Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ta.ca.ra] | تاتاچارا

Definisi : 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~ pembentukan istilah; ~ permohonan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.ca.ra] | تاتاچارا

Definisi : adat resam; adat istiadat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatacara (kata nama)
Bersinonim dengan cara, sistem, peraturan, jalan, kaedah, metode, pendekatan, prosedur, teknik.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAINS KETENTERAAN

Sains ketenteraan ialah kajian saintifik

mengenai prinsip mengawal tatacara peperangan

dan penerangan prinsip-prinsip tersebut semasa

peperangan.

Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia

termasuk:

Logistik Tentera darat Tentera udara

Perang Tentera laut

UMUM 
UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAHUNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH, peraturan-peraturan yang diaplikasi kepada penduduk peribumi Sabah, yakni mereka yang diberi status ‘anak negeri’.  Peraturan ini berasal daripada adat atau amalan penduduk peribumi Sabah yang berkaitan dengan kepercayaan, kekeluargaan, pewarisan, kejiranan, hubungan seksual dan tatacara menimbangkan konflik.  Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat yang dipakai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah seperti suku kaum Dusun-Kadazan, Murut, Bajau, Melayu, Bugis, Orang Sungai dan lain-lain lagi boleh dikekalkan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang negara sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut.  Pertama, adat tersebut tidak boleh direka tetapi mempunyai sejarah turun-temurun.  Kedua, adat tersebut masih dihayati oleh suku kaum berkenaan.  Ketiga, adat itu mestilah diamalkan secara berterusan, yakni tidak pernah terputus daripada satu keturunan kepada satu keturunan, dan keempat, adat itu mestilah boleh dikuatkuasakan dalam erti kata bahawa ia jelas dari segi hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.BUDAYAKonsep
ORDINAN MAHKAMAH ANAK NEGERI

ORDINAN MAHKAMAH ANAK NEGERI, perundangan yang mengandungi peruntukan tentang pembentukan, bidang kuasa, keanggotaan dan tatacara kehakiman Mahkamah Anak Negeri di Sabah. Perundangan ini telah digubal dan diluluskan pada tahun 1953 pada masa pemerintahan British.

BUDAYAPenerbitan
UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA, peraturan-peraturan yang diaplikasikan kepada penganut agama Islam di negara ini.  Peraturan ini berkaitan dengan soal keluarga, ibadah, akhlak, kesalahan terhadap agama dan tatacara kehakiman yang diambil daripada Hukum Syarak dan diubah suai menurut adat Melayu dan keperluan tempatan.

BUDAYAKonsep
SENJATA PENDEK

SENJATA PENDEK, sejenis senjata yang berukuran kurang daripada sehasta yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.  Senjata pendek terdiri daripada keris pendek, tumbuk lada, kerambit, sewar, rencong, badik lawi ayam, beladau jembia, lading terus, sikin, parang dan wedung.  Setiap senjata pendek yang dicipta mempunyai bentuk yang berlainan dan berbeza tatacara penggunaannya, walaupun kelihatan hampir sama.

BUDAYAAlat/Alatan
BAGONG K

BAGONG K. (1928 -     ), penari dan pereka tari Indonesia. Nama sebenarnya ialah Bagong Kussdiardja. Bagong berasal daripada keturunan bangsawan keraton Yogyakarta. Ayahnya ialah Raden B. Atmo Jjondrosentono, putera Gusti Pangeran Hadipatijuminah yang disingkirkan oleh Belanda daripada menaiki takhta sultan bergelar Hamengku Buwono. Sejak kecil, hidup Bagong dilingkungi tatacara adat dan kesenian tradisional.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas