Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.si/] | تاسيق

Definisi : 1. kawasan air yg luas dan dikelilingi oleh daratan, danau; 2. sl laut; menabur bijan ke ~ prb membuang-buang wang (waktu, tenaga, dll) dgn sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.si/] | تاسيق

Definisi : ~ timbul sj tumbuhan (pokok renek), coreng atap, cucur atap, Leucopogon mala-yanus.tasik-tasik sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput kucing, rumput talan, Adenosma capi-tatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.si/] | تاسيق

Definisi : kawasan air yg luas dan dikelilingi daratan; danau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tasik (kata nama)
Bersinonim dengan danau, situ, danu.,

Puisi
 

Tasik Cini airnya tenang,
     Tempat kedidi selalu terbang;
Hamba kini dalam bimbang,
     Akibat janji dilupai orang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menabur bijan ke tasik.

Bermaksud :

Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat raja menjaring; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat dinda menjeling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat itik berenang; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat adik melenggang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat ikan bertelur; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat puan menegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tumbung betung di tepi tasik, Kalau tasik banyak buntalnya; Sungguh untung berlaki pendek, Walau pendek banyak akalnya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tasik serai namanya dulu, Kini disebut lubuk pusaka; Adik pandai membujuk rayu, Hatiku hanyut dimabuk cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tasik serai nama telaga, Di situ orang menyauk udang; Adik pandai bermanis muka, Tentulah abang mabuk kepayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tasik puteri telaga indah, Di sana budak menjala sepat; Adik berjanji sedia menikah, Bila tidak ditimpa laknat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tasik puteri telaga undang, Sungai berbelok ke kuala; Adik berjanji kepada abang, Sampai bongkok tetap setia.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tasik Teduh airnya tenang, Tempat pengail main rakit; Nak pilih jodoh bukannya senang, Kena fikir macam bukit.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas