Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ta.rias] | تاتارياس

Definisi : usaha (cara dsb) mengatur atau me-nyusun hiasan utk sesuatu yg akan diper­tunjukkan, cara dsb menghias sesuatu (spt muka, rambut, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.rias] | تاتارياس

Definisi : 1 cara menyusun atau mengatur hiasan utk dipertunjukkan. 2 cara menghias sesuatu, spt muka, rambut supaya kelihatan menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tatarias


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DRAMA PENTASDRAMA PENTAS, drama yang dilakonkan di atas pentas. Drama pentas merupakan persembahan drama yang diolah secara langsung di hadapan penonton. Lakonan watak dibantu oleh visual tata hias seperti set dan prop, penataan cahaya, sokongan latar muzik dan bunyi, serta tatarias seperti kostum, mekap, barang kemas dan lain-lain.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
SENI LAKON

SENI LAKON, semua bentuk seni persembahan yang dilakonkan sama ada di atas pentas, melalui radio, televisyen atau filem.  Oleh itu wayang kulit, makyung, bangsawan, randai, waang wong, purbwara, sandiwara atau citawara, boria, tablo, menora dan teater, semuanya tergolong sebagai seni lakon. Seni lakon bertunjangkan elemen cerita yang dipersembahkan dengan unsur dramatik, iaitu mengandungi elemen konflik, suspens, kembara, silat, nyanyian, tarian, muslihat, dan sebagai daya tarikannya dibantu dengan alat set dan prop serta alat muzik, busana dan tatarias.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas