Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ta.ca.ra] | تاتاچارا

Definisi : 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~ pembentukan istilah; ~ permohonan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.ca.ra] | تاتاچارا

Definisi : adat resam; adat istiadat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatacara (kata nama)
Bersinonim dengan cara, sistem, peraturan, jalan, kaedah, metode, pendekatan, prosedur, teknik.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
output proceduretatacara output/tatacara keluaranKomputerTiadaTiada
output proceduretatacara output/tatacara keluaranKejuruteraanTiadaTiada
sampling proceduretatacara pensampelan; tatacara persampelanGeografiTiadaTiada
search proceduretatacara carian; tatacara selidikUndang-undangTiadaTiada
sampling proceduretatacara pensampelan; tatacara persampelanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
procedural Fairnesskeadilan tatacaraUndang-undangTiadaPrinsip yang dikembangkan oleh mahkamah berdasrkan konsep keadilan semula jadi. Mahkamah akan menghendaki supaya sesuatu tatacara diikuti jika tatacara itu membawa kebaikan kepada pihak-pihak yang terlibat.
administrative procedure actakta tatacara pentadbiranPentadbiranTiadaSet peraturan dan undang-undang yang menjadi panduan kakitangan sesebuah organisasi dalam melaksanakan bidang tugas yang diamanahkan. Akta tatacara pentadbiran merangkumi pelbagai elemen khusus yang wajib dipatuhi seperti hal yang berkaitan lantikan dan kenaikan pangkat, pengesahan dalam jawatan, penamatan kerja, kelakuan dan tatatertib, tatacara kewangan, hal ehwal perubatan dan prosedur mesyuarat. Akta tatacara pentadbiran bertindak mengawal pelaksanaan sesuatu bidang tugas dan dapat memastikan hal ehwal pentadbiran mencapai tahap kredibiliti yang tinggi, imej yang bersih dan berintegriti. Pelanggaran terhadap akta tatacara pentadbiran boleh dikenakan tindakan undang-undang dan tatatertib. Contohnya, Perintah Am, Akta Acara Kewangan, Arahan Perkhidmatan dan Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor. Sinonim akta prosedur pentadbiran.
proceduretatacaraTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKaedah NDT secara peringkat demi peringkat daripada mula hingga akhir berdasarkan dokumen rasmi seperti kod, standard, dan spesifikasi yang digunakan oleh pengamal NDT. Contohnya, tatacara ujian ultrasonik terhadap kimpalan keluli karbon ialah tatacara yang menyatakan skop ujian, standard, jenis peralatan, prob, langkah-langkah tatacara, rekod, pelaporan, kriteria penerimaan dan lain-lain. Tatacara ujian ini perlu disahkan oleh pengamal NDT tahap 3.
appeals proceduretatacara rayuanPentadbiranPentadbiran Awam

Garis panduan, cara atau prosedur terperinci yang menjelaskan tentang tindakan pengendalian sesuatu urusan rayuan. Tatacara rayuan direka bentuk dengan sistematik bagi melicinkan hal ehwal rayuan agar segala peraturan dan proses dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan sempurna. Selain itu, garis panduan ini memberi ruang yang adil dan saksama kepada setiap perayu. Walau bagaimanapun mereka harus menunggu giliran sebelum setiap rayuan itu diketengahkan. Dalam konteks ini setiap jabatan mempunyai tatacara rayuan yang tersendiri, misalnya tatacara rayuan di Mahkamah Rayuan berbeza dengan tatacara rayuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

access control mechanismmekanisme kawalan capaianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerMekanisme keselamatan yang menyediakan perlindungan bagi suatu sistem komputer daripada capaian oleh pengguna yang tidak sah. Mekanisme ini berbentuk ciri perisian atau perkakasan, tatacara pengendalian, tatacara pengurusan, dan juga kombinasi beberapa prosedur. Contohnya, senarai kawalan capaian (ACL) dan tiket.
12345678910...

Kembali ke atas