Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.si/] | تاسيق

Definisi : 1. kawasan air yg luas dan dikelilingi oleh daratan, danau; 2. sl laut; menabur bijan ke ~ prb membuang-buang wang (waktu, tenaga, dll) dgn sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.si/] | تاسيق

Definisi : ~ timbul sj tumbuhan (pokok renek), coreng atap, cucur atap, Leucopogon mala-yanus.tasik-tasik sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput kucing, rumput talan, Adenosma capi-tatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.si/] | تاسيق

Definisi : kawasan air yg luas dan dikelilingi daratan; danau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tasik (kata nama)
Bersinonim dengan danau, situ, danu.,

Puisi
 

Tasik Cini airnya tenang,
     Tempat kedidi selalu terbang;
Hamba kini dalam bimbang,
     Akibat janji dilupai orang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menabur bijan ke tasik.

Bermaksud :

Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK-TASIK BESAR

Tasik-tasik Besar, Tasik Superior , Michigan ,

Huron, Erie, dan Ontario – lima Tasik-tasik Besar –

ialah kumpulan tasik air tawar yang terbesar di dunia.

Tasik ini menjadi laluan air daratan yang terpenting di

Amerika Utara. Tasik ini merupakan laluan utama

yang digunakan oleh pengembara dan peneroka

awal di Wilayah Barat Daya. Tempat ini adalah rantau

yang luas yang kini ialah Amerika Syarikat. Ia

termasuk Ohio, Indiana, Illinois, Michigan,

Wisconsin , dan sebahagian daripada Minnesota.

UMUM 
TASIK-TASIK KILLARNEY

Tasik-tasik Killarney ialah tiga buah tasik yang

masyhur dengan keindahannya di Kaunti Kerry, di

barat laut Ireland. Tasik-tasik ini merupakan salah satu

kawasan pelancongan Ireland yang utama. Tasik-tasik

Killarney terletak di sebelah barat daya bandar

Killarney. Lough Leane, atau Tasik Hilir, meliputi

kawasan seluas hampir-hampir 20 kilometer persegi.

UMUM 
TASIK SUPERIOR

Tasik Superior, salah satu daripada lima Tasik-tasik

Besar Amerika Utara, merupakan kawasan air

tawar yang terbesar di dunia. Antara Tasik-tasik

Besar itu, Tasik Superior ialah tasik yang paling

dalam, paling tinggi di atas aras laut, dan paling jauh

ke utara dan paling jauh ke barat (lihat Tasik-tasik

Besar ). Tasik Superior membentuk sebahagian

daripada sistem jalan air pedalaman Amerika

Syarikat dan Kanada. Sistem ini menganjur dari

Lautan Atlantik melalui Jalan Laut St. Lawrence,

Tasik-tasik Besar, dan Sungai Mississippi hingga ke

Teluk Mexico. Pedagang bulu haiwan bangsa

Perancis yang awal menamakan tasik ini dalam

bahasa Perancis Lac Supérieur, yang bererti Tasik

Hulu dalam bahasa Perancis.

UMUM 
TASIK ERIE

Tasik Erie, terletak di sempadan antarabangsa

antara Amerika Syarikat dengan Kanada,

merupakan tasik yang paling jauh ke selatan

daripada kelima-lima Tasik-tasik Besar Amerika

Utara (lihat Tasik-tasik Besar ). Tasik ini

disempadani oleh negeri New York, Pennsylvania,

Ohio dan Michigan, dan wilayah Ontario.

Panjang tasik ini kira-kira 386 kilometer dan

lebarnya dari 61 kilometer hingga 92 kilometer.

UMUM 
TASIK HURON

Tasik Huron ialah salah satu daripada lima

Tasik-tasik Besar Amerika Utara. Tasik ini

dinamakan sempena nama Orang Asli Amerika

kaum Huron yang tinggal di pesisirnya. Tasik

Huron terletak antara Tasik Michigan dengan Tasik

Erie dan membentuk sebahagian daripada

sempadan di antara Amerika Syarikat dengan

Kanada. Panjang tasik tersebut kira-kira 332

kilometer dan bahagian yang paling lebar kira-kira

295 kilometer.

UMUM 
TASIK ONTARIO

Tasik Ontario ialah tasik yang terkecil dan yang

paling ke timur daripada lima Tasik-tasik Besar di

Amerika Utara. Ia merupakan hubungan penting

dalam sistem Jalan Air St. Lawrence. Walaupun Tasik

Ontario terbuka kepada kapal besar sepanjang

tahun, namun ia mempunyai kurang lalu lintas,

berbanding Tasik-tasik Besar yang lain.

UMUM 
TASIK MICHIGAN

Tasik Michigan ialah kumpulan air tawar yang

terbesar di Amerika Syarikat. Tasik ini merupakan

tasik yang ketiga terbesar antara Tasik-tasik Besar

dan satu-satunya tasik daripada kumpulan tersebut

yang terletak keseluruhannya di Amerika Syarikat.

Tasik Michigan membentuk satu hubungan yang

penting dalam sistem jalan air yang besar yang

menganjur ke timur menuju ke Lautan Atlantik dan

ke selatan melalui Sungai Mississippi menuju ke

Teluk Mexico.

UMUM 
SUNGAI NIAGARA

Sungai Niagara ialah sungai pendek yang

menghubungkan Tasik Erie dengan Tasik Ontario.

Sungai ini membentuk sebahagian daripada

sempadan antara negeri New York, Amerika

Syarikat, dengan wilayah Kanada, Ontario. Air dari

Tasik-tasik Besar kecuali Tasik Ontario mengalir

masuk ke Sungai Niagara. Sebahagian besar air ini

mengalir masuk ke Air Terjun Niagara, yang

terletak kira-kira di pertengahan aliran Sungai

Niagara.

UMUM 
MICHIGAN

Michigan ialah negeri perindustrian yang

penting di kawasan Tasik-tasik Besar Amerika

Syarikat. Michigan merupakan sebuah kawasan

pembuatan yang utama. Detroit pula ialah bandar

raya terbesar di Michigan manakala Lansing ialah

ibu negeri.

UMUM 
TASIK LUGANO

Tasik Lugano, terletak di kaki bahagian selatan

Pergunungan Alps di antara Tasik Maggiore dengan

Tasik Como. Untuk lokasi, lihat Switzerland (peta).

Sungai Tresa menghubungkan Tasik Lugano dan

Tasik Maggiore. Tasik Lugano menganjur dari

bahagian utara Itali hingga ke bahagian selatan

Switzerland. Panjangnya 32 kilometer dan lebarnya

tiga kilometer. Orang Itali menamakan tasik ini Lago

di Lugano atau Lago Ceresio.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas