Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ta.ter.tib] | تاتاترتيب

Definisi : peraturan-peraturan yg mesti dipatuhi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.ter.tib] | تاتاترتيب

Definisi : peraturan-peraturan yg mesti dipatuhi, disiplin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.ter.tib] | تاتاترتيب

Definisi : peraturan yg mesti dipatuhi; disiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tatatertib


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disciplinary actiontindakan tatatertibPentadbiranPentadbiran Awam

Langkah yang diambil ke atas anggota perkhidmatan awam yang melanggar mana-mana peruntukan tatakelakuan. Pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 termasuklah apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkaitan dengan tatakelakuan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tersebut ialah Pihak Berkuasa Tatatertib, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sepertimana yang diperuntukkan menurut Fasal (5A), (5B), (6) atau (6A), Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan. Antara tindakan tatatertib yang boleh diambil termasuklah pemberian amaran, pengenaan denda, pembuangan kerja, penurunan pangkat, perlucuthakan emolumen, penangguhan pergerakan gaji, penurunan gaji, penahanan kerja, penggantungan kerja dan pelbagai lagi bergantung kepada jenis kesalahan tatatertib yang dilakukan.

Discipline BranchCawangan TatatertibPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
administrative adjudicatory bodybadan adjudikasi pentadbiranUndang-undangTiadaBadan selain mahkamah yang menghakimi sebarang kes berhubung dengan kesalahan pentadbiran, contohnya tribunal, lembaga tatatertib, lembaga siasata, dan sebagainya.
code of behaviourkod tingkah lakuPentadbiranPentadbiran Awam

Peraturan, peruntukan dan arahan khas yang dinyatakan dengan jelas dalam satu dokumen bertulis mengenai kelakuan dan tatatertib. Kod tingkah laku ini menjadi panduan kepada pihak tertentu di bawah sesuatu bidang kuasa. Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia para hakim tertakluk kepada Kod Etika Hakim (1994) sepanjang menjalankan tugas mereka. Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam kod etika ini membolehkan seseorang hakim itu dipecat daripada jawatannya. Antara perkara yang dinyatakan dalam kod tersebut ialah; para hakim tidak boleh (i) bertindak kurang cekap, kurang berusaha dan membelakangi tugas-tugas kehakiman, (ii) berkelakuan tidak jujur dan mencemarkan nama badan kehakiman, (iii) melenggah-lenggah kes tanpa sebarang alasan yang munasabah, (iv) tidak mematuhi arahan statutori, (v) tidak hadir ke mahkamah pada waktu pejabat, dan (vi) perlu mengisytiharkan harta secara bertulis kepada Ketua Hakim Negara.

administrative procedure actakta tatacara pentadbiranPentadbiranTiadaSet peraturan dan undang-undang yang menjadi panduan kakitangan sesebuah organisasi dalam melaksanakan bidang tugas yang diamanahkan. Akta tatacara pentadbiran merangkumi pelbagai elemen khusus yang wajib dipatuhi seperti hal yang berkaitan lantikan dan kenaikan pangkat, pengesahan dalam jawatan, penamatan kerja, kelakuan dan tatatertib, tatacara kewangan, hal ehwal perubatan dan prosedur mesyuarat. Akta tatacara pentadbiran bertindak mengawal pelaksanaan sesuatu bidang tugas dan dapat memastikan hal ehwal pentadbiran mencapai tahap kredibiliti yang tinggi, imej yang bersih dan berintegriti. Pelanggaran terhadap akta tatacara pentadbiran boleh dikenakan tindakan undang-undang dan tatatertib. Contohnya, Perintah Am, Akta Acara Kewangan, Arahan Perkhidmatan dan Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor. Sinonim akta prosedur pentadbiran.
tracttractKesusasteraanTiadaRisalah, esei, karangan ringkas, atau yang seumpamanya yang berlegar tentang politik atau agama yang biasanya bersifat kontroversial dan menimbulkan pertentangan pendapat. Contoh tract terkenal ialah Marprelate Tracts yang merupakan serangan ke atas golongan uskup dan pembelaan tatatertib Presbyterian. Contoh lain ditemui dalam Tracts for the Times (1833-41), iaitu penulisan yang diusahakan oleh cardinal Newman, Keble, R. H. Froude dan Pusey untuk mengembalikan beberapa doktrin gereja. Contoh dalam persuratan Melayu ditemui dalam Hujjat al-Siddiq lii-Daf�al-Zindiq (Bukti Orang yang Jujur Demi Mempertahankan Sanggahan terhadap Golongan Zindiq) oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang menentang doktrin Wahdat al-Wujud yang dianuti oleh Hamzah Fansuri. Tract berasal daripada bahasa Latin bermaksud �menangani� atau �mengendalikan�.
common regulationperaturan umumPentadbiranPentadbiran Awam

Set undang-undang atau garis panduan menyeluruh yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Peraturan umum melibatkan pematuhan etika kerja, ketepatan masa dan penghindaran rasuah atau salah guna kuasa. Peraturan tersebut harus dipatuhi oleh pihak yang berkenaan. Biasanya peraturan umum melibatkan tatacara dan tataurus serta prosedur tertentu seperti Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang harus diikuti oleh semua kakitangan awam. Pelanggaran sebarang perkara dalam peraturan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan tindakan tatatertib.

code of conducttatakelakuanPentadbiranPentadbiran Awam

Sikap, tingkah laku, gelagat individu atau kumpulan individu yang dinyatakan dan termaktub dalam peraturan perkhidmatan awam. Semua anggota perkhidmatan awam diwajibkan mematuhi tatakelakuan sepanjang tempoh perkhidmatannya sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tatakelakuan ini merangkumi beberapa aspek penting dalam kehidupan seperti memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, pakaian, pemunyaan harta, peminjaman wang, penglibatan dalam politik, kehadiran ke pejabat, pelaksanaan tugas, rasuah dan lain-lain lagi. Pelanggaran tatakelakuan ini menyebabkan kakitangan perkhidmatan awam boleh dikenakan tindakan dan hukuman.

accountability proceduretatacara kebertanggungjawabanPentadbiranPentadbiran Awam

Prosedur, kaedah dan cara yang perlu dipatuhi dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada individu atau organisasi. Ia melibatkan proses formal yang berpandukan kepada peraturan tertentu bagi mengelak berlaku salah tadbir, seterusnya mencapai objektif organisasi. Ketidakpatuhan terhadap tatacara kebertanggungjawaban merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Contohnya dalam hal ehwal kewangan, setiap perbelanjaan kelengkapan organisasi mesti diluluskan terlebih dahulu oleh pihak pentadbiran atasan dan kemudiannya mendapatkan sebut harga sebelum membuat sesuatu pembelian.

Anti-Corruption BureauBadan Pencegah RasuahPentadbiranTiadaInstitusi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengesan dan mengenal pasti salah laku rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Siasatan dibuat berasaskan kepada aduan, maklumat dan risikan yang dilakukan secara menyeluruh dan cekap. Penubuhan institusi ini adalah untuk memastikan kepentingan awam dan keadilan terjamin berlandaskan undang-undang dan peraturan negara. BPR membantu ketua organisasi sektor awam dan swasta mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melanggar peraturan dan kod etika kerja, berasaskan laporan yang komprehensif. Pada masa yang sama, institusi ini bertindak menyekat punca dan peluang salahlaku rasuah serta penyalahgunaan kuasa akibat kelemahan dalam sistem pengurusan. Institusi ini terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.
12

Kembali ke atas