Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ta.rias] | تاتارياس

Definisi : usaha (cara dsb) mengatur atau me-nyusun hiasan utk sesuatu yg akan diper­tunjukkan, cara dsb menghias sesuatu (spt muka, rambut, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.rias] | تاتارياس

Definisi : 1 cara menyusun atau mengatur hiasan utk dipertunjukkan. 2 cara menghias sesuatu, spt muka, rambut supaya kelihatan menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tatarias


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
make-upalat solekKesenianDrama dan TeaterBahan tatarias yang digunakan di bahagian muka, leher dan anggota-anggota yang kelihatan kepada penonton dalam seni persembahan drama atau teater. Alat solek digunakan untuk memberi pemahaman dan penjelasan watak yang sedang dimainkan kepada penonton.
dressing roombilik persalinanKesenianDrama dan TeaterRuang persalinan kostum dan persiapan tatarias yang terletak di belakang pentas.
dress rehearsallatihan lengkapKesenianDrama dan TeaterProses latihan terakhir sebelum persembahan sebenar, lengkap dengan kostum, tatarias, pencahayaan, set, prop dan aspek teknikal lain.
scenographysinografiKesenianDrama dan TeaterReka bentuk visual pentas yang melibatkan set, prop, tatacahaya, kostum dan tatarias. Sesebuah pementasan atau produksi memerlukan sinografi untuk menimbulkan kesan estetika kepada penonton.
mimemimosKesenianDrama dan TeaterPersembahan lakon bisu dengan mimik gerak dan wajah. Dalam persembahan mimos, busana serta tatarias diberi perhatian bagi memberikan kesan kepada lakonan.
back of the houseruang belakang pentasKesenianDrama dan TeaterKawasan di bahagian belakang pentas yang merangkumi bilik persalinan, bilik tatarias, bilik rehat dan bilik air pelakon.
dramatizationpendramaanKesenianDrama dan TeaterPengolahan kraf teater yang berbentuk artistik melalui perlakuan pelakon dan sokongan teknikal dan audio visual serta tatarias yang dapat memberikan impak yang bernilai dramatik kepada penonton.
stage designreka bentuk pentasKesenianDrama dan TeaterLakaran konsep dan bentuk produksi drama yang merangkumi kostum, set, prop, pencahayaan dan tatarias. Rekaan ini dibuat mengikut kesesuaian cerita, ukuran keluasan dan kelengkapan pentas.
stage aesthetics of effectkesan estetik pentasKesenianDrama dan TeaterUkuran keindahan dalam rekaan pentas yang melibatkan unsur pencahayaan, reka bentuk set dan prop, kostum dan tatarias. Lihat jugasinografi.
poor theatreteater miskinKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater yang menggunakan perbelanjaan minimum. Teater jenis ini biasanya dipersembahkan di ruang terbuka, tanpa sewaan panggung dan tidak mementingkan penggunaan set, kostum atau tatarias yang mewah. Tumpuan persembahan teater miskin lebih kepada pelakon dan bersifat mesra khalayak.
12

Kembali ke atas