betul ialah Saya tertarik oleh keindahan tasik itu.Tatabahasa25.08.2021
Yang manakah antara soalan berikut gramatis (atau kedua-dua versi boleh diterima)? 1) "Negara apakah bersempadan dengan Malaysia?" ATAU "Apakah negara yang bersempadan dengan Malaysia?" 2) "Tasik di Tanzania apakah merupakan tasik air tawar yang kedua terbesar di dunia mengikut isi padu, dan yang kedua paling dalam?" ATAU "Apakah tasik di Tanzania yang merupakan tasik air tawar yang kedua terbesar di dunia mengikut isi padu, dan yang kedua paling dalam?" Bantuan dan sokongan DBP amat dihargai ramai. Terima kasih.Cadangan jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1) "Apakah negara yang bersempadan dengan Malaysia?"
2) "Apakah tasik di Tanzania yang merupakan tasik air tawar yang kedua terbesar di dunia mengikut isi padu, dan yang kedua paling dalam?"
Tatabahasa28.05.2019
Adakah penggunaan kata penguat dalam ayat ini betul? "Pemandangan tasik itu sungguh amat cantik."Jawapan yang betul ialah Pemandangan tasik itu sungguh cantik atau Pemandangan tasik itu amat cantik.Lain-lain04.12.2010
struktur ayat yang mana yang betul : 1) kemana-mana sungai, tasik dan laut atau 2) ke mana-mana sungai, tasik dan laut.Frasa yang betul ialah ke mana-mana sungai, tasik dan laut.Tatabahasa20.03.2013
salam bahagia. saya ingin membuat pertanyaan menggenai pengunaan perkataan PLAZA utk satu skim perniagaan. contohnya alamatnya seperti berikut: No. 10 - 4, Blok A, Plaza Prima, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. dan mengenai penggunaan perkataan NOVA, contoh alamat spt berikut: No. 24A-1, Blok C, Pusat Perdagangan Nova, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. sekian terima kasih.Dalam konteks yang saudara maksudkan plaza merujuk kompleks membeli-belah, "plaza prima" merujuk kompleks beli-belah yang mengandungi juga ruang perniagaan yang lain. Oleh itu, "plaza prima" ialah kata nama khas untuk tempat. Begitu juga dengan "Pusat Perdagangan Nova", untuk makluman saudara nova bermaksud bintang yang secara tiba-tiba saja bersinar terang tetapi kemudiannya beransur-ansur pudar semula, walau bagaimnapun kata ini boleh digunakan untuk penamaan tempat.Makna04.03.2009
Bagaimanakah untuk menulis nama-nama spesies ikan di tengah-tengah ayat? Contoh: Ikan Lampam Sungai, Selar Kuning, Aruan Tasik, Udang Galah? Adakah perlu ditulis Ikan Lampam sungai, Selar kuning, Aruan tasik, Udang galah? Bagaimana pula bagi spesies ikan Kerai, Jelawat, Selayang? Adakah ditulis ikan kerai, jelawat, selayang? Mohon penjelasan pihak tuan/puan.

Nama tempatan untuk ikan perlu ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: Ikan lampam sungai. Selar kuning. Aruan tasik. Udang galah. Kecuali untuk huruf pertama pada permulaan ayat. Jika nama tempatan ikan berada di tengah ayat, nama tersebut ditulis keseluruhannya dengan huruf kecil. Contohnya: ikan kerai, jelawat, selayang, ikan lampam sungai, selar kuning, aruan tasik, udang galah. Nama tempatan bukan nama khas walaupun terdapat nama khas contohnya nama tempat dalam nama tersebut seperti lampam jawa.   

Lain-lain28.01.2023
Mohon penjelasan pihak tuan/puan. Ayat berikut adalah ayat yang diucapkan secara putus-putus. Yang manakah lebih tepat? a) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." b) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "Kau perlu ingat apa yang pernah berlaku."Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku."Ejaan26.01.2012
Salam sejahtera. Untuk makluman pihak tuan, kami merupakan Pengurus Perunding Projek, Hartanah dan Pemajuan. Kami telah diminta oleh pihak Berkuasa Tempatan MBSA untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan terlebih dahulu berhubung permohonan Nama Taman & Jalan sebelum dikemukakan untuk kelulusan. Terdapat tiga cadangan nama taman bagi satu projek perumahan di Seksyen 8, Shah Alam, iaitu: 1. Taman Tasik Semanggi 2. Taman Tasik Hijau 3. Taman Kehijauan Semanggi Pemilihan nama cadangan ini adalah berdasarkan kepada sejenis bunga (Semanggi) yang merupakan konsep atau lambang bagi sebuah syarikat pemaju. Tapak cadangan ini juga terletak dihadapan sebuah tasik buatan (Kecil). Kami memohon untuk mendapatkan pandangan daripada pihak tuan berhubung cadangan di atas. Pandangan dan bantuan daripada pihak tuan amatlah saya hargai bagi melancarkan proses pemajuan cadangan pembangunan tersebut. Terima kasih.Tuan, daripada segi bahasa penggunaan nama "Taman Tasik Semanggi" dan "Taman Tasik Hijau" betul. Terpulang kepada pihak tuan untuk meilih nama yang lebih sesuai mengikut konteks dan lokasi taman tersebut. Penggunaan "Taman Tasik Hijau" sesuai jika lokasi tama tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok yang menampakkan kehijauan taman tersebut.Lain-lain12.12.2014
123456

Kembali ke atas