Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tasik (kata nama)
Bersinonim dengan danau, situ, danu.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sri Shan Balaraman ISN 11.07 PAGI Selamat pg... saya ingin kepastian tentang penggunaan perkataan sesetengah... adakah 'sesetengah' digunakan utk merujuk kpd manusia shj atau blh digunakan utk merujuk haiwan, tumb dan perkara. Terima kasih.Selamat Pagi. Merujuk kepada Kamus Dewan perkataan “sesetengah” membawa maksud beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya dan setengah-setengah. Sesetengah juga boleh digunakan selain daripada manusia contohnya seperti ayat berikut. i. sesetengah jenis lebah dan sesetengah penyengat. ii. sesetengah tasik terletak berdekatan iii. sesetengah tumbuhan hijau iv. sesetengah ikan paus sperma v. sesetengah buah sitrus adalah oren, limau gedang, limau Ini bermakna perkataan sesetengah boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat, tidak kiralah sama ada manusia, binatang tumbuhan atau benda-benda lain.Tatabahasa29.05.2017
1) saya keliru dengan penggunaan katerangan dengan adverba, bagaimana kedudukan kedua-duanya dalam ayat. 2) perkataan "ia", "banyak", bagi orang dan binatang? 3) adakah perkataan "tak" ialah bahasa baku atau tidak, dulu cikgu saya larang guna "tak" dalam karangan, tapi mengapa istiliah kata kerja "tak" transitif digunakan?

1. Kata adverba ialah keterangan, iaitu perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Lihat contoh penggunaannya; i. Beliau selalu memperkatakan hal itu. (menerangkan kata kerja),  ii. Badannya sentiasa sihat. (menerangkan kata adjektif),  iii. Orang tua itu selalu ke tepi tasik menyendiri. (menerangkan frasa sendi nama)

2. "ia" ialah kata ganti nama diri ketiga (orang) dan kata ganti nama benda yang dibicarakan (bukan manusia). "Banyak" boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia.

3. "Tak" singkatan bagi perkataan tidak dan banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Oleh itu penggunaan "tak" dalam konteks rasmi dianggap tidak baku. Walau bagaimanapun pakar bahasa telah mengiktiraf istilah "kata kerja tak transitif" berkemungkinanan melihat kepada persamaan makna antara tak dengan tidak, dan nilai ekonomi dalam istilah tersebut.

Tatabahasa08.04.2009
Boleh saya dapatkan penerangan terkini mengenai penggunaan kata sendiri berikut? 1) dari / daripada 2) hanya / dengan 3) melalui / menerusi 4) antara / di antara 5) baru - baharu

1. Kata sendi dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Merujuk kepada ayat di atas, kata sendi yang sesuai ialah "daripada": Mengeluarkan wang daripada bank (merujuk kepada sumber).

2. Kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata hanya merupakan golongan kata penegas. Kata penegas disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan (hanya, sahaja, juga, memang, pun, -kah, -lah, –tah) yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Oleh sebab, kata "hanya" membawa maksud yang sama, iaitu tidak lebih daripada satu atau tidak ada orang lain lagi.

3. Kata melalui berasal daripada kata dasar lalu membentuk kata baru yang membawa pelbagai makna. Kata melalui membawa maksud  "dengan perantaraan" atau "menerusi", contoh ayatnya: Kami berjalan melalui/menerusi lurah dan bukit.

4. Kata sendi nama "antara" perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya "Mereka berbincang antara adik-beradik". Sementara penggunaan kata 'antara' sebagai kata arah yang mengikuti kata sendi nama di-. Contohnya ialah "Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi".

5. Kata baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". Untuk penggunaan umum, puan boleh mengambil makna daripada kamus, namun jika untuk tujuan pembelajaran di sekolah, perlulah mematuhi rumus dalam buku Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa30.05.2019

Kembali ke atas