Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tat.ka.la] | تتکالا

Definisi : ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu): ~ itu anak miskin itu pun masuklah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tat.ka.la] | تتکالا

Definisi : pd masa; pd ketika; pd waktu: ~ itu, hari sudah gelap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatkala (kata tugas,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan ketika, semasa, sewaktu, pada masa itu, pada waktu itu.,

Puisi
 

Johor Bahru jalan bertambak,
     Tempat anak Raja Temenggung;
Bukan baharu saya berkehendak,
     Memang tatkala ibu mengandung.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti pasir di tepi pantai,
     (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.

Bermaksud :

Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APA itu inhalan? APA itu emas? Apa itu tatkala Tatkala atau tatkila?1. Inhalan bermaksud ubat sedut
2. Emas merujuk kepada logam berwarna kuning yg mahal harganya, yang biasanya dijadikan perhiasan seperti cincin, rantai dan sebagainya.
3. Perkataan yang tepat ialah tatkala yang bermaksud ketika (itu), pada masa (itu) dan waktu (itu).
Makna15.04.2016
Salam sejahtera dan selamat pagi. Adakah perkataan 'Tatkala' boleh digunakan di permulaan ayat? Tatkala kita berasa bagai seekor burung di dalam sangkar, jangan kita lupa bahawa situasi ini hanya sementara. Terima kasih.Perkataan "Tatkala" boleh digunakan pada permulaan ayat.

Ayat contoh: Tatkala itu, hari sudah gelap.
 
Lain-lain07.12.2021
Adakah penggunaan 'tatkala' dalam ayat ini betul? Lihatlah gelagat orang munafik tatkala mereka lihat para sahabat bersedekah secara terbuka. Dan jika struktur ayat di atas boleh ditambah baik lagi, harap diberikan cadangan.Ayat yang lebih gramatis ialah:  Lihatlah gelagat orang munafik tatkala mereka melihat para sahabat bersedekah secara terbuka. Tatabahasa31.01.2020
Pak Mail dan isterinya datang ____ Kami sekeluarga sedang makan tengah hari. A. tatkala B apabila Apakah jawapannya apakah perbezaan tatkala dan apabila?Tatkala bermaksud ketika (itu), pada masa (itu), waktu (itu): ~ itu anak miskin itu pun masuklah. Apabila  pula bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bila mana, apa kala: ~ ada harta si mati hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan; dia semakin bimbang ~ melihat keadaan ibunya yg semakin tenat.

Perkataan yang boleh digunakan ialah apabila.
Tatabahasa23.07.2013
Salam, dalam Bahasa Melayu, terdapatkah perbedaan halus atau secara semantik untuk kata-kata "apabila," "ketika," dan "tatkala"? Terima kasih.Kata apabila, ketika dan tatkala ialah kata keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa keterangan dengan klausa utama. Penggunaannya berdasarkan konteks ayat - Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makananPencuri memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang nyenyak tidur dan Tatkala hujan turun, mereka masih di sawah. Dari aspek makna, kata keterangan apabila dan tatkala boleh bertukar ganti penggunaannya. Untuk melihat makna ketiga-tiga kata ini, sila rujuk PRPM. Tatabahasa12.08.2022
Jessica mengulang kaji pelajaran bersama-sama kawannya tatkala menunggu ibunaya dapat menjemputnya di sekolah. Apakah kesalahan bahasa dalam ayat di atas?

Ayat yang betul ialah Jessica mengulang kaji pelajaran bersama-sama kawannya tatkala menunggu ibunya datang menjemputnya di sekolah.

Tatabahasa01.11.2021
Apakah perbezaan penggunaan kata-kata hubung seperti yang berikut, i) apabila ii) semasa iii) ketika iv) tatkala v) sewaktu vi) bilaUntuk makluman tuan, kata hubung apabila, semasa, ketika, tatkala dan sewaktu merupakan kata hubung keterangan waktu. Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu kejadian. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata hubung tersebut mempunyai makna yang hampir sama yang bererti pada ketika itu. Perkataan bila pula ialah kata tanya yang digunakan untuk menanyakan waktu yang mana.Tatabahasa04.04.2018
'kita perlu berhenti daripada melakukan apa-apa pekerjaan kita lantas berdiri tegak tatkala ladu'Negaraku ' dinyanyikan. ayat ini betul tak? terima kasihKita perlu berhenti daripada melakukan apa-apa pekerjaan lantas berdiri tegak tatkala lagu Negaraku dinyanyikan.Tatabahasa06.07.2012
SOALAN 1 Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 4:08pm Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegas JAWAPAN DARIPADA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jul 10th, 8:43am Suasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. Terima kasih SOALAN DITANYA SEMULA Ahmad Aiman Nordin Jul 11th, 1:08pm Tuan...bolehkah tuan bagi pencerahan knpa jawapan A?senang jika anak.murid sya bertanya...saya ada bertanya kepada beberapa orang munsyi bahasa...ada yang menjawab A dan C...Suasana di pantai hiruk-pikuk tatkala orang ramai berduyun-duyun ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa11.07.2015
Ejaan untuk sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala, semuanya dieja rapat. Mengapa untuk kata barang kala dieja dengan berjarak? Ini merujuk kepada 'carian PRPM@DBP Malaysia. Mohon penjelasan.Tuan/puan yang dihormati, Berikut ialah penjelasan pengejaan frasa barang kala: Setelah dibuat penelitian dan penyemakan, tiada penjelasan khusus yang dapat diberikan berhubung pengejaan barang kala yg dieja sebagai dua perkataan dan tidak dieja sebagai satu kata seperti sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala. Meskipun maksud perkataan barang kala mempunyai kaitan dengan masa, zaman, waktu dan sebagainya, namun pengejaannya tetap berjarak. Dalam Kamus Dewan (1970) lagi, kata barang kala dimasukkan sebagai frasa di bawah kata masukan barang dengan paparan seperti yang berikut: barang bila (kala) sesuatu waktu, bila masa sahaja Begitu juga dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Kamus Nusantara, Kamus Bahasa Melayu Winstedt, A Malay – English Dictionary oleh RJ Wilkinson yang diterbitkan sejak tahun 50-an lagi. Kesemua kamus yang dirujuk ini memaparkan ejaan barang kala sebagai dua perkataan. Semoga penjelasan ini menjawab persoalan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih.Ejaan14.12.2017
123

Kembali ke atas