Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ta.ca.ra] | تاتاچارا

Definisi : 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~ pembentukan istilah; ~ permohonan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.ca.ra] | تاتاچارا

Definisi : adat resam; adat istiadat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatacara (kata nama)
Bersinonim dengan cara, sistem, peraturan, jalan, kaedah, metode, pendekatan, prosedur, teknik.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TATACARA/PENGGUNAAN SINGKATAN PENEMPATAN & PERJAWATAN. Saya ditugaskan untuk menyelaraskan perkara tersebut dan bertujuan untuk mendapatkan panduan dari pihak DBP. Kerjasama pihak tuan amat dihargai. TqBagi pembentukan singkatan, tuan boleh merujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga halaman 95.Lain-lain03.08.2023
Tatacara penulisan surat rasmi: 1. Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut diatas; atau 2. Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas mohon pencerahan. terima kasihAyat yang betul ialah 1. Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang  tersebut di atas. Tatabahasa17.03.2021
Tatacara menulis surat rasmi. Mana yang lebih baik dan betul. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.Kedua-duanya betul, 'Dengan hormatnya/Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk'.Tatabahasa13.02.2012
TATACARA PENGESAHAN IKLANIKLAN MESTI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYULain-lain01.11.2010
TATACARA PENGESAHAN BAHASA DALAM IKLANDATANG KE DBP ATAU FAKS VISUAL IKLAN KE DBPLain-lain26.10.2010
PERTANYAAN TENTANG TATACARA PENGESAHAN IKLANTATACARA PENGESAHAN IKLANLain-lain31.03.2011
Abu menasihati pelancong itu supaya menghormati tatacara/tatasusila masyarakat di rumah panjang itu. Mana lebih tepat-tatacara atau tatasusilaPerkataan yang lebih tepat adalah tatacara yang bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur.Makna06.03.2007
Mohon pandangan dan nasihat berhubung ayat berikut. "pembelian mengikut tatacara perolehan yang berkuatkuasa semasa" ATAU "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa". Terima kasih.Ayat yang lebih tepat ialah "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuat kuasa".Tatabahasa29.06.2015
bagaimanakah tatacara yang betul dalam menailp perkataan yang mempunyai tanda "/" . adakah selepas tanda tersebut perlu dijarakkan atau kekalkan jarak sedia ada. CONTOH 1. produk/ perkhidmatan atau CONTOH 2. produk/perkhidmatan. mohon pencerahan. Terima KasihEjaan yang betul ialah "produk/perkhidmatan", tiada jarak sebelum dan selepas tanda sempang.Tatabahasa10.02.2022
apakah tatacara penubuhan syarikat di malaysia? apakah peluang-peluang perniagaan secara online di malaysia?Sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan keterangan lanjut.Lain-lain23.02.2008
12345678910...

Kembali ke atas